Wednesday, July 16, 2008

Tentang E-MAJalah dan projek buku praktikal ubuntu

Apa yang paling saya takutkan dengan semua usaha ini adalah jikalau semuanya ini masih terlalu awal untuk diusahakan.. huhu. Faham ke ayat diatas?

Akhir-akhir ini diri saya disibukkan dengan pelbagai komitmen manakala situasi politik semasa kencang meransang adrenalin saya untuk berlari laju menyelusuri salur darah yang sudah lebih 20 tahun berkhidmat. Pun begitu, komitmen untuk memastikan blog ini sentiasa diatas landasan pecutan yang betul tidak pernah terabai. Kerana itulah sesibuk manapun, setertekan manapun, selagi ada saluran internet insyaallah blog ini akan diupdate.

Berkenaan perkembangan E-MAJ ubuntu for malaysian yang saya keluarkan pada 1 Mei 08 iaitu kira-kira 2 bulan setengah yang lalu adalah seperti berikut;

Baca Online di Scribd : 3288x
Versi 20MB : 1551x
Versi 7.9MB : 1334x

Ketiga-tiga mirror diatas adalah dibawah kelolaan saya dan angka ini tidak termasuk mirror lain yang disediakan oleh blogger persendirian dan sebagainya. Apabila dicampur kesemuanya, maka matlamat saya untuk sekurang-kurangnya hasil kerja saya ini ditatap oleh 5000 orang pembaca telahpun tercapai.

"Anda ada pilihan". Itulah yang ingin saya sampaikan melalui E-MAJ tersebut. Apabila E-MAJ telah menjadi realiti, saya menyedari bahawa mengetahui ada pilihan sahaja masih belum mampu memujuk kebanyakkan pengguna tegar windows untuk berubah kearah pilihan yang disediakan. Kerana itulah saya mencetuskan idea Projek Buku Praktikal Ubuntu yang amat saya harapkan dapat dijadikan bukan sahaja rujukan tetapi basis yang sangat bermakna kearah perubahan.



Saya mempunyai sedikit idea tambahan kearah memantapkan buku yang bakal diterbitkan iaitu memasukkan sekeping DVD yang mempunyai data seperti;

ISO Image bagi ubuntu 8.04 untuk 32,64bits
Data berkenaan command line yang panjang atau susah untuk ditaip bermakna pengguna hanya perlu copypaste sahaja untuk menggunakan command tersebut (dalam kajian)
Data berkenaan tema bagi dekstop, ikon dan sebagainya untuk ubuntu (dikeluarkan bersama lesen GPL - hope tak timbul isu copyright)
Data bagi package tertentu atau perisian tertentu (dalam bentuk .DEB package)
dan apa jua yang difikirkan wajar.

Doakan kejayaan projek ini dan teruskan sokongan anda!


10 comments:

  1. Data berkenaan command line yang panjang atau susah untuk ditaip

    yang nie pakcik sokong.. orang kebanyakkan nak senang..

    ReplyDelete
  2. baik untuk ko,baiklah utk kami especially aku..

    ReplyDelete
  3. kalau ada masa atau tenaga kerja lebih. boleh bubuh video tutorial dalam dvd tu. tp buat masa mula ni jangan buh dulu. pasal nanti byk keje nak wat.

    buat pelan2 dan setakat yg mampu dulu. karang kita tambah nilai kan aja.

    ReplyDelete
  4. teruskan usaha!!
    kalau nk sruh buat vdeo ajak laa..
    sbb kalau vdio lagi senang org nk paham..kot..
    huhu..
    ape2 pn da siap pass kat sini..
    sbb nk kepilkan skali proposal hntar gi pjbt perdana menteri..

    ReplyDelete
  5. @uncle g : tulah...aku ngah pk2 camne nk buatkan org senang...tgk2 aku yg ssh..huhu

    @ansari : hehe...mcm ayat nk cari jodoh kawin jer...ahaha..

    @fahmi : bubuh video..hmm...bagus gak idea tuh..tgklah klu ada kelapangan...

    @jipang : ko nk volunteer wat video ke?? uisk?? pjabat PM??huhu... ni nak apply tender per bro? hehe...

    ReplyDelete
  6. bagus idea tu... sy sokong... smg open source terus maju..

    ReplyDelete
  7. idea yang sangat bagus tapi satu jer cabaran yang paling susuah adalah menukar pemikiran pengguna dari windows kepada ubuntu...termasuk saya kerana salah satu sebab,,,,sudah terikat dengan software-software yang boleh support windows.

    ReplyDelete
  8. bkn ape bro..
    buat bende baik..
    bebaskan nma m'sia dari syurga software cetak rompak..
    bende baik nie..hehe

    ape2 pun bro kenal tak jawatankuasa Ubuntu M'sia? Bleh mntak contact number diorg tak?? masey!!

    ReplyDelete
  9. @neoryzer : huhu..thanks2...tp cam ssh sket la..

    @kita : 2 xpela...leh dualboot..haha

    @jipang : ic ic... knal2 cam2 jer... xde no contact...ym ada la kot...haha

    ReplyDelete
  10. bgus r usaha abg ni.

    abg wt pelan2 dlu n target ne 1 abg nk wt.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...