Tuesday, September 28, 2010

Muatturun font ubuntu (Rasmi) .ttf


Akhirnya setelah berbulan-bulan menunggu, pihak pembangun ubuntu menerbitkan secara rasmi dan terbuka font (tulisan) yang membentuk perkataan "ubuntu" pada jenama ubuntu, iaitu Ubuntu Font Family.

Bagi yang telah memasang ubuntu maverick, satu kemaskini akan secara automatik memasang font ini ke dalam ubuntu anda. Namun bagi pengguna versi ubuntu yang sebelum ini, untuk mendapatkan font ini, masih tidak ada PPA rasmi dan hanya terdapat satu cara untuk mendapatkannya iaitu memuatturun package font daripada launchpad melalui pautan : Download Ubuntu font family

Pilih pakej dengan extension .tar.gz kemudian extract dan double clik pada font yang ingin anda pasang. Oleh kerana ianya .tff, font ini juga boleh dipasang ke dalam Windows dan mungkin juga Mac OSX untuk tujuan design dan sebagainya.

Ubuntu font family ini juga akan disediakan kepada pembangun web sebagai webfont melalui font.ubuntu.com dan juga http://code.google.com/webfonts.
[via : webupd8]

3 comments:

  1. pergh kemas2..
    semalam baru cuba font google chrome tu..
    kemas gak..=)

    ReplyDelete
  2. terbaik font ubuntu ni..slame ni pakai lucida je.heheh

    ReplyDelete
  3. nak tanya ni. Macam tulisan NOKIA tu dia pakai font apa?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...