Saturday, September 04, 2010

Download Tema Ubuntu Light Maverick untuk Window Buttons Applet


Jadi semua orang sudah melihat dan mungkin ada yang telah mencuba tema baru bagi ubuntu light dalam versi ubuntu 10.10 maverick beta. Terdapat banyak perubahan yang diperkenalkan terutamanya pada scrollbar, warna highlight, dan juga butang close, minimize dan maximize. Selepas upgrade ke maverick beta, saya masih mengekalkan kombinasi cardapio + window buttons + global menu pada panel untuk memaksimakan ruang vertikal desktop. Namun, tema butang close, minimize dan maximize masih lagi tema ubuntu light dalam lucid.

Saya mencari tema tersebut untuk ubuntu light terbaru di gnome-look dan juga di google namun tidak menemui sesuatu yang seumpamanya. Lalu saya mengambil keputusan untuk membuatnya sendiri berasaskan kepada tema ubuntu light dalam maverick beta dan boleh dimuatturun melalui link dibawah;


Extract file yang dimuatturun ini dan anda akan mendapati sebuah folder bernama "ambience-maverick". Katakan anda letakkan folder berkenaan dalam direktori home. Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut ke dalam terminat;
sudo mv ambience-maverick /usr/share/windowbuttons/themes
Kemudian, right click pada window buttons applet pada panel dan pilih Properties > Tab Appearance > Pilih tema "ambience-maverick". Anda akan mendapati tema akan berubah seperti dalam screenshot diatas. Selamat mencuba :)

5 comments:

  1. salam semua,saudara Zul,saya dah buat seperti yg saudara tunjuk kat bloq ni,mula2 saya download file tu,pastu,bila saya masuk kan kata arahan tu kat terminal,dia tulis mcm ni (mv: cannot stat `ambience-maverick': No such file or directory)
    agak2 ,sebab apa boleh jadi mcm tu?
    saya harap saudara Zul dapat menolong saya .
    terima kasih.
    file tu saya dwnload,dia masuk ke folder download,saya ubah file tu ke folder home .

    ReplyDelete
  2. maknanya dalam direktori yang ditujukan pada terminal tak mengandungi ambience-maverick. sila pastikan folder ambience-maverick telah berada dalam home direktori pastu masukkan command tersebut sekali lg..

    ReplyDelete
  3. bro zul, aku dah download link kau tu, tapi asal bukak je, die cakap

    gzip: stdin: not in gzip format
    tar: Child returned status 1
    tar: Error is not recoverable: exiting now

    tak sempat aku nak extract pun

    ReplyDelete
  4. pelik..aku compress biasa je..
    ni berlaku kat ko sorang jeke camne ek.

    ReplyDelete
  5. sorry off topic..sapa pernah main game nih tolong bagi review

    http://wildfiregames.com/0ad/
    http://www.webupd8.org/2010/07/install-0-ad-age-of-empires-open-source.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...