Posts

Showing posts from September, 2010

The Document Foundation memayungi pembangunan LibreOffice (OpenOffice)

Image
Apabila syarikat Oracle membeli Sun Microsystems (yang selama ini memayungi pembangunan OpenOffice.org) dan perkembangan seterusnya menampakkan sifat sebenar Oracle adalah sangat tidak mesra perisian sumber terbuka (mematikan pembangunan Open Solaris dan tindakan saman terhadap syarikat Google berkenaan aplikasi Java dalam android), lalu pelbagai syarikat dan organisasi menubuhkan apa yang mereka namakan " The Document Foundation " yang saya boleh tafsirkan sebagai percubaan menyelamatkan pembangunan OpenOffice.org. Namun oleh kerana trademark "OpenOffice.org" dimiliki oleh Oracle yang telah membeli Sun Microsystems, mereka namakan projek ini sebagai LibreOffice dan mereka masih berharap agar Oracle dapat mendermakan trademark tersebut kepada The Document Foundation. Di belakang The Document Foundation merupakan organisasi dan juga syarikat seperti FSF, OASIS, Google, Novell, Red Hat, Canonical, Open Source Initiative, French Community, BrOffice.org, The Norwegi...

Muatturun font ubuntu (Rasmi) .ttf

Image
Akhirnya setelah berbulan-bulan menunggu, pihak pembangun ubuntu menerbitkan secara rasmi dan terbuka font (tulisan) yang membentuk perkataan "ubuntu" pada jenama ubuntu, iaitu Ubuntu Font Family. Bagi yang telah memasang ubuntu maverick, satu kemaskini akan secara automatik memasang font ini ke dalam ubuntu anda. Namun bagi pengguna versi ubuntu yang sebelum ini, untuk mendapatkan font ini, masih tidak ada PPA rasmi dan hanya terdapat satu cara untuk mendapatkannya iaitu memuatturun package font daripada launchpad melalui pautan : Download Ubuntu font family Pilih pakej dengan extension .tar.gz kemudian extract dan double clik pada font yang ingin anda pasang. Oleh kerana ianya .tff, font ini juga boleh dipasang ke dalam Windows dan mungkin juga Mac OSX untuk tujuan design dan sebagainya. Ubuntu font family ini juga akan disediakan kepada pembangun web sebagai webfont melalui font.ubuntu.com dan juga http://code.google.com/webfonts . [via : webupd8 ]

Bagaimana pengguna biasa boleh menyumbang kepada perkembangan ubuntu

Image
Ubuntu merupakan satu sistem operasi sumber terbuka yang dibina berasaskan komuniti dan untuk komuniti. Tidak seperti ketika menggunakan windows yang lebih mendidik kita ke arah menjadi end user, semua sistem operasi sumber terbuka membuka ruang seluas-luasnya kepada pengguna untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang membangunkan sistem operasi itu. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana bukan? Katakan anda tidak tahu apa-apa berkenaan programming, python, c, c++ lalu bagaimana untuk menyumbang? Namun sebenarnya sesiapa sahaja boleh menyumbang dan dalam entri ini saya akan ceritakan serba sedikit supaya anda mendapat gambaran lebih jelas. 1.Menyumbang kepada penterjemahan Aplikasi Caranya ialah dengan mendaftarkan diri anda di launchpad.net kemudian cari aplikasi yang anda ingin terjemah ke bahasa yang anda tahu (contoh : English kepada Malay). Klik pada translation. Dibawahnya, anda boleh melihat senarai bahasa yang anda boleh terjemahkan. Klik padanya akan membawa anda ke ...

PPA rasmi Hotot untuk Ubuntu Lucid/Maverick

Saya telah menulis 2 artikel sebelum ini berkenaan twitter client, hotot , hari ini saya cuma ingin menulis berkenaan projek hotot telah diupload secara rasmi ke launchpad dan PPA rasmi bagi hotot telah pun tersedia untuk dicuba. Sila tambah ppa menggunakan kata arahan berikut; sudo add-apt-repository ppa:hotot-team sudo apt-get update Sekiranya anda masih belum memasang hotot ke dalam ubuntu, anda boleh berbuat demikian menggunakan ubuntu software center atau memasukkan kata arahan berikut; sudo apt-get install hotot Selamat mencuba.

Apabila cecacing Stuxnet menyerang dan Ancaman ribut geomagnetik

Image
Ancaman Stuxnet Sebenarnya ada dua isu yang ingin saya sentuh hari ini. Pertamanya ialah Stuxnet, cecacing siber paling merbahaya seperti yang dilaporkan oleh Kosmo! Sedikit penyelidikan melalui beberapa laman web seperti wikipedia menjelaskan bahawa Stuxnet merupakan cecacing yang hanya spesifik menyerang sistem pengoperasi windows. Lebih menarik, Stuxnet direka khas untuk menyerang sistem pengendalian industri terutamanya yang dibangunkan oleh syarikat Siemens seperti yang dilaporkan oleh boingboing . Saya memetik; Stuxnet, which was first publicly identified several months ago, is aimed solely at industrial equipment made by Siemens that controls oil pipelines, electric utilities, nuclear facilities and other large industrial sites. While it is not clear that Iran was the main target -- the infection has also been reported in Indonesia, Pakistan, India and elsewhere -- a disproportionate number of computers inside Iran appear to have been struck, according to reports by compu...

Mencantumkan dokumen PDF dan imej dengan mudah menggunakan Couturier

Image
Diinspirasikan oleh iCombiner untuk Mac OSX, Couturier adalah satu aplikasi untuk linux yang berfungsi untuk mencantumkan dokumen PDF dan Imej ke dalam satu dokumen yang boleh dilindungi oleh kata laluan yang ditetapkan oleh penciptanya. Cara penggunaannya semudah ABC, drag & drop fail PDF dan imej ke dalam Couturier, tentukan susunan dokumen tersebut dengan drag & drop, masukkan kata laluan (sekiranya anda ingin melindungi dokumen anda), kemudian klik butang Combine. Memasang dalam Ubuntu Pergi ke laman Couturier dan muatturun fail .deb dan double click padanya untuk meneruskan proses pemasangan. Kemudian, menunya boleh didapati dalam Applications - Office - Couturier. Video cara penggunaan. Selamat mencuba.

Cara mudah mengembalikan genie minimize effect ke ubuntu

Image
Saya memanggilnya "cara mudah" kerana saya pernah menulis " cara susah " mengenainya sekitar ogos 2008 yang lalu. Cara mudah ini tidak memerlukan anda mengubah fail hex yang ditakuti oleh ramai pengguna ubuntu. Cara mudah ini hanya memerlukan anda menjalan satu skrip yang akan secara automatiknya mengubah beberapa data dalam fail tertentu sistem compiz. Sekiranya anda tidak tahu apakah genie minimize effect, sila tonton video dibawah; Asalnya,efek ini telahpun ada dalam compiz dan kemudiannya dikeluarkan kerana bersamaan dengan efek yang sama dalam sistem operasi Mac OSX (khabarnya ia telah dipatentkan di US). Namun kini pengguna ubuntu boleh mengembalikan efek ini dengan mengikuti langkah berikut; 1) Muatturun fail genie_compiz daripada laman berbahasa sepanyol ini . Versi guna google translate . 2) Save ke dalam mana-mana folder. Masuk ke dalam folder tadi - right click pada fail genie_compiz - Properties - pilih tab Permissions - Tandakan Allow execut...

Sync telefon pintar iOS, Android, Symbian dengan UbuntuOne

Image
Berapa ramai pengguna ubuntu yang menggunakan UbuntuOne? Saya pasti ramai yang hanya mengabaikan fungsi ini kerana menganggapnya tidak berguna dan fungsi yang mengelirukan. Apapun sekiranya anda pengguna telefon pintas iOS, atau Android atau mungkin juga Symbian, kini ada sebab kenapa anda harus menggunakan UbuntuOne. UbuntuOne merupakan perkhidmatan simpanan data atas talian yang diperkenalkan oleh Canonical - pembangun kepada ubuntu. Ia diintegrasikan ke dalam pengurusan fail nautilus didalam ubuntu bagi memudahkan pengguna memuatnaik data penting ke UbuntuOne yang kemudiannya boleh diakses dimana sahaja pengguna berada (selagi ada internet dan browser). Sebenarnya, UbuntuOne juga menyokong sync data (contacts, calendar, dan notes) antara UbuntuOne dan peranti telefon pintar yang berplatformkan iOS (iPhone, iPod Touch, iPad), Android, dan juga Symbian (Model Nseries Nokia dan sebagainya). Apa yang anda perlukan ialah akaun UbuntuOne, dan kemudian, sila pergi ke http://one.ubuntu...

Tutorial OpenShot : Aplikasikan fungsi 3D Animated Title ke dalam video

Image
Sekiranya anda belum memasang OpenShot ke dalam ubuntu, sila rujuk entry saya sebelum ini. Setelah memasang OpenShot, untuk menggunakan fungsi 3D Animated Title anda memerlukan perisian Blender (versi 2.5 keatas), satu perisian menghasilkan animasi 3D dan video editor 3D sumber terbuka. Masalahnya ialah, pada ketika ini versi penuh Blender 2.5 masih belum dilepaskan dan versi pembangunan dalam PPA tidak dapat dikesan oleh OpenShot. Lalu pembangun kepada OpenShot iaitu Jonathan Thomas mencadangkan penyelesai ini kepada anda yang ingin mencuba fungsi 3D Animated Title. 1.Download Blender 2.5.4 dari http://www.blender.org/download/get-254-beta/ 2.Extract fail Blender tadi ke home folder /home/username/blender25 3.Buka OpenShot, klik pada menu Edit - Preferences dan tukar ketetapan Blender Executable = /home/username/blender25/blender (path kepada fail blender dalam extracted folder dari fail yang anda muatturun tadi) Kemudian untuk mencuba fungsi ini, pergi ke menu Title - Ne...

PPA untuk Hotot Twitter Client & Hotot untuk Windows 7!

Image
Yup, sekali lagi, Hotot! Fakta menarik setelah sehari menggunakannya ialah saya semakin aktif bersiul di arena twitter . Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun twitter, sila register di laman web twitter dan uji hotot kerana ia cukup menyeronokkan. Setelah direview oleh laman blog webupd8.org semalam, hotot terus menjadi perhatian terutamanya kepada pembangun perisian dan ada antara mereka yang mencadangkan supaya hotot dihostkan di launchpad. Walaupun cadangkan tersebut belum diimplementasikan secara rasmi, kelihatannya sudah ada pembangun perisian yang memasukkan pakej hotot kedalam PPA nya iaitu Jimmy Xu dan pengguna ubuntu lucid/maverick boleh memasang hotot menggunakan PPA tersebut dengan memasukkan command berikut. sudo add-apt-repository ppa:jimmyxu/hotot sudo apt-get update sudo apt-get install hotot Selain itu, setelah saya menerokai laman google code yang menjadi host kepada code hotot, saya mendapati terdapat pakej untuk pengguna windows 7 dan screenshot diatas ia...

Pesta pelepasan perisian video editor PiTiVi 0.13.5 dan OpenShot 1.2.2

Image
Semalam menyaksikan 2 perisian video editor terkenal untuk Ubuntu linux melepaskan versi terbaru iaitu PiTiVi dengan versi 0.13.5 dan OpenShot 1.2.2. Apa yang terbaru dari kedua-duanya? PiTiVi 0.13.5 fungsi backup berkala untuk projek editasi video semasa easy crossfading transitions by overlapping clips (efek pertukaran dari 1 track video ke track video seterusnya) better icon metaphors for link/unlink actions pixel-perfect icons for various toolbar icons new “add keyframe” button (and keyboard shortcut) the “missing plugins” installer has been fixed various performance improvements (less conversions, faster linking) OpenShot 1.2.2 Custom Transitions 3D animated titles (memerlukan blender versi 2.5 terpasang dalam ubuntu) New Audio & Video Effects including Chroma hold Time-line Improvements / Animations Improved Effects User Interface New netbook friendly theme Razor Improvements (now supports snapping to play-head) Improved Language Support (Rotate effect no...

Hotot Twitter Client : Aplikasi linux kini semakin "anggun" [Dikemaskini]

Image
Hotot , merupakan satu lagi projek sumber terbuka yang dihostkan di google code dan berfungsi sebagai microblogging client seperti twitter dan mungkin akan menyokong laman lain kemudiannya. Namun hotot bukan aplikasi linux typical yang hanya berfungsi secara yang sepatutnya ia berfungsi. Hotot menggunakan pendekatan antaramuka yang elegant (anggun) dan saya boleh bayangkan bahawa ianya mirip kepada aplikasi yang biasanya kita temui hanya dalam Mac OSX. Meskipun belum melepaskan apa-apa versi stabil buat masa sekarang, percubaan saya menggunakan hotot cukup membuatkan saya rasa kagum dan saya berharap agar banyak lagi aplikasi seanggun ini akan dibangunkan untuk platform linux pada masa hadapan. Hotot masih lagi dalam versi pembangunan akan tetapi sudah mempunyai fungsi yang hebat dalam senarai extensions seperti GMap untuk memaparkan tweet yang mempunyai data geolokasi. Selain extension GMap, terdapat juga extension yang berfungsi untuk memaparkan imej (yang dihostkan di laman ...

Bricscad™ V10 untuk Linux Dilepaskan : Altenatif AutoCAD untuk Linux

Image
  image dari : webupd8.org Syarikat Bricsys adalah pembangun pertama yang mengambil inisiatif membangunkan perisian CAD berasaskan .dwg, Bricscad untuk sistem operasi linux seperti ubuntu, fedora dan opensuse. Meskipun perisian ini bukanlah perisian percuma mahupun open source, namun untuk sebuah platform yang sekian lama menantikan altenatif kepada perisian berbayar seperti AutoCAD merupakan satu berita yang cukup mengembirakan. Dari segi harga pula, berbanding dengan AutoCAD yang harga permulaanya sahaja mencecah USD4000++, Bricscad hanya mengenakan harga 275 USD (promotion untuk versi Linux) yang mana ianya harga yang cukup rendah dan berbaloi untuk dicuba. Sekiranya anda masih ragu-ragu , Bricscad boleh dicuba selama 30 hari tempoh percubaan dengan hanya perlu memuatturun fail DEB, RPM atau TAR.GZ (untuk versi linux yang setara).

3 Cara gila sebarkan Ubuntu

Ur box Hv Bn PWNed Crack masuk komputer jiran atau lagi baik Cyber Cafe atau Pusat Komputer. Selepas itu tukar password admin dan paparkan mesej " komputer anda telah digodam,passwd nya ialah ******, dah tukar bagi selamat sikit. Sila guna Ubuntu untuk lebih Sekuriti." Jadi Ahli Politik Cara ini meungkin mengambil masa yang lama sikit kalau baru nak bertatih dalam bidang politik. Tapi bila sudah menjadi ahli politik kita berkuasa untuk menukar semua OS legasi kepada Ubuntu. Mungkin ikon yang patut jadi ahli politik adalah orangnya dari komuniti Ubuntu dan berkiblatkan pandangan Richard Stallman.  Buat Iklan kat internet dan tiang-tiang elektrik Dalam iklan tu tulis sebesar-besar font, "Format laptop dan PC secara percuma, anda cuma perlu belajar sedikit untuk OS baru yang percuma dan beribu-ribu lagi perisian percuma luar dan dalam talian internet. Sila hubungi: 019-xxxxxxx" Cara x berapa gila Kuasa LiveCD Kalau nak keluar ke mana-mana bawak sekali LiveCD mana tahu ...

Memperkenal Ubuntu kepada Malaysia dan mengapa pengguna Windows tidak perlu rasa terancam!

Image
Sudah hampir 3 tahun saya menjadi penulis blog ini, fokus kepada idea dan praktikal memperkenalkan sistem operasi ubuntu kepada pengguna komputer di Malaysia. Sebelum saya mengorak panjang saya ingin kongsikan kata-kata hebat seorang pejuang kemerdekaan dari ketamadunan India - Mahatma Gandhi; “First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.” Samada anda sama merasainya atau tidak, sebenarnya itulah yang saya rasa sepanjang-panjang lebih kurang 93,312,000 saat yang telah ditempuhi. Pada mulanya, blog ini diabaikan oleh pembaca. Mereka tidak begitu kisah apa yang saya tulis dan juga fakta yang saya berikan. Kemudian mereka datang ke blog ini semata-mata untuk mentertawakan, merendahkan, dan memberikan komen yang sinis. Fasa seterusnya ialah mereka melawan dengan nada yang keras dan lebih mengancam. Samada fakta dilawan dengan fakta atau fakta yang dilawan dengan penafian, bukanlah sesuatu yang ingin saya ulas disini - kerana entry ini bukan untuk men...

Membina komuniti Ubuntu

Membina komuniti bukan sesuatu yang senang. Bayangkan berapa lama sesuatu komuniti seperti Ubuntu ini hendak bercambah dan berkembang hingga ke Malaysia. Rencana kali ini akan menghuraikan bagaimana untuk membentuk sesebuah komuniti yang sihat dan disegani. Bina suatu produk hebat Ubuntu sudah pun menjadi produk hebat di kalangan pengguna-pengguna seluruh dunia. Daripada segi kestabilan, harga, kebolehgunaan dan sebagainya ternyata Ubuntu telah mengatasi sistem operasi yang lain di dunia. Komuniti Ubuntu yang terdapat di seluruh dunia telah berjaya memperbaiki Ubuntu dengan baik dan pantas ini dapat dilihat dengan release cycle dalam masa 6 bulan sahaja. Lantik 'Juara' dalam komuniti Ubuntu Komuniti sudah ada. Cuma ada satu kurang. Pemimpin yang betul-betul boleh menjadi inspirasi atau hero dalam komuniti ini. Tanpa juara kita akan terus menjadi seperti sekarang. Kurang dikenali dan tidak dapat memberi apa-apa sumbangan kepada rakyat Malaysia. Jika kita memiliki jaguh ini seku...

Penyelesaian masalah Policy Kit Authentication Agent dan Ubuntu Software Center dalam Lucid/Maverick

Image
Saya menghadapi masalah authentication pada Ubuntu Software Center iaitu setiap kali saya cuba memasang perisian menggunakannya, tidak ada sebarang proses memasukkan password berlaku dan sudah tentu perisian tidak akan terpasang proses tersebut. Saya menemui penyelesaian ini dalam forum ubuntu dan cara menyelesaikannya adalah seperti berikut; 1.Buka Startup Applications atau Ubuntu Tweak (mempunyai pilihan yang lebih banyak berbanding Startup Applications tapi cara penyelesaian tetap sama) 2.Pilih Policy Kit Authentication Agent. Kemudian klik butang Edit. 3.Sekiranya anda mempunyai masalah yang sama dengan saya, anda akan melihat sesuatu seperti berikut; tertulis dalam ruangan Command : /usr/lib/kde4/libexec/polkit-kde-authentication-agent-1 4.Masukkan dalam ruangan command tadi : /usr/lib/policykit-1-gnome/polkit-gnome-authentication-agent-1  5.Save dan close. 6.Restart. Saya telah memeriksa masalah ini dan mendapati Policy Kit Authentication Agent KDE telah mengga...

Pasang Dropbox ke dalam Ubuntu Lucid/Maverick

Image
Dropbox merupakan satu perkhidmatan yang membenarkan penggunanya menyimpan data secara online, berkolaborasi dan berkongsi dengan kawan data tertentu serta menyamaratakan data (sync) antara dropbox dan folder tertentu dalam komputer. Dropbox, tidak seperti ubuntu one merupakan perkhidmatan yang multi-platform yang membolehkan penggunanya memasangnya pada Windows, Mac OSX dan juga Ubuntu Linux.   Pemasangan Dropbox Anda boleh memuatturun fail DEB daripada http://www.dropbox.com/downloading dan kemudian double click pada fail berkenaan untuk tujuan pemasangan. Selesai proses pemasangan, lancarkan dropbox (Internet - Dropbox) yang kemudiannya membawa anda ke proses pendaftaran dan setting. Klik pautan saya untuk daftar dropbox (NOTA : Bukan Affiliate yer..) Akaun percuma dropbox memberikan anda ruang sebanyak 2GB untuk simpanan data namun sekiranya anda mendaftar menggunakan pautan yang saya berikan dibawah, anda akan mendapat tambahan 250MB menjadikannya 2.25GB untuk simpan...

Memasang Kdenlive 0.78 ke dalam Ubuntu Lucid/Maverick

Image
Kdenlive merupakan perisian video editor yang saya biasa gunakan apabila ingin menghasilkan video samada screencast dan sebagainya. Kdenlive mempunyai fungsi video effect (kesan khas video), transition (efek peralihan antara 1 track video kepada track video seterusnya), dan memasukkan teks atau image ke dalam video . Ciri terbaru dalam versi 0.78 (selain bug fixes) ialah; improved tools for color correction adjust some transitions and effects directly track effects - this allows you to apply an effect to an entire track Create animated slideshows Pemasangan Masukkan kata arahan berikut ke terminal; sudo apt-add-repository ppa:sunab/kdenlive-release sudo apt-get update sudo apt-get install kdenlive Sekiranya anda telah memasang kdenlive sebelum ini, sila upgrade menggunakan kata arahan; sudo apt-get upgrade Nota : Sekiranya ini kali pertama anda memasang kdenlive, anda mungkin terpaksa memuatturun beberapa lib KDE kerana kdenlive menggunakan antaramuka KDE dan bukannya GTK. ...

[Review bervideo] Mencuba Unity - Ubuntu Netbook Edition dalam komputer laptop

Image
Ubuntu mempunyai banyak edisi yang dibangunkan untuk memberi fokus tertentu kepada senibina dan teknologi perkakasan sesebuah komputer. Kerencaman versi ubuntu ini sebenarnya memberikan pengguna lebih ruang untuk memilih versi yang mereka sukai, sesuai dengan keupayaan, senibina komputer, dan citarasa pengguna yang pelbagai. Antara versi ubuntu yang terbaru ialah Ubuntu Netbook Edition dengan antaramuka Unity yang baru diperkenalkan oleh Mark Shuttleworth pada UDS (Ubuntu Developer Summit) sekitar Mei lalu. Sepertimana namanya, Ubuntu Netbook Edition memfokuskan kepada komputer berbentuk Netbook yang mempunyai keupayaan sederhana dan saiz serta resolusi skrin yang kecil. Oleh kerana saya tidak mempunyai Netbook, lalu saya membuat keputusan untuk mencuba Ubuntu Netbook Edition dalam laptop Macbook versi 3,1 - Santa Rosa. Bagaimanakah prestasi Unity dalam laptop biasa? Memasang Unity. Dalam laptop yang sama, saya telah memasang Ubuntu Maverick Beta (Upgrade daripada Lucid) dan revi...

OpenOffice di Windows

Image
Salah satu perkara yang membuatkan saya agak jarang untuk menggunakan perisian Open Office adalah kerana "kemesraan" antara Open Office dengan Microsoft Office tidak lah begitu hebat. Ya, diakui memang boleh buka file open office di word dan sebaliknya, tetapi bila buka pasti akan ada "margin" yang lari. Nak edit balik tu yang leceh tu. Lebih - lebih lagi bila kita nak print document, tapi takde printer sendiri, terpaksa pula pergi cc atau komputer kawan yang ada microsoft word. Mungkin kita boleh save as pdf, tapi tetiba pulak file pdf tadi nak kena edit. Sebagai alternatif, ada dikalangan kita yang install word di linux. Ada yang berjaya install, ada yang tak berjaya. So, disini saya nak berkongsi satu lagi cara untuk menggunakan sepenuhnya perisian Open Office samada di window atau linux tanpa perlu install open office di pc window lain, mudah sahaja dengan download perisian open office portable untuk windows. Kelebihannya adalah anda tidak perlu install di w...

Pengurus muatturun Steadyflow 0.1 dilepaskan dan siap untuk diuji dalam ubuntu

Image
Steadyflow merupakan aplikasi download manager yang baru sahaja dibangunkan dan pertama kali dilepaskan dengan memakai no versi 0.1. Antara fungsi yang dipunyai oleh steadyflow ketika ini ialah; pause, resume dan restart kerja muatturun search/filter box integrasi bersama ubuntu notifications open file/containing folder selesai kerja muatturun PPA untuk pemasangan Steadyflow; sudo add-apt-repository ppa:sikon/steadyflow-daily sudo apt-get update sudo apt-get install steadyflow [via : omgubuntu ]

Cuba Diaspora Online Sekarang! (Tanpa perlu memasang ke dalam server)

Image
Diaspora merupakan satu projek musim panas 4 orang pelajar universiti di Amerika yang cuba membangunkan satu platform laman sosial yang; The privacy aware, personally controlled, do-it-all, open source social network. Mereka mengumpulkan dana sebanyak tidak kurang USD200,000 kebanyakkannya hasil derma dan sumbangan insan-insan yang percaya dan berkongsi impian yang sama dengan mereka. Dengan dana yang sebanyak itu, semalam mereka telah melepaskan versi pembangunan alpha pertama diaspora kepada pembangun yang sudi untuk mencubanya. Semua kod adalah 100% sumber terbuka dan bebas untuk diubahsuai mengikut citarasa pembangun yang mencubanya. Berita baiknya ialah, kini anda boleh mencuba diaspora online tanpa perlu memasangnya ke dalam server milik anda sendiri. Terima kasih kerana laman Openspora.com yang membolehkan kita mencubanya secara online dengan mudah. Nota : Kadang-kala server openspora agak kurang pantas mungkin disebabkan kod diaspora masih tidak begitu stabil buat mas...

Pasang Firefox 4.0 Beta 7 dalam Ubuntu Lucid/Maverick

Image
Wow. Saya merupakan pengguna Google Chrome dan saya ada sebab mengapa saya guna pelayar web Google Chrome . Namun pada hari ini saya ingin mengucapkan, Chrome, maaf..aku terpaksa berlaku curang kali ini! Maaf ku tak bisa, memilih dirimu.. Kerna ku terhanyut..mencintai dia.. Segalanya kerana saya telah mencuba Firefox 4.0 Beta 7. Yup, ianya masih beta namun mengagumkan! Memasang dalam Ubuntu Lucid/Maverick Masukkan kata arahan berikut ke terminal sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-daily/ppa sudo apt-get update sudo apt-get install firefox-4.0 Selesai proses pemasangan, ianya boleh dilancar melalui menu Applications - Internet - Minefield 4.0 Web Browser. Saya telah menulis tentang ciri baru yang telahpun diperkenalkan dalam versi beta ini dan apa yang lebih mengagumkan ialah kepantasan, penggunaan memori yang minimal (lebih baik dari chrome), dan keupayaan untuk menjalankan fungsi sesuatu laman web tanpa masalah (saya mempunyai pengalaman yang kurang baik bersama chr...

Memasang Nautilus-Elementary ke dalam Lucid/Maverick

Image
Ammonkey semalam mengumumkan nautilus-elementary kini menyokong ubuntu 10.10 maverick dan menerbitkan versi yang mempunyai beberapa ciri terbaru dan juga fix. Ianya boleh dipasang dengan memasukkan kata arahan berikut ke terminal; sudo add-apt-repository ppa:am-monkeyd/nautilus-elementary-ppa sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade Apa yang terbaru? clutterview F4 embed terminal F7 [screenshot diatas] zeitgeist search engine Untuk waktu ini, saya menghadapi masalah berkenaan clutterview dalam komputer yang saya gunakan dan oleh kerana itu saya tidak boleh menunjukkan screenshotnya. Bagaimanapun, clutterview adalah ciri paparan fail mirip cover flow dalam finder Mac OSX. UPDATE : Video Screencast Clutterflow; Selamat mencuba.

Mengawal ubuntu menggunakan easystroke dan mengapa ia terlalu Wow untuk dicuba

Image
Saya menemui satu video dalam halaman MaverickMovies yang benar-benar mengagumkan. Apa kata kita bersama-sama video ini; Dah lihat? Dah faham apa yang sedang berlaku? Video diatas memaparkan kawalan desktop ubuntu menggunakan aplikasi yang bernama easystroke yang boleh dipasang menggunakan ppa :  https://edge.launchpad.net/~easystroke/+archive/ppa Kemudian, anda harus mengenakan ketetapan berikut pada compizconfig settings manager dan juga easystroke; Dengan ketetapan inilah, apabila anda mengerakkan cursor anda membentuk bentuk-bentuk yang anda tetapkan dalam aplikasi easystroke, pengarahan-pengarahan tertentu akan dijalankan seperti yang disetkan tadi. Saya harap ada antara kita yang boleh mencuba aplikasi easystroke ini dan insyaallah saya akan review lebih lanjut selepas mencubanya. Nota : Untuk pengguna ubuntu level pertengahan dan keatas sahaja :)

Wallpaper default serba baru untuk ubuntu maverick meerkat : Sila beri pendapat anda :)

Image
Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat beta telah diterbitkan pada 2 september lalu dan telah memperkenalkan wallpaper default serba baru sepertimana biasa. Namun ianya mendapat kritikan yang bukan sedikit kerana faktor percampuran warna tidak serasi antara ungu dan oren dengan cara yang begitu amatur iaitu 3 titik kabur berwarna oren pada wallpaper. Pembangun ubuntu sangat prihatin kepada kritikan pedas yang diterima dan oleh kerana itu jugalah mereka hari ini memperkenalkan wallpaper default serba baru yang pada pandangan peribadi saya jauh lebih baik daripada yang sebelumnya. Wallpaper baru untuk maverick; wallpaper default sebelum ini ialah seperti dibawah; Pendapat anda? [via : omg! ubuntu ]

Memasang Scribus (Perisian Desktop Publishing) 1.5.0.svn dalam ubuntu lucid/maverick

Image
Scribus merupakan perisian Desktop Publishing seperti Adobe Indesign, Microsoft Publisher atau juga Page Maker dan dibezakan dengan methadologi pembangunananya iaitu sumber terbuka dan bukannya bersifat pemilikan (proprietary). Dalam dunia ubuntu, scribus digunakan secara meluas dan antara yang paling terkenal ialah penghasilan Majalah Full Circle yang telah mencapai edisi ke-40 bulan lepas. Baru-baru ini Mark Shuttleworth menulis didalam blognya tentang pakej scribus dalam ppa ubuntu yang mana versi stabilnya tidak up-to-date dengan versi stabil dan versi pembangunan semasa sedangkan Canonical sendiri bergantung kepada aplikasi Scribus untuk menghasilkan flyer, brochure dan seumpamanya. Inisiatif Mark Shuttleworth tersebut telah mewujudkan satu PPA yang mengandungi pakej Scribus versi paling terkini dan stabil yang boleh digunakan oleh semua pengguna ubuntu. Untuk memasangnya, sila masukkan kata arahan berikut ke dalam terminal; sudo apt-add-repository ppa:scribus/ppa sudo apt...

Zam Zam Alla Kazam : Landing Time!

Image
Saya telah menulis berkenaan kazam beberapa hari sebelum ketibaan syawal dan untuk makluman pembaca pada ketika saya menulisnya, saya dapati kazam masih tidak berada dalam keadaan boleh digunakan (faktor ffmpeg). Namun hari ini kazam telah dikemaskini dan fungsi asasnya iaitu merekod video desktop sudah boleh digunakan. Antara ciri lain pada kazam ialah; rekod video skrin dan rekod audio dari mic upload video secara terus ke laman youtube (versi seterusnya akan menyokong lebih banyak host) export secara terus ke video editor seperti Pitivi simpan video (format mkv) ke dalam folder yang anda kehendaki antaramuka yang senang digunakan Untuk memasang kazam dalam ubuntu lucid/maverick, masukkan kata arahan berikut ke dalam terminal; sudo apt-add-repository ppa:and471/kazam-daily-builds sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade sudo apt-get install kazam Video dibawah adalah percubaan saya memuatnaik video yang direkod oleh kazam terus ke youtube. Selamat mencuba.

Ubuntu 10.10 Countdown Banner

Image
Berikut adalah koleksi "ubuntu 10.10 countdown banner" khusus untuk Ubuntu 10.10 yang akan dilepaskan tak lama lagi. Sesuai untuk letak di blog - blog anda. (Gambar, kemudian diikuti dengan code) <iframe src="http://daverix.net/maverickcountdown/iframe.html" frameborder="0" width="180" height="150"></iframe> xxx <iframe src="http://cassidyjames.com/downloads/maverick-iframe.html" frameborder="0" width="180" height="150"></iframe> xxx <script type='text/javascript' src='http://www.kyleabaker.com/fun/ubuntu1010banner/orange.js'></script> atau <script type='text/javascript' src='http://www.kyleabaker.com/fun/ubuntu1010banner/purple.js'></script> xxx <iframe src="http://infected-studios.com/meep/ubuntucountdown.html" frameborder="0" width="180" height="150">...

99.4% daripada 2 juta malware mengancam keselamatan sistem operasi windows januari depan

Image
Masih dalam mood raya? Saya harap begitulah. Namun sekiranya anda pengguna sistem operasi microsoft windows, berita ini mungkin mencacatkan sedikit mood tersebut. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh G DATA, sebuah syarikat keselamatan komputer berpangkalan di Jerman mendapati pada 6 bulan pertama tahun ini (2010) sahaja lebih 1 juta (1,017,208 secara tepat) malware telah dihasilkan oleh penjenayah siber . Data ini merupakan peningkatan 50% daripada tahun lepas dan 99.4% daripada malware tersebut mensasarkan ancaman khusus kepada sistem operasi windows. Manakala sehingga ke penghujung tahun, G DATA menjangkakan lebih 2 juta malware akan dihasilkan pada tahun ini sahaja. Saya quote: "The current numbers are alarming. The malware industry has published nearly four new viruses per minute in the first half of the year. We expect the two million barrier to be broken in the second half of the year,” says Eddy Willems, G Data’s Security Evangelist. “Attackers are targeting social ...

Maverick Sound Indicator berwajah baru

Image
Sekiranya anda sedang memainkan muzik di Rhythmbox dalam ubuntu 10.10 maverick meerkat, kemudian anda klik pada ikon sound pada panel, akan akan melihat sesuatu seperti diatas. Untuk makluman, ini adalah kemaskini kali ke-3 untuk paparan sound indicator dalam ubuntu versi pembangunan maverick meerkat. Apa pendapat anda? Adakah sesuatu seperti ini akan menambahkan kemudahgunaan dalam ubuntu? Pada pendapat saya sudah tentu. Anda tidak perlu beralih kepada tetingkap rhythmbox untuk beralih kepada track seterusnya, sebelum dan pause muzik yang sedang dimainkan (sudah tentu keyboard shortcut juga mempunyai fungsi yang sama).

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dari Blog Melayubuntu

Image
Kelantan… Make ikke cicoh budu Jange lupo tamboh satar? Kelik rayo taksir laju Nanti rayo dale sepita Terengganu… Makang ubi jamang jepong Makang kepok cicoh cuke Bulang pose mung bengong Bulang raye mung suke Pahang… Sepadan Pahang ada kasino Nasi dagang ikan patin Jange mu masam muko Raya makan rendang sadin Johor… Cegitu cegini awak suke Awak suke kite tak suke Esok luse hari raye Sama-sama bersuke rie Melaka… Hawau kau berak merate Kaki bengkak ulau patok Kalu balik naik kerete Jangan pandu kalau ngantok N. Sembilan… Masak lomak cili api Campo dongan ! daun turi Hari rayo kolumpo sopi Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!) Selangor/K.Lumpur… Wa cakap lu wa tak tau Tapi wa tipu sama lu Raya jangan buat tak tau Angpau ada bagi gua dulu Perak… Gulai tempoyak ikan mayong Deroyan busok tebok tupai Pandu hemat ingat kampong Asal teman selamat sampai SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Fungsi Firefox Panorama (Tab Candy) untuk Google Chrome : Tab Sugar!

Image
Firefox 4 akan memperkenalkan pelbagai fungsi baru seperti yang saya tulis sebelum ini . Antaranya fungsi tersebut ialah Tab Candy yang kemudiannya di namakan Firefox Panorama apabila versi beta Firefox 4 dilepaskan. Fungsi baru yang sangat unik dan diperlukan oleh saya ini mungkin akan menyebabkan saya kembali bertukar dari menggunakan Google Chrome kepada Firefox. Namun, bagaimana sekiranya fungsi yang sama turut boleh digunakan dalam Google Chrome? Tab Sugar merupakan satu extension untuk Google Chrome yang berfungsi berasaskan idea Firefox Panorama. Anda boleh memuatturun extension ini dalam pautan berikut: Download Tab Sugar Sila saksikan video preview dibawah; Tab sugar masih lagi dalam versi alpha. Namun pastinya ia menjanjikan lebih kestabilan dan fungsi baru dimasa akan datang. Selamat mencuba :)