Posts

Showing posts from January, 2008

RM0 untuk sebuah komputer? Satu Revolusi diperlukan!

Image
{klik pada image untuk paparan lebih besar} Image diatas diambil di negara Jepun, sebuah negara maju yang mengepalai kemajuan dari segi teknologi serta kekuatan ekonomi.Image diatas diambil dalam sebuah kedai menjual telefon bimbit dan apa yang ingin saya fokuskan ialah, sila perhatikan harga bagi setiap telefon bimbit yang dipamerkan.Anda akan mendapati harga bagi setiap telefon bimbit ialah ¥0 atau Zero Yen.Apa maksudnya?? Di negara jepun, kebanyakkan model telefon bimbit tempatan mereka adalah ¥0 berserta dengan syarat tertentu semasa pembelian.Syaratnya ialah, mesti setia dengan syarikat telekomunikasi yang menjual telefon bimbit tesebut untuk tempoh masa tertentu (2tahun etc).Sebenarnya pelanggan yang membeli telefon tersebut mungkin terpaksa membayar harga tambahan untuk setiap telefon bimbit yang dibeli dalam bil bulanan.Namun ia tidaklah begitu membebankan.Kerana itulah sekarang ini budak lepasan tadika di jepun pun sudah memiliki telefon bimbit (of course yang berkamera)! Jan...

Menukar warna brown semasa login dalam ubuntu

Image
JANGAN LUPA SUBSCRIBE!! Saya tidak pasti bila dan siapa, tetapi pernah seorang pengguna ubuntu(merangkap pembaca blog ini) mengadu kepada saya tentang warna brown setiap kali login.Dia bertanya cara untuk menukar warna tersebut kepada warna yang lain atau bolehkan ditukar kepada wallpaper.Ketika itu saya jawab "tak tahu" kerana saya memang tak tahu.Hari ini saya berjumpa cara bagaimana untuk mengubah warna tersebut dan bergegas menulisnya sebelum terlupa. Warna brown(tema default bagi ubuntu) bukanlah warna yang digemari lebih-lebih lagi perempuan.Setuju? Pertama sekali ialah kita perlu menukar warna background pada Appearance Preferences dan Login Window Preferences.Saya merasakan penerangan bergambar lebih berkesan dari daripada menghuraikan dengan ayat.Oleh itu, sila lihat screenshot dibawah; {klik pada image untuk paparan lebih besar} Saya rangkumkan penerangan dalam 1 screenshot.Walaupun berserabut, saya harap pembaca yang pintar sekalian boleh memahaminya. Setelah seles...

Photoshop Tips : Buat button berstyle Apple

Image
Jika anda adalah pelanggan artikel melayubuntu melalui email , sudah tentu anda perasan design ini.Dalam setiap email yang dihantar melalui perkhidmatan feedburner, diatas bersebelahan dengan tajuk blog, saya telah hias ruangan yang sepatutnya kosong itu menjadi seperti gambar yang mempunyai style seperti button dalam laman web Apple.com. Caranya terlalu mudah.Download style bagi photoshop dalam laman web link dibawah | Create Apple style buttons with Photoshop CS3 | Buka Photoshop CS3 dan load style yang didownload tadi dengan step-step dibawah Ada 2 kategori iaitu button dan text dan kedua-duanya harus dipadankan mengikut kesesuaian masing-masing.Selepas kita draw sesuatu objek (rectangle etc), apa yang perlu dilakukan kemudiannya hanyalah klik pada style yang kita load tadi.Senang bukan? Saya telah mencari tutorial yang sama bagi gimp namun nampaknya masih samar kerana gimp tidak mempunyai fungsi style(atau kalau ada saya tak tahu kat mana).Gimp hanya mempunyai fungsi pattern yang ...

Cara install cairo dock kedalam ubuntu gutsy

1.Edit sources.list dengan terminal; sudo gedit /etc/apt/sources.list 2.Masukkan 2 baris berikut dibawah code-code; #Cairo-Dock deb http://cairo-dock.vef.fr/ubuntu gutsy cairo-dock NOTE: Bagi pengguna feisty, gantikan gutsy dengan feisty save dan kemudian close gedit. 3.Update repositories; sudo apt-get update 4.Install; sudo apt-get install cairo-dock cairo-dock-plug-ins 5.Lancarkan cairo dock; cairo-dock Dari video diatas anda sepatutnya perasaan perbezaan antara cairo dock dan awn.Selamat mencuba! via : LINK1 , LINK2 Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Merakam, Mengedit dan Berkongsi video desktop Ubuntu

Image
Merakam video desktop, membuat screencast, kerja-kerja mengedit,mencantum dan membuang bahagian video yang tidak perlu dan kemudiannya share video tersebut dengan kawan-kawan - semuanya boleh dilakukan didalam ubuntu dengan mudah jika anda tahu caranya.Ingin tahu caranya?Langganlah artikel melayubuntu melalui email supaya anda tidak ketinggalan tips penting untuk desktop ubuntu anda.{ KLIK SINI DAN MASUKKAN EMAIL } Merakam Ada 3 perisian merakam video desktop bagi ubuntu yang saya kira terbaik untuk dicuba iaitu; - recordMyDesktop - Istanbul - xvidcap Cara install ketiga-tiga perisian diatas adalah samada menggunakan Add/Remove Applications atau sila layari link diatas untuk maklumat lanjut.Untuk makluman, semua video ubuntu yang saya pamerkan diblog ini menggunakan recordMyDesktop. Converter/pengubah format video Apabila menggunakan ketiga-tiga perisian diatas(ops - xvidcap terkecuali), file yang akan terhasil adalah dalam bentuk NAMAFILE .ogg .Ianya format video yang default bagi ubu...

Cara menggunakan mac osx dan pengalaman saya

Image
Sudah genap sepurnama saya bergelumang dalam dunia mac osx leopard dan baru hari ini terdetik dihati untuk berkongsi ilmu yang diperolehi.Untuk makluman, saya tidak memiliki iMac, Macbook atau apa jua hardware Apple untuk membolehkan saya mencipta pengalaman bersama Leopard.Saya menggunakan DVD Leopard yang telah di patched untuk membolehkan saya install leopard ke dalam laptop saya dan saya rasa tidak perlulah lagi dibincang soal kerja-kerja hack tersebut. Umum telah maklum bahawa sistem operasi mac osx dibangunkan berdasarkan unix.Bererti mac osx dan ubuntu mempunyai pertalian darah walaupun tidak seibu sebapa(mungkin dua pupu). Ketika pertama kali saya mula menggunakan mac osx tiger(sebelum beralih ke leopard),saya teraba-raba dalam kegelapan - serba tak tahu dan serba try&error.Perkara asas dalam mana-mana sistem operasi(baik bagi komputer,PDA,smartphone) ialah menginstall software.Tanpa software, sistem operasi hanyalah umpama baldi yang tidak berisi air! Cara install perisi...

Minbar 0.2 : Perisian mengingatkan solat waktu bagi ubuntu

Image
Pada 22 Dec tahun lepas, perisian mengingat waktu solat bagi ubuntu iaitu minbar telah diupdate ke versi 0.2.Jika anda masih ingat tulisan saya tentang Ubuntu Muslim Edition , jika anda mengikuti tutorial tersebut berkemungkinan besar perisian minbar yang sedang anda gunakan adalah versi 0.1. Apa yang baru? Terdapat beberapa pembaharuan pada versi 0.2 ini dan antaranya ialah; Prayer Timetable (Calendar) Ability to start minimised to tray. Fix for .desktop installation. Store Athan path. City names database. Qibla Direction. Multiple Athan files, Subh Athan file as well. Appropriate plurals support. Add CLI option to start minimised. Better artwork. Accept non integer values for time zone for countries like India. Close now hides to tray. Download dan proses pemasangan? Sila klik pada link berikut: http://djihed.com/minbar/minbar-02-released Pilih fail Ubuntu dan double click untuk proses pemasangan.

Install Photoshop CS2 ke dalam Ubuntu

Image
Jika pixel tidak mampu memuaskan hati pengguna ubuntu, kini kita boleh menginstall adobe photoshop cs2 ke dalam ubuntu dengan perantaraan wine tanpa memerlukan apa-apa skill hack. Apa yang diperlukan hanyalah; -wine -cd adobe photoshop cs2(atau file installer .exe) Jika anda ingin mencuba (dan saya telah mencuba dan telah berjaya), sila layari link berikut. | Install Photoshop CS2 on Your Ubuntu PC | Via Debian News

Perisian P2P sharing pertama yang legal dan pendownload youtube

Image
Pernah dengar songbird ?Ok, bagus.Ia adalah sebuah perisian open source yang bererti anda atau saya atau sesiapa jua boleh mengubahsuai kod-kod daripada sumber songbird untuk membangunkan perisian kita sendiri.Kini kita ada QTrax yang dibangunkan berasaskan Songbird untuk windows(shj) dan masih diperingkat beta. Istimewanya QTrax bukan kerana ia menggunakan kod songbird tetapi kerana ia merupakan perisian P2P sharing pertama yang tidak menyalahi undang-undang .Huh?Selama ni yang kita dok sharing is caring tu rupa-rupanya menyalahi undang-undang(buat-buat macam baru tahu). Kita sudah ada Miro untuk mendownload video daripada website seperti youtube, google video, dailymotion dan lain-lain.Hampehnya miro ialah, ia bertindak sebagai pendownload sahaja dan kita tidak boleh play video tadi menggunakan video player yang lain(yg xsupport flv file type).Kini bagi pengguna windows dan mac osx, anda ada tooble , 2 fungsi iaitu pendownload dan convert kepada file video yang boleh play menggunak...

Install ubuntu tanpa CD installer

Image
Di awal bulan 12 yang lalu (atau secara tepat pada 4/12/07), saya menulis tentang WUBI , perisian yang membenarkan seseorang untuk install ubuntu di dalam windows tanpa memerlukan walau sekeping CD. Terima kasih kepada linux.com yang memaklumkan melalui feed reader yang saya guna bahawa terdapat satu lagi perisian yang dinamakan  UNetbootin , bukan sahaja untuk windows malah juga untuk linux.Bermakna seseorang boleh install apa jua distro yang di support oleh UNetbootin samada didalam windows ataupun linux(ubuntu etc). Jika anda berminat untuk mengetahui cara untuk install ubuntu(etc) menggunakan UNetbootin ini, sila pergi ke laman tutorial ini . Apa yang diperlukan untuk menggunakan UNetbootin ialah; Linux atau windows (95 sehingga vista) Internet Broadband (dial up memakan masa yang lama) 3GB ruang kosong dalam Harddisk Semoga maklumat ini berguna kepada anda =) Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

RSS Reader Terbaik untuk pengguna Ubuntu

Image
Apabila saya menulis artikel mengenai Perisian Berbayar Menjadi Percuma(RSS Reader) 15 hari yang lalu,saya merasa bersalah.Entah mengapa setiap kali saya menulis tentang sesuatu perisian yang hanya ada untuk windows dan mac osx dan tidak ada untuk linux, setiap kali itulah saya diserang perasaan bersalah dan tidak selesa...kerana saya tahu ramai diantara pembaca disini yang menggunakan linux khasnya ubuntu.Dan apabila saya menulis sesuatu perkara yang tiada kaitan yang menyebabkan pembaca hanya membaca sahaja,suatu perasaan seakan saya sedang mengkhianati pembaca menyerang minda saya. Terasa Terpinggir? Adakah anda rasa terpinggir kerana menggunakan ubuntu?Saya rasa tidak.15 hari lepas saya menulis tentang FeedDemon untuk windows dan NetNewsWire untuk mac osx yang telah menjadi percuma.Hari ini, saya ingin menulis tentang Liferea dan Thunderbird, 2 perisian yang hebat, percuma, dan terbaik bagi ubuntu anda. Liferea Liferea atau juga Linux Feed Reader adalah sebuah perisian feed reader...

Membuka file Office 2007 menggunakan OpenOffice

Image
Tidak dapat dinafikan ramai diantara pengguna ubuntu yang dual-boot windows dan ubuntu.Tiada apa yang salah kerana kita masih belum boleh hidup tanpa windows.Oleh kerana kita terpaksa menukar-nukar OS setiap kali ingin melakukan kerja-kerja tertentu, maka risiko komplikasi tetap ada dan antaranya adalah soal compatibility.Kerja yang dihasilkan dalam windows tidak boleh dibuka/atau tidak dibuka sempurna dalam ubuntu dan sebaliknya. Tidak ada apa yang pelik dengan situasi ini.Kata pepatah "lain padang lain pula belalangnya".Sekarang kita mempunyai 2 padang dan ingin membela belalang yang sama dalam kedua-duanya. Jika anda perasan, Microsoft Office 2007 menggunakan file yang berbeza dengan versi sebelumnya secara default.Jika anda membina satu file melalui Word dan save file berkenaan secara default, bentuk file yang anda save tadi ialah "NAMAFILE. docx ".File bentuk ini tidak boleh dibuka oleh mana-mana versi Microsoft Office selain versi 2007(menganggap tanpa apa-apa...

Tema Hardy Heron untuk desktop ubuntu(Hardy-Mariux)

Image
Tema ini di design berpandukan kepada model mock-up yang dicadangkan untuk versi ubuntu yang bakal terbit kepada umum pada bulan 4 nanti.Walaupun tidak sama 100%, namun bagi saya tema ini cukup cun untuk desktop ubuntu.Rasailah kehebatannya... Tema ini memerlukan emerald theme manager untuk menghasilkan border bagi window.Emerald boleh diinstall dengan memasukkan command berikut kedalam terminal sudo aptitude install emerald Sila klik link dibawah untuk ke laman mendownload : |   Hardy-Mariux  | Cara install telah sedia tertulis dalam file "read me" dalam package yang anda download.Sila baca, fahami dan buat seperti mana yang diarahkan.Package ini juga mengandungi wallpaper dan ikon.Semuanya dalam satu package dan anda hanya perlu extract package berkenaan untuk menggunakannya. Enjoy video dibawah ! :) Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Link : 50 Perisian Open Source Terbaik untuk Design dan Pembangunan

Image
Sesuatu yang wajar untuk dikongsi bersama dengan pembaca di melayubuntu. | 50 Perisian Open Source Terbaik | Laman ini memaparkan 50 Perisian Open Source Terbaik untuk digunakan oleh pengguna komputer dan khususnya untuk pengguna linux.Semua perisian adalah percuma dan sangat berguna sebagai rujukan untuk mengantikan/altenatif kepada beberapa perisian yang sedia terdapat dalam windows. Semoga bermanfaat !

Tahukah Anda : Shake perisian linux paling mahal ?!

Image
Sebelum aku menulis, renungkan kata-kata berikut; " Tika sahabat melukai hatimu, tulislah ia di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu, sebaliknya tika sahabat membuat kebaikan padamu maka tulislah di atas batu hatimu, agar terpahat utuh walau dilanda badai ". Shake adalah sebuah perisian yang dibangunkan oleh syarikat apple dan berfungsi sebagai image compositor dan menghasilkan kesan khas pada visual.Perisian ini digunakan dalam pembuatan filem, video HD dan yang berkaitan dengan visual yang komersial.Maka tidak hairanlah kalau aku mendapati; Melalui wikipedia ntah aku mendapati sesuatu yang menarik dalam quote berikut Shake has been used in such films as Peter Jackson 's The Lord of the Rings and King Kong , as well as Harry Potter movies. It was also used by The Embassy to create a television advertisement for Citroën with a dancing car. Shake was used by Broadway Video for restoring the release of “ Saturday Night Live : The C...

Adobe AIR dan satu revolusi

Image
Adobe Air Semalam saya ada menulis tentang prism , satu perisian yang akan membina pelancar aplikasi web multi platform.Hari ini lain pula perisiannya dan sedikit berbeza dari prism.Jika prism boleh kita kategorikan sebagai browser yang hanya mampu membuka satu url sahaja dalam satu-satu masa , Adobe AIR pada pandangan saya merupakan satu perisian yang memecahkan tembok pemisah antara aplikasi web dan desktop. Revolusi Bagaimana kalau kita boleh melancarkan satu perisian bernama Google Analitics AIR tanpa perlu menggunakan browser (firefox, ie, opera etc), atau tanpa bantuan prism(yang pada saya berfungsi seakan browser)?Ianya tidak lain hanyalah satu perisian yang akan menghubungkan perisian tersebut(platform) kepada maklumat yang terdapat di dalam sesuatu akaun google analitics seseorang seakan seorang blogger berhubung dengan server menggunakan ftp! Lebih menarik ialah, adobe AIR ini hanyalah bertindak sebagai installer kepada sesuatu perisian yang dibangunkan untuknya.Bermakna di...

Membina pelancar aplikasi web menggunakan Prism

Image
Antara projek dari makmal ujikaji syarikat mozilla iaitu prism yang kini masih diperingkat cubajaya(prototype) dan boleh dicuba di dalam windows , mac osx , dan linux . Oleh kerana ajaran terbaru, iaitu aplikasi web(web application) yang disemai oleh mazhab fahaman google melalui gOS semakin popular dan mendapat sambutan, lalu saya mengambil sedikit kesempatan menulis artikel tentang prism, iaitu salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat aplikasi web secara manual separa automatik. Sebelum kita bermula, antara bahan yang diperlukan termasuklah; ubuntu gutsy gibbon (versi lain pun tak apa) prism untuk linux (klik untuk download dan save ke desktop)-8.5MB kekentalan serta semangat juang enggan mengalah Sesudah lengkap semua kelengkapan sila buat right click pada file prism-0.8-linux.tar.bz2 (yang didownload diatas)dan pilih Extract Here Satu folder bernama prism akan terbentuk pada desktop alihkan folder berkenaan ke Home > YOURNAME > program (sila create folder ...

WINE dan CROSSOVER : Install perisian windows di dalam ubuntu

Image
Apabila seseorang membuat keputusan untuk beralih ke dunia linux(ubuntu), kenangan indah bersama windows mestilah dilupakan.Namun sudah tentu ada beberapa perkara yang tidak mungkin boleh dilupakan bukan?Antaranya ialah game, adobe photoshop dan browser terbest iaitu internet explorer.Mungkin kerana itu juga kebanyakkan pengguna komputer bermain kayu tiga dengan dual boot windows dan ubuntu.Tak mengapalah, selagi kuota belum penuh, silakan nak main sampai kayu berapa pun dan saya tak campur urusan rumah tangga orang lain. WINE WINE adalah sebuah perisian sumber terbuka yang menyediakan suasana windows didalam kotak linux pengguna komputer.Walaupun tidak menggunakan kod-kod daripada windows itu sendiri, wine dibangunkan sebagai altenatif, percuma, dan berfungsi seakan satu cebisan daripada komponen windows. Install WINE Taipkan command berikut dalam terminal sudo aptitude install wine Proses installasi akan mendownload file package bersaiz 33.9MB dan mengambil sedikit masa untuk siap be...

KTorrent dan Transmission

Image
Jika anda biasa dengan utorrent, maka anda akan biasa dengan ktorrent .Sememangnya pun ktorrent ini dipanggil utorrent bagi linux dan paparan antara muka dan features nya pun saling tak tumpah mirip utorrent. Apa yang saya suka mendownload didalam ubuntu(linux) ialah, walaupun download speed mencapai takap 1Mb/s,namun prestasi sistem tidak jatuh.Fenomena sebaliknya berlaku dalam windows.Apabila download speed mencapai tahap membanggakan, performance PC akan jatuh dan PC akan menjadi lembab secara tiba-tiba. Apabila saya beralih dari windows kepada Mac OS X, seperti ubuntu juga, walaupun selaju mana torrent mendownload sesuatu file,performance system tidak jatuh dan kita masih boleh melakukan kerja lain semasa mendownload dengan kelajuan tinggi. Ok,apa kaitan cerita ini dengan ktorrent?Sebenarnya tak ade kaitan pun.Cuma nak memperkenalkan kepada pengguna yang baru mengenali dunia ubuntu akan beberapa perisian yang mirip perisian dalam windows.Untuk menginstall ktorrent hanya perlu guna...

Lagi tutorial berkualiti cara membina Hackintosh Pro

Masih ingat artikel pada saya pada 11/4/2007 yang lalu?Dalam artikel tersebut saya letakkan satu link ke sebuah artikel bertajuk Hack Attack : Install Leopard on your PC in 3 easy steps !Kemudiannya, 5/1/2008 saya meletakkan satu lagi link ke laman LifeHacker artikel bertajuk Build a Hackintosh Mac for Under $800 !Biarpun saya pernah menulis sebuah tutorial esklusif tentang bagaimana untuk menginstall Mac OS X Tiger ke dalam PC yang sehingga kini menjadi artikel yang paling banyak menerima kunjungan di melayubuntu,namun tiada apa-apa respon dan maklumbalas daripada pembaca. Saya tidak tahu samada anda diluar sana yang mendownload artikel berkenaan berjaya mengikutinya atau give up ditengah jalan.Oleh kerana tiada respon mahupun pertanyaan atau juga ucapan terima kasih yang diterima, saya menganggap ianya satu kegagalan! Kegagalan tidak bererti mesti putus asa.Steve Jobs dalam wawancaranya sebaik sahaja selesai event keynote mengakui bahawa projek MacBook Air yang diusahakan Apple i...

Android diHack kedalam hardware

Image
Masih ingatkah anda lagi tentang Android ?Harapan kita untuk melihat Google mengeluarkan GPhone bagi membayangi populariti iPhone akhirnya diganti dengan sesuatu yang dinamakan Android yang dibangunkan berasaskan sumber terbuka.Saya tidak begitu pasti adakah Android yang dimaksudkan adalah software atau hardware, namun apabila dikategorikan sebagai open source, ia tentunya software(kerana saya tidak pernah mendengar hardware open source). Tidak mengapalah.Apa yang saya faham melalui Android SDK yang pernah saya cuba ialah, ia perlu dipasang/install kedalam hardware untuk ia menjelma menjadi gadget yang boleh digunakan.Sehingga yang saya tahu, masih belum ada apa-apa hardware yang keluar secara official dari syarikat Google sejak Android diperkenalkan tahun lepas. Namun, percayakah kalau saya katakan hackers telah berjaya install Android kedalam beberapa hardware seperti Sharp SL-C760 , Sharp Zaurus C3000M dan SL-C3x00 ? Lihat video-video dibawah: Sila klik disini untuk melanggan ar...

Nvu : Penganti Dreamweaver dan Frontpage untuk Linux

Image
Dalam artikel lepas , saya telah menghuraikan bagaimana dalam masa 1 bulan sahaja (nov-dec), seramai 240,000 pengguna komputer seluruh dunia telah beralih kepada linux dan ini mengambarkan potensi pasaran untuk software yang menggunakan platform linux adalah semakin membesar hari demi hari.Jika dahulu kita mengakui terdapat beberapa halangan untuk merealisasikan slogan "semua yang boleh windows lakukan,linux pun boleh lakuan",namun kini slogan itu semakin menjadi nyata dan pengguna linux sedang merangka slogan baru iaitu "tidak semua perkara yang linux lakukan mampu dilakukan oleh windows". Faham?Ok bagus! Nvu ialah sebuah perisian open source(sumber terbuka) yang berfungsi sebagai web authoring system iaitu dengan kata mudahnya, menyamai fungsi dreamweaver dan frontpage.Dengan Nvu(atau new view), seseorang mampu membina website, mengolah, mengemaskini, design,upload via ftp ke server tanpa perlu mengetahui secara detail tentang kod-kod HTML, CSS, PHP dan sebagain...

Corak kepenggunaan sistem operasi

Image
Dalam apa jua juzuk pembangunan software terkini dan tercanggih, windows dan mac osx mendominasi dalam kadar peratusan masing-masing dan dalam masa yang sama meminggirkan kewujudan linux yang seakan dianggap hanya sistem operasi bagi peratusan kecil manusia pelik dan terpisah dari teknologi.Tidak hairanlah apabila disebut "linux" kepada sesetengah orang, mereka hanya dapat membayangkan sebuah sistem operasi pelik yang hanya digunakan oleh orang-orang yang pelik. Namun itu dulu.Jika masih ada orang yang beranggapan sebegitu samada dia tidak membaca atau dia tidak minat.Saya kira saya berada tepat pada kedudukan untuk membuktikan betapa dunia semakin berubah dan kerana itu saya ingin mengajak pembaca memerhatikan graf berikut; (perbandingan perubahan bagi nov'07 dan dec'07-perhatikan peratusan perubahan mengikut OS berbeza dengan peratusan corak kepenggunaan) Apa yang dapat kita lihat ialah peningkatan peratusan yang tinggi bagi Linux dan Macintosh.Mengapa peningkatan b...

10 subtopik untuk rujukan pengguna ubuntu desktop

Baru sebentar tadi saya siap memuat turun 2 file pdf yang diumumkan untuk dikeluarkan oleh team ubuntu dalam newsletter mingguan terbaru mereka.2 file pdf yang dimaksudkan iaitu instructor guide.pdf dan student guide.pdf yang kedua-duanya mengandungi 10 subtopik membincang dan memberi panduan asas kepada pengguna ubuntu desktop.Saya mengesyorkan pengguna ubuntu yang masih baru, atau yang sudah mahir supaya mendownload salah satu atau kedua-dua file ini untuk dijadikan panduan asas bagi memahirkan lagi kepenggunaan ubuntu masing-masing dan supaya kesilapan-kesilapan biasa pengguna ubuntu semasa menggunakan sistem operasi ini tidak lagi berulang dimasa akan datang. Download Student guide.pdf | Instructor guide.pdf 73MB Saya mengharapkan dengan pengetahuan asas ini akan dapat memudahkan anda faham tutorial-tutorial yang telah dan akan dipaparkan diblog ini.Selamat mendownload dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada team ubuntu yang menulis panduan ini secara percuma untuk a...

Komputer berharga $72

Image
Apakah pandangan anda tentang MacBook Air?Satu inovasi tahap tertinggi dalam bidang elektronik kepenggunaan(consumer electronics) oleh Apple Inc. Menonton speech(atau presentation) yang disampaikan oleh Steve Jobs dalam event semalam menjadikan kita kagum tentang bagaimana teknologi dicipta dan direalisasikan supaya teknologi itu sampai kepada pengguna dalam apa jua kos sekalipun. Kita mungkin dengan mudah untuk mengulas "MacBook Air menggunakan processor Intel Core 2 Duo yang bersaiz 60% daripada saiz asal" namun yang tersirat disebalik misteri tentang bagaimana saiz tersebut boleh dicapai tetap mengangumkan peminat teknologi, dan saya salah seorang dari mereka. Ok, disini saya tidak bergitu teruja untuk mengulas tentang sebuah notebook ternipis didunia yang memerlukan kita membayar RM5858.44 untuk mendapatkannya.Apa kata kalau saya ulas tentang sebuah komputer yang; bakal menelan belanja RM234.468 untuk dihasilkan tidak menggunakan hard drive(menggunakan USB flash drive) ...

There's something in the air : Macworld 2008 Keynote is Here

Image
UPDATE Macworld 2008 keynote adalah Event besar tahunan bagi syarikat Apple.Pada majlis besar seperti ini, CEO bagi Apple iaitu Steve Jobs akan menyampaikan ucapan berkaitan dengan percapaian syarikat Apple pada tahun lepas dan juga plan seterusnya pada tahun berikutnya.Dalam ucapan itu juga nanti, Steve Jobs bakal tampil dengan gaya presentation terbaik(saya rasa semua orang bersetuju dengan ayat ini) bagi seorang CEO akan mengumumkan produk-produk terbaru Apple yang bakal membuatkan peminat fanatik apple pecah kepala. Antara khabar angin yang paling kuat bertiup ialah berkenaan dengan produk macbook nipis yang bakal keluar dan akan diberi nama Macbook Air atau yang berkaitan dengan "Air". Ok, event ini dah hampir nak mula.Anda boleh ikuti secara live melalui website berikut Apple Gazette Apple Matters Appletell Arstechnica.com Daily Tech Talk Engadget Loop Rumors MacRumors Mac Scoop MacSpark MacTeens PomCast SteveNote Live Stuff Uneasy Silence World of Apple Rabu 1a.m Malay...