Posts

Showing posts from December, 2007

Lembutkan paparan font dalam Ubuntu

Image
Dalam Ubuntu, beberapa fungsi di" disable "kan secara default atas sebab yang saya tidak maklum tentangnya.Antara fungsi tersebut ialah fungsi merakam audio dari luar (mic,line-in etc), dan kali ini saya akan huraikan berkenaan bagaimana untuk enable kan pelembut paparan font(font smoothing). Caranya cukup mudah, mengambil masa tidak sampai 2 minit. Buka terminal dan taipkan(copypaste pun boleh) gedit ~/.fonts.conf NOTE :Command ini akan membuka satu perisian iaitu gedit dan membuka@membuat satu file bernama .fonts.conf didalam directory home anda.(file ini tersembunyi@hidden-tekan ctrl+H untuk lihat) gedit ni macam text edit jugak, langkah seterusnya ialah copypaste kod dibawah kedalam gedit. Kemudian klik butang save untuk save. Logout@restart dan anda akan lihat hasilnya.Sepatutnya perubahan adalah seperti ini; Selamat mencuba dan semoga berjaya Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Sayonara 2007, Yokoso 2008

さようなら2007、ようこそ2008! Hari ini adalah hari terakhir kita semua berada dalam tahun 2007.Kita akan tinggalkan 2007 buat selama-lamanya meninggalkan jutaan memori yang mewarnai setiap saat kehidupan dalam tahun 2007.Pastinya ada suka, duka, kegagalan, kejayaan, pertemuan, perpisahan, dan seumpamanya yang akan menjadikan diri kita semakin matang dan cekal menempuh tahun baru yang bakal tiba. Apakah azam anda tahun 2008 nanti?Sudah tentu ada diantara kita yang sedang memasang azam dan target tertentu untuk dicapai dalam tahun 2008 bukan?Saya mendoakan semoga azam anda itu tercapai insyaallah... Saya tidak berniat untuk menulis panjang.Namun saya yang merangkap pengurus blog ini disini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua pembaca melayubuntu.Semoga 2008 membawa kebaikan dan kejayaan untuk semua... Wassalam! Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Antara Virus dan Windows, Macintosh, Linux

Image
Virus adalah kewujudan yang tidak diperlukan dalam dunia komputer kecuali bagi syarikat pembangun antivirus.Sejak dunia teknologi diwarnai dengan kehadiran satu mesin bernama komputer, dan windows menjuarai dalam bidang sistem operasinya, entah berapa ribu atau juta komputer yang telah diserang virus mengakibatkan kerosakkan, kehilangan data,pembaziran masa dan wang ringgit. Menurut satu kajian ilmiah oleh Dr. Nic Peeling dan Dr Julian Satchell dalam Analysis of the Impact of Open Source Software , Virus yang bernama LoveLetter sahaja telah menyebabkan kerugian terus sebanyak $960 juta USD dan $7.7 billion USD untuk kehilangan produktiviti. Apabila ada orang bertanya, mengapa banyak sangat virus yang menyerang sistem operasi windows?Seorang manusia yang kaya raya(err..panggil saja dia sebagai bill) menjawab, "Oh, ianya kerana windows digunakan secara meluas tidak seperti Macintosh atau Linux".Jack Clarke, seorang pengurus produk antivirus di eropah iaitu McAfee berkata ...

Ulasan untuk PCLinuxOS

Image
Specs: Intel Pentium III, 900MHz Intel chipset with onboard graphics and LAN 256Mb RAM, 20GB IDE HDD, 40x CDROM, 15" TFT LCD keyboard, mouse and a fresh PCLinuxOS 2007 LiveCD. [ source ] Berani beli dengan harga RM500? Sebenarnya bro Aizat yang meminta saya mengkaji dan menulis review tentang PCLinuxOS .Terlanjur membaca sehingga mata saya terpaku pada gambar diatas.Sebenarnya saya tak tahu apakah harga yang ditawarkan berpatutan atau tidak.Bagaimana pendapat anda? Apa itu PCLinuxOS? Ianya satu lagi sistem operasi berasaskan linux seperti juga ubuntu. Adakah ia sehebat ubuntu? Untuk menjawab soalan ini, izinkan saya quote 2 baris ayat tulisan seorang penulis howtoforge , Up to now I was thinking that Ubuntu is the best Linux desktop distribution, but I'm not so sure anymore now that I've used PCLinuxOS. I'm really impressed. Ciri-ciri? -Percuma -KDE Desktop Environtment dan boleh ditukar kepada Gnome(?). -Sokongan driver sepenuhnya (senang setup network, support wi...

Download command rujukan bagi Terminal

Image
Saya telah menulis sedikit tentang perkara yang menakutkan apabila pengguna ubuntu(khususnya) menyalahgunakan fungsi Terminal.Ianya seperti dadah, banyak kebaikan apabila digunakan secara terkawal, tetapi banyak pula keburukkan apabila disalahgunakan. Bagi pengguna ubuntu yang masih baru atau nama manjanya " newbie ", memasukkan command line ke dalam terminal boleh jadi sesuatu perkara yang menyeronokkan dan boleh jadi juga sesuatu perkara yang membosankan dan menyusahkan.Pada mula saya mengenali terminal, saya seronok menggunakannya kerana saya boleh beraksi seperti seorang programmer yang cekap dan pintar dalam bahasa yang hanya difahami komputer. Oleh kerana tidak ada pengalaman, setiap command yang disediakan dalam tutorial saya taip satu persatu ke dalam terminal.Setelah mengetahui bahawa saya boleh copy&paste jer command2 tu ke terminal, bukan sedikit saya maki diri sendiri.Bila difikirkan kembali, bagus jugak semua tu sebab ia membuatkan setiap command dan fungs...

I Am Possible vs Impossible

Image
Seingat saya, tidak banyak perkara yang mampu menyebabkan saya untuk tidak putus asa dengannya.Sebaliknya, saya lebih banyak mencipta kegagalan daripada kejayaan.Apabila gagal kebiasaannya saya akan berputus asa, berhenti dan pasrah dengan kegagalan. 1 minggu berlalu sejak saya mula mengkaji tentang kebarangkalian untuk OSX Leopard boleh diinstall ke dalam Laptop saya.Ianya sesuatu yang mustahil kerana perbezaan hardware dengan MacBook dan iMac, apatah lagi OSX Leopard mahupun Tiger hanya boleh diinstall secara normal ke dalam hardware yang ditetapkan oleh Apple sahaja. Kajian saya berdasarkan pembacaan, eksperimen dan try-and-error.Hari pertama dan seterusnya berlalu tanpa meninggalkan apa-apa klu yang boleh dijadikan motivasi untuk terus mencuba.Masalah yang sama berulang iaitu tidak boleh boot kedalam DVD installer.Melalui pembacaan, kelihatannya saya perlu setting BIOS terlebih dahulu namun ianya sesuatu yang berisiko tinggi.Pembacaan diteruskan sehari demi sehari... Akhirnya saya ...

Perasan sesuatu?

Image
OK.Saya akui sejak akhir-akhir ini saya agak jarang update blog ini.Bukannya kerana faktor kekeringan idea ataupun komputer rosak atau sebagainya.1 minggu terakhir ini saya telah disibukkan dengan research untuk menginstall leopard kedalam PC.Bunyinya macam "nonsense" tetapi itulah hakikat.Sudah menjadi tabiat saya sejak kecil, selagi saya belum berjaya selesaikan research ini dan selagi belum berjaya install leopard ke dalam PC , selagi itu saya tidak boleh fokus kepada perkara lain.Jadi maafkan saya dengan tabiat yang agak pelik ini. Saya tahu, saya perlu berubah! Ada beberapa halangan untuk misi di atas berjaya.Kelihatan saya perlu edit BIOS setting namun ada masalah yang lain bersangkutan iaitu versi BIOS komputer saya yang agak berbeza dengan panduan.Pilihan yang ada hanyalah "upgrade BIOS".Fuh, sesuatu yang berisiko tahap gaban.Saya perlu lupakan tentang leopard seketika dan menunggu sehingga versi yang "tak perlu edit BIOS" keluar. Sudahkah anda dow...

Sejauh mana blog ini memberi impak?

Mungkin ramai dari kalangan pembaca blog ini sudah memiliki blog sendiri.Samada hosting free atau berbayar, domain free atau berbayar.Apabila direnung sejenak dan difikirkan kembali, untuk apa seseorang itu perlu berblog?Disini sempat untuk saya senaraikan beberapa tujuan seseorang menulis blog antaranya; Suka-suka/Mengisi masa lapang Membina komuniti/Bersosial Duit Test power (menulis, coding, belajar, eksperimen etc) Saya tidak pasti saya termasuk dalam kategori yang mana satu.Namun yang pasti, naluri saya kuat mendesak supaya saya dirikan blog seperti ini untuk membuat satu impak kepada pengguna komputer di Malaysia.Saya tidak ingin menulis sesuatu yang memperlihatkan saya ini "macam bagus".Saya cukup benci perbuatan bangga diri namun saya memuji sikap yakin dan positif terhadap keinginan untuk mencapai target. Jika anda membuka website register.com dan anda akan dapat perhatikan "moto"nya ialah Don't Just Make A Website, Make An Impact. Pada saya, sebaris a...

Pengguna Ubuntu : AWAS!

Jadi anda masih baru dengan ubuntu?Perasaan ingin tahu tentunya membuak-buak bukan?Ingin mencuba itu dan ini, aplikasikan itu dan ini, masukkan command itu dan ini, install itu dan ini, ubah itu dan ini.YA! Ubuntu adalah sebuah sistem operasi yang memberi kebebasan berkenaan kepada anda. Namun AWAS!Melakukan sesuatu tampa mengetahui akan akibat daripadanya hanya mengundang kerosakan.Apabila darjah kerosakan terlalu teruk, saya nasihatkan, sila reinstall ubuntu anda dan jangan ulangi kesilapan lalu! Sejauh mana kita belajar dari kesilapan? Saya juga seperti anda ketika mula mengenali ubuntu.Saya terlalu excited untuk mencuba segala yang boleh.Semua tutorial saya ikut, masukkan command ke dalam terminal tampa tahu menahu apa yang sedang diperbuat dan sebagainya.Tidak cukup dengan itu, saya dengan tampa bersalahnya telah uninstall satu komponen penting menggunakan synaptic package manager.Akibat dari semua itu?Tidak kurang dari 5 kali saya reinstall Ubuntu.Saya tidak kesal dengan bilangan...

DELL dan Ubuntu 7.10

Image
Saya mengira ianya bukan lagi satu kejutan.Dell, sebuah syarikat yang memasarkan komputer telah upgrade Ubuntu Dell mereka kepada Ubuntu 7.10 dan disertakan dengan beberapa fungsi baru iaitu DVD playback dan Flash media player secara default.Bererti, pengguna boleh menonton DVD dan youtube video tampa perlu install apa-apa sebaik sahaja komputer edaran Dell ini sampai dipintu rumah mereka. Untuk DVD player, Dell telah mengaplikasikan perisian LinDVD dan khabarnya telah mendapat persetujuan dari syarikat Adobe untuk flash media player.Sebenarnya, distribusi linux(apa sahaja distro) tidak dibenarkan didatangkan bersama flash (secara default) dan ianya adalah sesuatu yang melanggar undang-undang(legal problem).Ini kerana Adobe flash bukan sesuatu yang open source biarpun ia free.Bererti, anda tidak boleh mengaut keuntungan dengannya! Jika kita bertanya, mengapa perlu install codecs, plugins, etc setiap kali selepas membeli komputer baru, sebenarnya ia berkaitan dengan legaliti.Free tetap...

EKSKLUSIF : Download tutorial cara Install Mac OSX ke dalam PC

Image
536KB-PDF file Sepertimana yang telah saya janjikan sebelum ini, saya telah menulis ringkas tentang panduan umum untuk menginstall Mac OSX ke dalam PC biasa.Perlu diingat bahawa, panduan ini agak umum dan kemungkinan untuk ianya tidak menepati kes-kes tertentu adalah agak besar.Oleh kerana itu, sebarang soalan, respon, atau juga kritikan membina adalah dialukan-alukan. Sila klik pada image diatas untuk tutorial penuh berserta gambar. Kaedah memasang OSx86 ke dalam komputer Tiada cara yang begitu mudah untuk memastikan cubaan pertama itu berjaya.Kejayaan sebenarnya adalah satu himpunan kegagalan demi kegagalan.”Tidak putus asa” adalah penghubung antara kegagalan dan kejayaan! Persediaan Awal Mengenalpasti hardware komputer dan perkara berkaitan Sebelum anda berfikir untuk memasang Mac OSX ke dalam komputer anda, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah “mengenali” komputer anda secara detail. Hardware Specs: Motherboard: intel, amd, etc. Video: nV, ATI, etc. Data storage: SATA, PATA, ...

Mac4lin versi 0.4 released

Image
Mac4lin adalah pakej desktop tema bagi gnome (ubuntu etc) dan antara yang paling lengkap, paling popular, paling cun, yang mesti dimiliki ,diaplikasikan ke dalam desktop ubuntu khususnya kepada Mac fan-boys seantero buana.Bukti kepada kenyataan diatas ialah, sehingga ke hari ini Mac4lin telah mencapai 2.6 TB ( TeraBytes ) data transfer yang dimuat turun oleh pengguna gnome dan kde desktop environment yang sudah pastinya memberi gambaran kepada kita betapa ramainya peminat Mac OSX diluar sana. Versi 0.4 telah dikeluarkan semalam dan seperti yang dapat anda lihat dalam image diatas merupakan rupa bentuk tema Mac4lin yang telah diaplikasikan dalam desktop ubuntu saya.Saya telah menulis beberapa tutorial sebelum ini tentang bagaimana untuk mengubah tema ubuntu.Untuk rujukan sila ke link-link berikut; - iMetal - iMetal Blue Jika masih belum faham, sila klik ke laman ini.Dan jika masih tak faham juga, boleh panggil saya dan saya akan buatkan ke semua itu dengan harga RM50.Amacam?:P Versi 0....

Bagaimana untuk aktifkan audiocapture dalam ubuntu

Image
Ubuntu didatangkan dengan beberapa fungsi penting yang tidak diatifkan secara default dan antaranya ialah fungsi audiocapture .Apabila fungsi ini tidak aktif, pengguna akan mengalami masalah semasa menggunakan perisian sound-recorder, skype,gizmo project dan apa sahaja perisian untuk merakam audio dari luar(mic etc).Mengaktifkannya fungsi audiocapture ini adalah terlalu mudah melalui kaedah berikut; -Buka terminal dan taipkan gnome-volume-control -Pilih Edit > Preferences -Scroll kebawah dan check Capture -Tutup dialog (dialog preferences shj) -Kemdian klik pada Capture tab (pada window gnome-volume-control) -Klik pada microphone dan speaker ikon (untuk hilangkan simbol pangkah berwarna merah) - Gerakkan volume sliders keatas ketahap maksimum dan SELESAI! Sekarang cuba sambungkan mikrofon ke komputer dan buka perisian sound-recorder dan anda boleh mencuba rakam suara anda! p/s:saya telah mencuba kaedah ini dalam gusty dan ianya berfungsi dengan baik. Sila klik disini untuk mela...

Hidupkan PC lama dengan linux!

Image
Oleh kerana perkembangan yang begitu pesat dalam dunia teknologi pengkomputeran, komputer yang lama biasanya ditinggalkan untuk mendapatkan komputer yang baru, bergaya, pantas dan mampu untuk "run" OS terkini.Mungkin kerana itulah saya menganggap dunia komputer seperti dunia taraf hidup.Ia tidak mengira samada kita kaya atau miskin, taraf hidup semakin meningkat dan meningkat.Namun adakah wajar simiskin terus diketepikan atau dengan nada yang lain, adakah wajah komputer yang lama itu dipinggirkan untuk mendapatkan yang baru? Jika sebuah komputer mempunyai pentium 2 didalamnya pada tahun 1997, ia adalah komputer idaman semua.10 tahun berlalu dan jika kita bertanya kepada sesiapa jua, pastinya ada yang malu untuk mengakui masih menggunakan pentium 2 didalam komputer mereka.Mereka berbangga jika komputer mereka mempunyai processor Core 2 Duo dan sebagainya.Ianya sesuatu yang biasa.. Antara sebab saya bangunkan blog ini adalah untuk mencari altenatif ini.Pada fikiran saya, jika...

Mac OSX dalam PC [VIDEO]

Image
Artikel ini berkaitan dengan post ini. Pengenalan Projek giler terbaru dari saya.Jangan tanya berkenaan legaliti, compatibaliti,stabiliti, mentaliti dan sensitiviti kerana ianya tiada apa-apa kaitan dengan projek yang menelan belanja 0,00,00.00 US Dollar ini.Yeps, aku dah start mengarut. Langkah-langkah >Search, Download dan burn Jas 10.4.7 ke dalam DVD >Buat kajian tentang CPU, Chipset,Graphic card,Sound card,Network Devices bla bla.. (SSE/SSE2/SSE3/GMA950/ALC883/RealtekR etc etc) >Masukkan DVD ke dalam pc dan boot kedalam dvd >Tunggu hingga keluar pilih bahasa untuk install >Pilih partition yang telah disiapkan(FAT32) Erase guna Mac OSX Extended Journaled, kembali ke installer dan install. >Reboot, dan masukkan data maklumat komputer dan diri sendiri.Siap-MAC OSx86 TIGER-tampa internet dan sound! To do list: cari penyelesaian untuk internet dan sound check software compatibality dan stability AMARAN :INI BUKAN TUTORIAL Matlamat >Dapat run Mac OSX dalam PC biasa ...

OSx86 Project,Hackintosh, Dan Mac OSX dalam PC

Image
Pengenalan Persoalan yang bermain difikiran saya sejak mengenali kewujudan Mac OSX ialah, bolehkah Mac OSX diinstall ke dalam PC biasa? Jawapan yang saya boleh bagi sekarang ialah, Mac OSX TIDAK boleh diinstall ke dalam PC biasa secara normal.Beerti, jika kita pergi ke Apple Store etc dan membeli Mac OSX Tiger/Leopard CD/DVD dan pulang kerumah, masukkan kedalam CD/DVD drive, ianya tidak boleh diinstall sebagaimana kita menginstall Windows/Ubuntu. Apabila Apple mula menggunakan Intel architecture sebagai hardware bagi Mac OSX mereka, terbitlah berbagai idea untuk merealisasikan satu kerja mustahil iaitu install Mac OSX ke dalam PC biasa yang menggunakan Intel Processor dan AMD Processor.Sehingga artikel ini ditulis, "kerja mustahil" yang saya maksudkan tadi tidak lagi menjadi mustahil malah ianya telahpun dibuktikan berjaya oleh ramai pengguna PC termasuk diri saya sendiri. Website OSx86 Project pula telah dibina untuk memberi panduan, membicangkan, memberi maklumat supaya pen...

Bagaimana untuk reinstall GRUB Loader

Image
Saya tidak pasti adakah pembaca akan benar-benar faham jika saya huraikan apa itu "GRUB Loader" dalam bentuk perkataan dan ayat.Tetapi, saya yakin gambar dibawah ini akan memberitahu segalanya tentang GRUB Loader ini kepada pembaca biarpun saya tidak menerangkan apa-apa. Dalam beberapa kes, kadang-kala GRUB Loader ini gagal dicapai dan disaat itu kita tidak boleh lagi membuat pilihan untuk boot kedalam windows ataupun ubuntu.Antara kes tersebut ialah; 1.Install windows xp selepas install Ubuntu (Dengan kata lain, dual boot xp dengan ubuntu installed 1st) 2.Berlaku kerosakan sistem luar jangka (saya tak pernah alami) Dalam kes ke2, saya "hanya" mengandaikan ianya berlaku kerana saya tiada pengalaman.Namun dalam kes1, ianya benar-benar telah berlaku kepada saya.Untuk catatan pembaca yang mengikuti perkembangan blog ini,semalam saya telah uninstall/Delete windows vista daripada laptop saya. Apabila GRUB Loader gagal dicapai dan pengguna komputer gagal untuk boot kedala...

Satu Eksperimen terhadap kepantasan

Sudah membaca entry lepas ?Saya harap tidak ada lagi persoalan tentang spesifikasi laptop saya dan lihat video ini; Semasa saya record video ini, saya juga run swiftfox , thunderbird , pidgin dan recordmydesktop untuk merecord video pada desktop.Persoalan bagi speed, anda boleh menilainya dengan video ini dan perlu diingat, jika spec komputer anda lebih baik dari laptop saya, sesuatu yang hebat seperti dalam video berikut mungkin boleh dilakukan; Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Windows didalam Ubuntu menggunakan VirtualBox

Image
Masih ingat lagi cerita virtualbox dalam entry lepas?Jika dalam tulisan yang lepas, saya menulisnya dalam keadaan tidak pernah mencuba untuk menginstall windows kedalam ubuntu menggunakan virtualbox,artikel kali ini saya tampilkan bukti bahawa saya telah mencuba dan beberapa fakta menarik untuk dikongsi bersama. Secara jujur ingin saya nyatakan terlebih dahulu, saya TIDAK pernah ada pengalaman menginstall windows XP secara fresh kedalam komputer.Sebaik sahaja kerja-kerja memuat turun file windows xp professional melalui torrent selesai > burn kedalam CD dalam bentuk cd image > install virtualbox > setup virtualbox seperti dalam tutorial > kemudian install windows XP Professional ! Seperti yang dapat dilihat, walaupun kita setkan windows dalam virtualbox kepada fullscreen, pengguna ubuntu masih lagi mempunyai space lain untuk ubuntu.Namun ianya tidak semudah yang disangka.Saya percaya bahawa, mungkin tidak semua komputer mampu "run" 2 sistem operasi dalam satu ma...

Ubuntu Muslim Edition - 10 minit yang merealisasikan slogan

Image
Kita mesti support barangan ummat islam... Kita sebagai ummat islam mestilah saling membantu dan memperkukuhkan kedudukan ummat islam dimata dunia... Sebagai orang islam, kita wajib bangga dengan agama islam yang kita anuti... Perlukah kita bertanya kembali, berapa kalikah dalam hidup kita ini kita benar-benar merealisasikan slogan-slogan diatas?Dan jika slogan itu hanyalah pemanis dibibir mulut, mengapa perlu kita berbicara mengenainya berulang kali setiap kali tajuk yang sama diutarakan untuk diperdebatkan? Berikan saya 10 minit, dan saya akan realisasikan slogan diatas dengan menginstall Ubuntu Muslim Edition(UbuntuME) yang kini menyokong ubuntu 7.10 gusty gibbon! Ya, ianya bukan poyo, ianya bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi ianya menuntut satu perasaan ingin berubah, perasaan yang ingin memecahkan/menukar perangai lama yang selama ini tidak pernah terfikirpun untuk diubah.Mentaliti pc=windows, dan hanyalah itulah penyelesaian kepada dunia teknologi pengkomputeran mungkin tidak l...

Yahoo Messenger For Windows Vista Now Available!

Image
Setelah sekian lama menunggu dan menunggu, kini pengguna windows vista mulai boleh bermegah dengan terbitnnya sesuatu yang dinanti-nantikan selama ini, bukan produk daripada syarikat microsoft tetapi daripada Yahoo! iaitu Yahoo Messenger for Windows Vista.Semua orang sudah menghafal apakah yang features terbaru dan mengancam yang dijanjikan oleh versi khas untuk windows vista ini.Adakah perlu lagi saya menerangkannya secara detail melalui kata-kata?Rasa-rasanya tidak perlu..Apa lagi?Sila ke http://messenger.yahoo.com/windowsvista.php dan download YM 4 vista anda sekarang sebelum kehabisan!! Cumanya ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan hati iaitu tindak balas YM ini yang agak lembab dengan cursor.Contohnya seperti ketika hendak mengerakkan scroll bar,respon yang diberikan agak lambat dan ini menimbulkan rasa kurang senang dan tidak selesa kepada saya.Saya kurang pasti apakah sebab utama kepada masalah ini, adakah berkaitan dengan prestasi komputer atau sememangnya perisian ini...