Friday, September 17, 2010

Cuba Diaspora Online Sekarang! (Tanpa perlu memasang ke dalam server)


Diaspora merupakan satu projek musim panas 4 orang pelajar universiti di Amerika yang cuba membangunkan satu platform laman sosial yang;
The privacy aware, personally controlled, do-it-all, open source social network.
Mereka mengumpulkan dana sebanyak tidak kurang USD200,000 kebanyakkannya hasil derma dan sumbangan insan-insan yang percaya dan berkongsi impian yang sama dengan mereka.

Dengan dana yang sebanyak itu, semalam mereka telah melepaskan versi pembangunan alpha pertama diaspora kepada pembangun yang sudi untuk mencubanya. Semua kod adalah 100% sumber terbuka dan bebas untuk diubahsuai mengikut citarasa pembangun yang mencubanya.

Berita baiknya ialah, kini anda boleh mencuba diaspora online tanpa perlu memasangnya ke dalam server milik anda sendiri. Terima kasih kerana laman Openspora.com yang membolehkan kita mencubanya secara online dengan mudah.

Nota : Kadang-kala server openspora agak kurang pantas mungkin disebabkan kod diaspora masih tidak begitu stabil buat masa ini (atau juga mungkin sebab lain).

8 comments:

  1. Juga ELGG http://www.elgg.org/

    ReplyDelete
  2. mcm mana nk guna??
    tnjuk ajar cikit...

    ReplyDelete
  3. try je bro..
    masuk dan register..try diaspora alpha.
    nanti banyak lagi fungsi lain dia tambah kot..huhu

    ReplyDelete
  4. Dialog dalam screenshot tu hebat.

    '' Melayubuntu : Assalamualaikum. Hello World!
    Melayubuntu : Waalaikumsalam..:]''

    hehe

    ReplyDelete
  5. link openspora.com tu elok ag kew??
    taley msok laa

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...