Thursday, August 05, 2010

Bill Gates berjaya meyakinkan 40 billionaire untuk mendermakan 50% kekayaan mereka untuk kebajikan

Ini adalah tajuk berita yang berjaya merentap keasyikkan melayani karenah facebook pagi ini. Apa yang lebih mengejutkan ialah apabila sosok yang menyandang manusia terkaya di dunia 1995~2007 dan 2009 ini adalah antara manusia yang dahulunya mengepalai sebuah syarikat yang terkenal dengan dasar monopoli sehinggalah kepada sakarang ini, Microsoft!

Disebalik imej yang terpalit sebegitu rupa, Gizmodo.com melaporkan Bill Gates telah berjaya meyakinkan hampir 40 billianaire lain untuk mendermakan 50% daripada kekayaan mereka kepada kebajikan diatas projek "The Giving Pledge", setelah beliau diwar-warkan tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan Microsoft.

Apabila hitungan matematik membawa kepada angka $600 billion USD anggaran dana yang terkumpul, dan kemungkinan dana tersebut akan disalurkan untuk menghijaukan semula planet bumi ini, kita mungkin tertanya-tanya apa lagi yang akan dilakukan menggunakan dana yang sebegitu besar?

Apapun, syabas kepada bill gates kerana mengusahakan satu projek kebajikan dan diharapkan ia benar-benar 100% berunsurkan kebajikan. Kepada orang kaya (dan juga syarikat kaya) di Malaysia yang beragama islam, tak perlu mendermakan 50% daripada kekayaaan anda tetapi keluarkanlah 5% daripadanya untuk dibayar sebagai zakat. Malu la sikit kat Bill gates ni..

Fakta: Tahukah anda bahawa jumlah wang di seluruh dunia mengikut data terkini CIA World Fact 2009 ialah $58.07 trillion. 25% wang ini berada di Amerika Syarikat dan 28% berada di Kesatuan Eropah, dan 0.36% berada di Malaysia.

7 comments:

  1. betul tu...zakat baru 5%....

    ReplyDelete
  2. 5% tu pun terkial2 nak bayor..huhu

    ReplyDelete
  3. 0.36% x 5% = lansung tiada orang susah di Malaysia..

    ReplyDelete
  4. Zakat 2.5% jer... kalau dah cukup haul & nisab... maka tanyalah diri anda... ke mana anda infak harta itu... 2.5% adalah milik orang lain yang mana anda simpan... kalau ini tak di clear kan... jawap la di sana nanti...

    ReplyDelete
  5. bile la agaknya dia nak derma untuk FOSS lak ?

    ReplyDelete
  6. wah bill gates kalau tak kasi gempak dunia tak sah... betul tu org2 kayo kat malaysia ni kayo kodokut banyak le... huhuhuuuhu

    ReplyDelete
  7. antara subsidi dan zakat, kita lebih suka subsidi kan hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...