Firefox 4.0 Beta 1 Dilepaskan (Ubuntu, Windows, Mac OSX)
Selepas versi stabilnya mencapai angka 3.6.6 dan memperkenalkan fungsi crash protection, hari ini Mozilla melepaskan versi ujian kepada firefox serba baru 4.0 beta 1 untuk dicuba dan mengumpulkan respon daripada pengguna sekiranya terdapat bug dalam versi pembangunan ini. Sekiranya anda ingin membantu pembangunan firefox, anda boleh mencuba versi ujian ini dengan memuatturun dari pautan berikut: Linux Windows Mac OSX 32 bits 64 bits Bagi pengguna ubuntu, anda harus compile dari package TAR yang disediakan (dan saya rasa ianya tidak sesuai dicuba oleh newbie) sehinggalah terdapat PPA yang boleh dipercayai dan kita boleh menggunakannya. Firefox 4.0 juga dikatakan akan memperkenalkan design baru kepada linux seperti screenshot yang dapat anda lihat diatas. Namun samada design terbaru tersebut didatangkan dalam beta1 ini atau tidak masih belum dapat disahkan selagi kita tidak mencubanya =)