Posts

Showing posts from November, 2008

Periksa suhu CPU, harddisk dengan lm-sensor dan hardware sensor monitor

Image
Risau apabila kipas komputer anda berputar ligat dan ingin memeriksa tahap suhu cpu, processor, atau mungkin harddisk komputer anda? Secara geeknya, anda boleh periksa dengan memasukkan command; cat /proc/acpi/thermal_zone/*/temperature (bergantung kepada cpu yang support - macbook tak support) Cara kedua ialah dengan memasang 2 package untuk membolehkan anda tambah applet hardware sensor applet ke panel (rujuk screenshot) dan ini akan lebih memudahkan anda memeriksa suhu CPU. Pasang 2 package dengan memasukkan command berikut; sudo apt-get install lm-sensors sensors-applet Selesai proses pemasangan, right klik pada ruang yang anda ingin letak applet ini pada panel dan add Hardware Sensor Applet. Selesai meletakkan di panel, tidak ada apa yang ditunjukkan kerana anda perlu enablekan sensor bagi hardware yang tertentu; macbook tak support cpu sensor (hanya hdd) Harap artikel ini membantu.

Linux Raja Komputer Terpantas Dunia

Image
Petikan JomLinux.com Setiap enam bulan atau dua kali setahun (sama tempoh dengan versi baru Linux keluar ke ek?), Organisasi Top 500 akan keluarkan analisis terhadap 500 buah komputer terlaju dunia! Dan seperti kebanyakkan tangga yang dimenangi Linux sebelum ini. Tahun ini juga, Linux masih merupakan OS terpantas dan terefisien di dunia! Antara 500 superkomputer, Linux menguasai 469 buah darinya (93.8%). Pertambahan 10 buah dari tahun 2007 yang mana ketika itu Linux menguasai 91.8%. Apa yang menarik lagi, hanya Linux yang berjaya melonjakan diri dalam menjadi OS terpantas berbanding tahun sebelumnya, naik dari 84.6% hingga ke 87.8%. Baru-baru ni juga, Microsoft berasa amat bangga dengan Windows HPC nya yang berjaya menjadi OS kesepuluh (10) terpantas berbanding tahun lepas yang berada pada tangga 116! Agak jauh jugak naik Mircrosoft ni. Apapun, komputer Linux telah pun mengorak langkahnya dalam mencipta rekod kelajuan baru. Komputer Linux yang dijanakan oleh IBM (juga penyokong kuat ...

Firefox 3.1 Beta 2 dan Ubuntu

Image
Saya baru sahaja mencuba firefox 3.1 beta 2 atau shiretoko dalam ubuntu. Cara installasinya adalah dengan memasukkan repo berikut; deb http://ppa.launchpad.net/fta/ubuntu intrepid main Update dan pasang firefox-3.1 . Selepas install masuk kedalam /usr/lib/firefox-3.1b2 dan lancarkan firefox-3.1.(ianya tidak menggantikan firefox 3.0 yang telah terinstall) Apa yang saya perasan, firefox 3.1 adalah pantas! Tab tearing pula adalah sangat mengujakan dimana anda boleh drag sesuatu tab membentuk tetingkap baru tanpa perlu reload dan sebaliknya. Private Browsing pula membenarkan anda melayari internet tanpa perlu dirisau ianya akan dikesan dalam history, cache, cookies dan sebagainya. Apa yang dirancang seperti ciri tab preview pula amat menyenangkan jika anda mempunyai 20 tab sedang dibuka. Memilih tab mana yang ingin diaktifkan tidak lagi sesusah dahulu. Kemudian terdapat satu butang new tab yang memudahkan anda membina tab baru (tanpa perlu Ctrl + T) Saya sempat juga memeriksa tahap pengg...

Tukarkan tema ubuntu menjadi Windows XP?

Pertamanya saya rasakan ia tidak perlu dijadikan entry pun. Meskipun saya akui yang saya "rindu" dengan tema lunar (betul ke?) windows xp yang sekian lama tidak ditatap tersebut. Apabila saya fikir dalam-dalam (dan masak-masak), entry ini sebenarnya berguna untuk pengusaha cyber cafe yang ingin menggunakan ubuntu. Betulkan? Ok jika anda ingin jadikan ubuntu anda kelihatan seperti windows XP, sila rujuk : http://ubuntu.online02.com/node/14. Amacam? saya harap ianya berguna kepada sesetengah dari kita.

Sekilas KDE 4.2 beta 1

Image
KDE 4.1 dilepaskan pada julai lalu dan selepas 4 bulan iaitu hari ini, KDE 4.2 mula mengambil tempat dengan terbitnya KDE 4.2 beta 1. Ianya versi percubaan untuk mengesan sebarang bugs, ketidakstabilan, kelemahan dan seumpanya kearah versi penuh yang mantap. Sekilas, efek glossy KDE 4 masih mempunyai "feel" seakan vista tetapi sebenarnya KDE 4 tidaklah seperti vista. Anda boleh membaca lanjut tentang KDE 4.2 disini . KDE 4.2 dirancang untuk diumumkan januari ini untuk versi penuh. Sekaligus KDE 4.2 akan digunapakai dalam versi Kubuntu 9.04.

Fedora 10 dilepaskan

Image
25/11/08, satu lagi distro linux yang berpengaruh iaitu fedora yang melepaskan versi terbarunya memakai nombor versi "10" dengan codename "Cambridge". Semestinya selepas fedora 9 dilepaskan 6 bulan yang lalu, fedora 10 ini tetap dinanti-nantikan oleh segenap pengguna fedora seluruh dunia yang dijangka telah mencecah 9.5 juta pengguna. Beberapa pembaharuan telah diperkenalkan dalam fedora 10 seperti dalam hal networking, update kepada DE, virtualization dan package management. Baca lanjut mengenai perubahan terbaru fedora 10 disini . Saya sebenarnya tidak begitu selesa dengan trend membandingkan antara 2 distro linux, siapa yang lagi berpengaruh dan sebagainya. Namun mungkin pendapat saya agak berbeza dengan beberapa orang seperti yang diperbincangkan disini . Jika anda ada masa membincangkan soal siapa yang lebih berpengaruh, mengapa tidak peruntukkan masa itu kearah membangunkan satu distro yang terbaik?

Ikut saya dalam twitter guna Gwibber dan ubuntu

Image
Twitter ? Hah pebenda tuh? Kalau setakat nak sosial-sosial ni aku dah tak larat dah. Yang dok ada pun tak larat nak login dah aih..!! Itu respon saya mengenai twitter 2 minggu lepas. Kemudian saya menemui satu perisian yang comel bernama Gwibber dan bertekad untuk mencubanya. Gwibber menyokong akaun pada Twitter, Jaiku, Identi.ca, Facebook, dan Digg. Secara tidak lansung ianya menjuruskan saya kepada mencuba twitter dan sehingga sekarang ini, saya masih belum menyesal mencubanya. Memasang Gwibber dalam ubuntu 8.10 Masukkan repo berikut; deb http://ppa.launchpad.net/gwibber-team/ubuntu intrepid main Dan pasang menggunakan command; sudo apt-get install gwibber Jika anda menggunakan ubuntu versi lain sila rujuk sini untuk proses pemasangan. Sudah daftar dan pasang tu jangan lupa ikut saya yerk? klik sini .

Hadiah dari Shipit

Image
Ingatkan anda tentang entri preorder CD Ubuntu yang saya tulis pada 24 Oktober yang lalu? Hari ini saya menerima satu bungkusan yang cukup saya kenali dan kandungannya pun saya dah tahu menerusi ketajaman firasat ku ini. ini rupa bungkusannya Genap sebulan selepas saya memesan menerusi shipit - hari ini, 5 keping CD Ubuntu 8.10 selamat tiba ke pangkuan saya dengan selamat. 5 keping? Sebenarnya saya membuat pesanan dengan beralaskan alasan seorang blogger ubuntu yang aktif di Malaysia. Sebelum ini saya meminta sehingga 13 keping dan permohonan saya diluluskan tanpa syarat. Ahaks. 5 keping cd ubuntu yang dimaksudkan CD Ubuntu anda bila lagi nak sampai? Kalau nak jugak sila-sila la order . Free jer..

Memasang plugins tambahan compiz dalam ubuntu 8.10

Image
Dari forum ubuntu malaysia (Thanks to CrazyModder): snow plugin Guide ini dikhususkan untuk pengguna Ubuntu 8.10 dan mempunyai Compiz 0.7.8. Bagi sesiapa yang menggukan Compiz bawah dari 0.7.8 adalah tidak digalakkan menggunakan guide ini. Untuk check compiz anda version berapa, boleh bukak Terminal dan taip code seperti dibawah: Code: compiz --version Untuk menggunakan Compiz Plugin ini, anda memerlukan package lain. Sila masuk ke Terminal dan taip code seperti dibawah : Code: sudo apt-get install compiz-fusion-bcop compiz-dev compizconfig-settings-manager build-essential libtool libglu1-mesa-dev libxss-dev libcairo2-dev git-core Anda dikehendaki membuat satu direktory baru dengan code seperti dibawah : Code: mkdir -p ~/compiz/ Plugin yang boleh anda install adalah seperti dibawah ini. Pastikan anda berada di dalam direktory ~/compiz/ (cd compiz) Code: git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/wodor/anaglyph git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/atlantis g...

Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope Alpha 1

Saya mengira betapa cepat ubuntu dikemaskini ke versi terbaru. Kekerapan 6 bulan untuk kemaskini versi ubuntu seakan terlalu cepat tetapi kami sebagai pengguna ubuntu tetap tidak sabar untuk melihat masa depan - sekurang-kurangnya masa depan 6 bulan dari sekarang apabila versi penuh ubuntu 9.04 terbit kepada umum. Hari ini, pembangun ubuntu mengumumkan versi alpha 1 bagi ubuntu 9.04. Bagi anda yang baru bagi ubuntu, tentukan semua ini mengelirukan anda. Usah risau, alpha 1 adalah tahap pembangunan ubuntu untuk percubaan sahaja ke arah sebuah sistem operasi yang lebih stabil apabila tiba ke versi penuh. Anda tidak perlu mencubanya dan tiada siapa berhak mendesak anda mencubanya. Untuk yang berminat, sila semak jadual pembangunan ubuntu 9.04 disini . Anda juga mungkin ingin membaca tentang apa yang terbaru dalam versi 9.04 dan ia boleh dibaca disini .

Tema untuk Gmail

Image
Bagi pengguna Gmail tentu ada perasan yang Google telah memperkenalkan fungsi tema untuk Gmail. Tujuannya ialah untuk menceriakan inbox anda. Google telah membangunkan kesemua tema tersebut, walau bagaimanapun terdapat tiga tema sahaja yang dibina oleh artis luar, antaranya ialah; 1. Phantasea Renewal oleh Matthew Ferreira; 2. Summer Ocean oleh Jim Honeycutt; 3. dan yang terakhir ialah Cherry Blossom oleh Vania Sofandi itu saja, apa kata anda cuba. Bling-blingkan Gmail anda.

Membuang ubuntu dualboot windows dan memasang windows selepas ubuntu

Image
Ubuntu untuk semua manusia dan saya tegas dengan pendapat tersebut. Namun jika anda merasakan ubuntu bukan untuk anda selepas memasangnya melalui cara dualboot, cara membuang terus partition ubuntu bukan satu penyelesaian yang bijak. Ini kerana ketika pemasangan ubuntu GRUB telah mengantikan MBR (512 byte 1st boot sector dalam data storage seperti HD ect) dan membuang ubuntu bermakna anda juga membuang GRUB. konsep asas proses booting ke ubuntu Recover MBR menggunakan Windows Installation CD Selepas anda membuang ubuntu, anda akan mendapati anda tidak lagi boleh boot (masuk) kedalam windows. Penyelesaiannya, anda perlu mengembalikan MBR yang pernah digantikan oleh GRUB. Apa yang ada perlukan ialah Windows Installation CD yang anda perolehi semasa membeli komputer (atau yang anda perolehi dengan harga RM15 di kedai-kedai tertentu). Cara-caranya; 1.Masukkan CD windows tadi kedalam drive dan apabila menu pertama keluar tekan butang "r" pada keyboard untuk masuk kedalam recovery ...

Boring dimusim hujan? Jom main gbrainy!

Image
Musim hujan datang lagi. Saya di terengganu sememangnya cukup biasa dengan suasana ini. Hujan tanpa henti, paras air di sungai, paya, parit meningkat. Kanak-kanak kegirangan kesana kemari bermain air bah. Kalaulah masih kanak-kanak rasanya ingin gak join sekaki dua. Apakan daya umur dah meningkat, janggut dah melebat. Tak tergamak la pulak. Altenatif? Saya suka duduk depan laptop dan bermain gbrainy . Tak ada grafik 3d, sound effect yang hebat. Hanya text dan gambar penuh makna. Ada 3 kategori kuiz iaitu logic, calculation dan memory. Jika anda pernah mengambil mana-mana IQ test sebelum ini, anda tentunya sudah biasa dengan bentuk soalan yang ditanya. Sememangnya menguji tahap pemahaman, cara berfikir, dan IQ anda. Sambil makang ubi kayu rebuh cicoh nyor, jom tajamkan IQ masing-masing dimusim hujan ini. Ahaks!

Memperkenalkan Dropbox Linux dan Panggilan untuk semua penulis emaj

Image
Apa itu Dropbox ? Cara mudah berkongsi dan menyimpan fail anda secara online. Kebaikan Dropbox? Senang diurus: Senang digunakan dan ia buat kerja pada background Senang dikongsi : Berkongsi fail dengan sesiap sahaja dengan 2 klik Sync secara automatik : Letakkan kedalam dropbox folder dan ia akan auto sync Photo : Generate photo anda secara automatik dan boleh dikongsi dengan orang lain Access ke fail anda dimana sahaja anda berada Selepas memasang ( klik disini untuk proses pemasangan ) dropbox dalam ubuntu, restart dan dropbox akan mendownload beberapa fail setting ke ~/.dropbox. Selesai sahaja proses itu, satu folder bernama Dropbox dalam direktori home dan muncul tetingkap untuk setup akaun. Dropbox sangat mudah, hanya perlu drag&drop fail kedalam folder dropbox untuk uploadnya ke server. Bagi setiap akaun, anda mempunyai ruang sebanyak 2GB. Fail sedang di sync dan selesai sync Tidak kira sistem operasi apa anda gunakan, anda boleh gunakan dropbox menggunakan akaun yang sama da...

The Matrix Runs on Windows : Video mesti lihat!

Lihat High Res version disini . Saya sukakan endingnya. Hepi ending. ahaks!

Download Panduan Memasang Ubuntu 8.10.pdf

Image
Klik imej untuk download! Bagaimana kalau anda adakan ubuntu install fest ditempat anda? Jika anda tidak mempunyai dokumen sesuai untuk tujuan itu, saya telah siapkan satu panduan pemasangan ubuntu yang diharap dapat memberi guna untuk peminat ubuntu yang newbie. Sebenarnya saya cuba siapkan panduan ini sebaik sahaja ubuntu 8.10 diterbitkan pada 30 oktober yang lalu. Namun oleh kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan, niat tersebut terpaksa ditangguh hingga ke hari ini. Apapun kini panduan itu telah siap dan bersedia untuk didownload. Semoga bermanfaat kepada semua - khas dari melayubuntu.

Howto Geek : Install Conky dalam Ubuntu

Image
Conky ialah aplikasi system monitor yang ringan bagi X yang memaparkan maklumat tentang sistem komputer anda. Menariknya, anda boleh meletakkan conky pada desktop tanpa memerlukan tetingkap. Pasang conky dengan klik : Conky atau masukkan sudo apt-get install conky Sebaik sahaja selepas proses pemasangan anda boleh melancarkan conky dengan Alt + F2 dan masukkan conky. Anda akan melihat sesuatu seperti berikut; Untuk meletakkan conky pada desktop, anda perlukan fail bernama ".conkyrc" dalam direktori home dengan coding tertentu yang bakal menentukan penampilan conky anda. Download fail berikut : conkyrc Namakannya ".conkyrc" (tanpa quote) dan letakkan dalam home direktory. Restart conky dan anda akan melihat seperti berikut; Coding dalam .conkyrc boleh diubah-ubah dan ianya bakal menentukan betapa geeknya diri anda. Ops, satu lagi, anda mungkin perlu tetapkan pada session supaya conky akan run setiap kali desktop ubuntu dihidupkan. Amacam?

Sistem pengurusan Cyber Cafe Linux?

Image
Anda sangkakan ia baru dimalaysia? Saya bertanya kepada bro Adi ( hardyw3b ) dan perbualannya kira-kira seperti berikut (ingat xingat); Aku : Bro...ade dok agi CC guna linux sepenuhnya kat malaysia?? Adi : Oloh mung....Mung gi kak dungun. Ada sutir situ. Untuk pengetahuan, terdapat satu sistem pengurusan cyber cafe linux yang dinamakan OSPCC dan dibangunkan oleh geng portal mambang (betulkan saya kalau silap). Artikel tentang cara installasi dalam portal mambang saya selitkan kesini (dan saya harap ia tidak menyalahi mana-mana akta hakcipta). Dari artikel asal : .............................. Selepas hampir setahun di uji oleh saudara cham_aragon untuk kegunaan cc Projek Bestari Terengganu, dirasakan sudah sampai masanya kami release ospcc untuk publik. OSPCC atau kami gelar sebagai system pengurusan cyber cafe adalah merupakan ubahsuaian projek cclfox oleh Bruno Deferrari. Kami cuma mengubahsuai ia agar sesuai untuk kegunaan tempatan dengan semangat open source. Anda boleh mencub...

Mencuba XBMC Media Center dalam ubuntu

Image
Semalam saya memasang XBMC Media Center ke dalam ubuntu intrepid ibex dan cuba membuat sedikit review berkenaan aplikasi media center ini. Apa itu XBMC? Ianya diterangkan secara ringkas dalam laman web rasminya; XBMC is an award winning media center application for Linux, Mac OS X, Windows and XBox. The ultimate hub for all your media, XBMC is easy to use, looks slick, and has a large helpful community. Ya! Ianya perisian open source, cross-platform yang membolehkan anda memasang XBMC kedalam apa jua sistem operasi samada linux, mac osx, windows dan juga xbox. Sebaik sahaja saya memasukkan sudo apt-get install xbmc Saya mendapati saiz fail yang diperlukan untuk proses pemasangan lebih dari 50MB. Saya agak terkejut dan menjangkakan beberapa perkara yang akan diterangkan kemudian. Seperti biasa, compiz harus di disable kan jika anda tidak ingin sebarang gangguan ketika melancarkan program ini. Jika tidak skrin akan berkelip-kelip kehitaman menandakan ada konflik yang berlaku antara comp...

Belajar Linux Melalui Komik

Image
Petikan Jom Linux Ada pelbagai cara nak mengajar pengguna supaya memahami Linux. Namun, cara pembelajaran melalui komik amat jarang diketengahkan. Walaupun, komik sering dianggap untuk anak-anak kecil. Tapi itu tidak bermaksud ia tidak sesuai sebagai satu wadah dalam mengajar pengguna baru atau lama dalam memahami Linux. Atas inisiatif Intarcorp Ltd. Syarikat ini berjaya menerbitkan edisi #1 - Swicthing To Ubuntu. Walaupun komik ini bukan bersifat sumber terbuka (open source) dan percuma. Namun, ia pasti menjadi satu koleksi bernilai memandang komik bergenre Linux sukar didapati. Apatah lagi, Linux itu sendiri terdapat 'otai-otai' atau peminat tegar yang sanggup mendapat edisi ini. Dijangka edisi #2 akan dikeluarkan tak lama lagi. Oleh itu, peminat-peminat Linux jangan lupa untuk mendapatkan edisi cetaknya yang mana boleh ditempah di laman Hackett And Bankwell .

Mengambil screenshot dengan Gscrot dalam ubuntu

Image
Mengambil gambar desktop atau screenshot dalam ubuntu tidak pernah susah. Samada anda menekan butang print screen pada keyboard atau menggunakan aplikasi screenshot yang didatangkan secara default dalam ubuntu (tidak termasuk menggunakan terminal). Kemudian saya beralih kepada ksnapshot yang mempunyai fungsi yang sedikit terkedepan jika dibandingkan dengan aplikasi default dalam ubuntu. Namun sebagai seorang blogger, saya memerlukan sesuatu yang lebih dari itu. Gscrot adalah penyelamat hari saya. Ianya aplikasi yang mantap, lengkap, dan berfungsi sebagaimana sepatutnya ia berfungsi. Gscrot boleh mengambil screenshot dan proses mengambil screenshot adalah seperti berikut; 1.Kawasan screenshot selection : memilih satu kawasan segiempat dan kemudian snap fullscreen : mengambil screenshot pada screen penuh window : mengambil screenshot tetingkap. pengguna boleh aktifkan window border etc. section : mengambil screenshot pada bahagian tertentu pada tetingkap web : mengambil screenshot web ...

Uruskan sekolah dengan SchoolTool dari Shuttleworth Foundation

Image
Saya tidak begitu pasti sistem apakah yang digunakan untuk menguruskan sesebuah sekolah - maksud saya bagaimana pelajar dan jadual diuruskan. Shuttleworth Foundation baru-baru ini mengumumkan SchoolTool yang mereka bangunkan sudah mencapai versi beta dan dijangka akan diumumkan pada tahun 2009 untuk versi penuh. SchoolTool Project merupakan satu usaha membangunkan perisian pengurusan sekolah yang melibatkan pengurusan pelajar dan penjadualan. Ianya dibangunkan berasaskan sumber terbuka bermakna anda boleh memilih samada menjadi end user atau memperkemaskan lagi sistem tersebut bersesuaian dengan kehendak dan suasana penggunaan anda. Saya memikirkan betapa indahnya jika sistem pengurusan sekolah agama rakyat (SAR) dan beberapa sekolah swasta yang lain menggunakan sistem ini dalam pengurusan sekolah mereka. Secara tidak lansung mereka juga akan menggunakan ubuntu sebagai sistem operasi di sekolah mereka. Adakah anda melihat potensi itu? Jika anda perlukan apa-apa pertolongan tentang ubu...

Ciri-ciri USB 3.0 didedah isnin ini

Image
Apa yang lebih hebat dari memindahkan 25GB data dalam 70saat? Ok mungkin dapat berlari dalam guni sambil mendaki gunung everest itu hebat bagi anda tetapi kita sedang membincangkan bab yang lain disini. Demo pada WinHEC 2008 mendedahkan, apabila data 25GB dipindahkan menggunakan USB 1.0, 2.0, dan 3.0, masa yang dicatatkan adalah seperti berikut; USB 1.0 : 9.3 jam USB 2.0 : 13.9 minit USB 3.0 : 70 saat Kesimpulan awalnya, USB 3.0 akan mempunyai kepantasan 10 kali ganda dari USB 2.0 dan ianya satu teknologi yang sewajarnya dikagumi. Kini USB ( universal serial bus ) sudah diaplikasikan dalam berbagai device yang melibatkan pemindahan data. Pertambahan kelajuan perpindahan data akan secara lansung mencetuskan idea terkini yang lebih pintar kearah penghasilan teknologi canggih dan memudahkan kehidupan. Antara yang pertama saya fikirkan ialah live usb ubuntu dan apajua yang berkaitan. Peningkatan perpindahan data akan meningkatkan kepantasan untuk boot kedalam ubuntu yang berada dalam us...

Preview theme di ubuntu dengan the widget factory

Image
Amacam? Lama gak tak update blog kerana dalam proses mencari mood. Entri kali ni simple jer iaitu berkenaan theme desktop ubuntu yang menggunakan GNOME. Jika selama ini anda perlu membuka tetingkap appearance setiap untuk mencuba theme yang telah anda pasang, kini anda boleh preview theme dengan menggunakan satu alatan dipanggil the widget factory. tema aurora leopard sedang di preview Anda boleh pasang alatan ini dengan klik link berikut : thewidgetfactory atau memasukkan sudo apt-get install thewidgetfactory ke terminal. Lancarkannya dengan menggunakan command twf Semoga bermanfaat.

2 Hari yang indah

"2 hari yang indah. Disana saya berjumpa dengan insan-insan yang menarik, berkenalan, berkongsi idea, pengalaman, dan juga senyuman. Bibit-bibit kemesraan mekar melupakan hakikat bahawa itulah kali pertama mata bertemu mata. Itulah saat nama sebenar dilupakan, dan nickname menjadi identiti perkenalan masing-masing." Maafkan kerana beberapa hari tiada apa-apa update dari saya. Sebenarnya saya cuba update blog ini namun percubaan itu berakhir dengan hanya menulis beberapa baris ayat dan niat untuk update dibatalkan kemudiannya - tiada idea. Mungkin saya perlu pulang ke workspace saya yang biasa dan barulah idea itu datang. Sebenarnya ianya satu kebenaran. haha! Ok FOSS.MY 08. Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, anda boleh datang tanpa membayar apa-apa bayaran dengan syarat jangan ikuti apa-apa aktiviti rasmi foss. Ubuntu session bukan aktiviti rasmi foss dan anda bebas menghadirinya. Mungkin ada yang membatalkan niat menghadirkan diri kerana bayaran yang dikenakan ...

Meriahkan Sesi Ubuntu di FOSS.MY

Kepada anda yang berada berdekatan dengan bukit jalil, anda dipersilakan ke sesi ubuntu sempena FOSS.MY 08 dan tiada bayaran akan dikenakan. Itu adalah ayat pertama saya untuk entry kali. Mudah faham, padat dan ringkas. Maafkan saya kerana keletihan semalam menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk update blog ini pada malamnya. Sesi ubuntu session sempena foss.my merupakan satu peluang bagi anda pengguna ubuntu untuk bersuamuka dengan pengguna ubuntu seluruh negara berkenalan dengan otai, orang kuat ubuntu malaysia, bloggers, dan orang-orang kuat foss menyelesaikan masalah ubuntu anda (jika ada) berkongsi cerita dan pengalaman menggunakan ubuntu membeli buku, tshirt, sticker berkaitan dengan ubuntu, linux, dan oss.. Saya menulis entry ini di bilik yang dikhaskan untuk sesi ubuntu di APIIT.

Jalan ke FOSS.MY'08

Image
Saya kira anda sudah menetapkan tentang perkara ini : PERGI @ TIDAK. Namun anda samasekali masih belum terlewat untuk memikirkannya kembali. Bro wariola telah menggariskan 6 sebab mengapa foss.my 08 wajib dimasukkan kedalam kalendar aktiviti 2008 anda. Foss.my 08 bakal mengumpulkan segenap peminat OSS yang terdiri daripada geeks, bloggers, software developers, distribution developers, professionals, students dan bermacam lagi. Jika selama ini anda hanya mengenali seseorang itu menerusi nickname dalam irc, forum, blog dan sebagainya, esok anda akan mengenali mereka-mereka ini secara nyata bukan lagi secara maya. Dimana? Dimana menjurus kepada bagaimana untuk sampai kesana? Saya secara peribadi akan turun ke Kuala Lumpur malam ini dan apabila sampai esok terus menaiki LRT Star ke hentian bukit jalil. Khabarnya, perkhidmatan shuttle dari hentian lrt bukit jalil ke APIIT telah disediakan oleh pihak penganjur. Sepertimana biasa, rancang perjalanan anda esok dengan merujuk laman disini . ...

Lorem Ipsum Generator untuk ubuntu (dan juga windows)

Image
Pebender Lorem Ipsum tu? Saya tidak pernah terfikir untuk memerlukan satu perisian menghasilkan text random dalam kuantiti yang banyak sehinggalah saya merangka template bagi emaj. Ketika itulah saya menyedari betapa perlunya perisian seperti ini kepada saya. Semalam ketika saya sedang bermain-main dengan inkscape - melukis satu ikon baru bagi liferea (sebab saya tak suka ikon default liferea), sekali lagi saya memerlukan beberapa perenggan text untuk melengkapkan illustrasi. Saya teringat kepada lorem ipsum generator dan terus memasangnya. Rujuk link diatas dan download lorem ipsum generator tadi samada untuk ubuntu (deb), windows (exe) atau fedora (rpm).

Apa yang saya lakukan setiap kali selepas memasang ubuntu

Image
Saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya lakukan sebaik sahaja memasang ubuntu kedalam komputer kepunyaan saya. Selepas memasang ubuntu: 1.Saya pastikan internet berfungsi dengan baik dan boleh digunakan. 2.Saya pergi ke System > Administration > Software Sources dan pada bahagian 'Download From' > Other > Select Best Server. 3.Selesai sahaja bahagian itu, saya akan update system jika terdapat update. 4.Right click pada desktop > Change Desktop Background > Visual Effects > Extra. Jika tiada error yang keluar maknanya grafik kad tiada masalah. 5.Saya buka firefox, dan pergi ke laman web yang mempunyai flash. Satu popup muncul dan membawa saya ke pemasangan plugin flash player. Saya biasanya memilih pemain flash adobe. 6.Saya double click mana-mana video atau audio dan system ubuntu akan mencarikan codec yang sesuai. 7.Saya buka add&Remove App dan memasang perisian berikut; Gnome-do CCSM Gscrot (perlukan repo tambahan) ( rujukan ) Inkscape Scribus ...

Background pada GRUB Loader ubuntu?

Image
Ianya berlatarkan warna hitam, dengan tulisan bewarna kelabu. Boring dan begitu tradisional. Anda mungkin perlukan sesuatu yang baru bagi sesi GRUB Loader anda kerana itulah paparan pertama (mungkin kedua) yang ada lihat ketika memasang komputer/laptop berubuntu. Sebenarnya anda boleh mengubahnya dengan beberapa langkah yang mudah. Bagaimana? Pergi ke laman berikut ; https://wiki.ubuntu.com/Artwork/Incoming/Hardy/Alternate/Grub Dan ikuti tutorialnya. Namun pada langkah memasukkan splashimage=(hd0,0)/grub/splashimages/HumanUbuntu.xpm.gz harus diingat bahawa nilai (hd0,0) bermaksud lokasi partition dimana grub anda terpasang. Ada kemusykilan? Sila tanya. UPDATE : Oleh kerana ada yang tak berapa faham, saya detailkan sedikit lagi. 1.Anda boleh hasilkan imej sendiri tetapi hendaklah save ke format .xpm dan kemudiannya ke format .xpm.gz. 2.Bagaimana nak pastikan partition mana anda pasang GRUB? Pada terminal masukkan gksu gedit /boot/grub/menu.lst dan tengok kepada sesuatu seperti title ...

Idea untuk GNOME 3.0 : Adakah kita perlukan titlebar?

Image
Ingin saya bertanya secara jujur, berapa ramai yang melihat kepada titlebar untuk mengetahui "tetingkap perisian apa" yang sedang aktif? Dan berapa ramai pula yang melihat kepada titlebar untuk membaca "title" dan untuk mengetahui nama perisiannya? Lihat kepada screenshot dibawah; Katakan tetingkap tersusun seperti diatas. Secara normal, adakah anda membaca title bar untuk beralih ke tetingkap firefox (dibelakang) yang tidak aktif? Bagi saya, saya tidak membaca pun title bar. Samada saya melihat kepada ikon firefox atau saya terus memilih satu persatu untuk beralih ke tetingkap yang lain. Jika konklusinya ialah, kita tidak lagi perlukan titlebar, apakah yang ingin anda lihat dalam versi GNOME 3.0 nanti? Pertamanya, ia tidak sepatutnya meniru mac osx yang meletakkan pilihan menu pada panel. Ia juga tidak sepatutnya kekal dengan style tradisional bagi tetingap dalam windows iaitu pilihan menu dibawah titlebar. Disini saya ideakan, apakata kalau pilihan menu pada titl...

Crossover dan Wine dalam ubuntu : Kongsikan screenshot anda!

Image
Anda memasang perisian windows tertentu dalam ubuntu menggunakan crossover dan wine? Kongsikan screenshot dan sedikit komen berkenaan prestasi perisian tersebut dengan pembaca blog ini dengan menghantarnya kepada saya : zul.malc (@) gmail.com. Saya akan update entry ini setiap kali menerima kiriman screenshot daripada anda. Berikut merupakan beberapa screenshot yang saya terima dari rakan pembaca melayubuntu; 1. Microsoft Office 2003 yang dikirim oleh bro mustakim. Ianya dipasang menggunakan crossover dalam ubuntu. 2. Perisian Rhinoceros yang dihantar oleh bro noracom. Ianya dipasang menggunakan wine dalam intrepid ibex. Menurut bro noracom, ianya sangat stabil dan tidak ada apa-apa masalah. 3.Quranflash menggunakan wine dalam ubuntu 8.04 dan dihantar oleh bro Abu Qush. Sebenarnya ada isu tentang flash dalam samada ubuntu versi 8.04 dan saya masih perasan dalan versi 8.10 iaitu setiap kali menggunakan flash atau melawati laman web berflash, cpu komputer akan digunakan dalam kadar yang ...

Mengukur tanda aras prestasi komputer anda dengan Geekbench

Image
Geekbench ialah pengukur tanda aras ( benchmark ) bagi keupayaan processor dan memori sesebuah komputer. Ianya cross-platform, ideal untuk anda menguji prestasi windows, mac osx, dan linux dalam satu komputer yang sama. Apabila versi ubuntu diupdate setiap 6 bulan sekali, terdapat satu keperluan bagi penggunanya untuk mengetahui apakah ubuntu semakin pantas atau sebaliknya? Saya membaca banyak komen tentang ubuntu yang pro-kontra dalam isu kepantasannya. Ada yang mengatakan ubuntu semakin berat sejak ia diperkenalkan 4 tahun yang lalu sebaliknya ada yang mengatakan ianya semakin pantas. Bagi membuktikan dakwaan anda itu berasas (samada semakin pantas atau lambat), anda perlukan alat pengukur dan disinilah anda memerlukan geekbench. Saya ketika menulis entry ini sedang menggunakan MacBook v3.1 dengan specs seperti berikut; processor : Intel(R) Core(TM)2 Duo CPU T7500 @ 2.20GHz memori : 1GB OS : ubuntu 8.10 dan keputusan yang diperolehi dari geekbench adalah seperti screenshot d...

Kronologi dan pengalaman memasang Ubuntu Intrepid Ibex kedalam MacBook

Image
Saya setkan diminda, apa jadi pun saya tetap akan memasang ubuntu intrepid ibex kedalam macbook v3.1 Santa Rosa. Dan apabila Apple Boot Camp gagal untuk partition harddisk 'Macintosh HD', saya semakin jelas bahawa ini bukan suatu kerja yang mudah. Mengapa saya begitu 'bernafsu' untuk melakukan operasi ini? Bateri macbook boleh bertahan selama 6 jam - kalau tak silap (laptop buruk saya hanya bertahan 1 jam) dan itulah sebab yang paling besar mengapa saya nak sangat pasang ubuntu kedalamnya.. 1Nov 08 Saya pergi ke rumah bro syah (thanks bro) mendapatkan ISO bagi versi terbaru ubuntu iaitu versi 8.10 intrepid ibex. Kesemuanya berjalan lancar dan saya pulang kerumah dengan harapan yang menggunung. Apabila kita ingin install ubuntu - setkan pada minda bahawa ia perlukan 'ruang'. Saya memulakan operasi dengan menggunakan Boot Camp untuk menghasilkan ruang (partition) dengan saiz yang paling minima (5GB) namun Boot Camp gagal. Saya sendiri tidak begitu jelas akan sebab...