Posts

Showing posts from June, 2008

10 perkara yang harus diperbaiki dalam ubuntu

Tidak ada satupun sistem operasi yang sempurna. Manakala ubuntu merupakan sebuah sistem operasi yang baru berusia 4 tahun -- sudah tentunya penuh dengan liku-liku kearah kematangan. Saya tertarik untuk mengutarakan perbincangan dalam linux.com dalam satu artikel bertajuk " Ten sticking points for new users ". Ianya satu analisis adil berkenaan ubuntu, atau satu kritikan yang sangat membina dan harus diberikan perhatian serius oleh komuniti pembangun itu sendiri. Antaranya; 1. Screen setup : Meskipun saya tidak pernah berhadapan dengan masalah ini, namun terdapat segelintir dari pengguna ubuntu yang membaca blog ini pernah bertanya saya tentang mengapa tulisan dan ikon dalam ubuntu terlalu besar atau terlalu kecil? Ianya berkaitan dengan screen resolution yang sepatutnya autodetect ketika proses installasi. Namun entah kenapa (saya andaikan ubuntu tidak detect grafikkad anda) menyebabkan screen resolution adalah terlalu besar atau terlalu kecil. Manakala penyelesaian bagi mas...

Ubuntu 8.10 `Intrepid Ibex` Alpha 1

Image
Selepas keluarnya Hardy Heron, kumpulan Ubuntu telah berusaha keras untuk keluaran yang berikutnya iaitu dijangka akhir bulan Oktober nanti dengan diberi nama Intrepid Ibex. Saya pon tak pasti apakah itu Intrepid Ibex. Nama binatang kalau tak salah saya. Dalam 2 atau 3 hari lepas, Ubuntu telah mengeluarkan Ubuntu Intrepid Ibex untuk cubaan Alpha 1 kepada semua pengguna didunia supaya kita dapat mencuba dan melaporkan sebarang ralat atau pepijat didalam keluaran tersebut sebelum ia dilepaskan pada bulan Oktober nanti. Secara ringkasnya, Intrepid Ibex menggunakan kernel linux bermula 2.6.26 dan gnome 2.23.4. Dan anda boleh mendapatkan iso Intrepid Ibex di laman web distrowatch.com (http://distrowatch.com/?newsid=04969). Untuk membaca review lebih detail tentang Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex ini, anda boleh melayari laman web http://www.phoronix.com (http://www.phoronix.com/scan.php?page=article&item=ubuntu_810_alpha1&num=1). Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan ingin memberi su...

POP Dan Yahoo! Mail (UPDATE!!)

Image
Atas permintaan ramai, saya menulis untuk mengenablekan pop anda dalam akaun yahoo! mail anda. Ia sebenarnya mudah dan tidak melecehkan jika anda ikut tutorial ini satu persatu. Pastikan JANGAN ada langkah-langkah yang ditinggalkan. 1. Buka akaun Yahoo! mail anda. 2. Masukkan nama pengguna serta kata laluan anda. 3. Cari dan klik 'OPTION' 4. Cari dan klik 'POP & Fowarding' 5. Cari dan Klik 'Set up or edit POP & Fowarding'. Firefox akan membuka lagi satu tetingkap yang lain berkaitan 'POP & Fowarding'. 6. Tick 'Web & POP Access' 7. Klik pada 'POP Setting' 8. Pastikan semua port sama dengan tutorial yang saya buat sebelum ini . **PASTIKAN ANDA SETTING UNTUK POP DAHULU SEBELUM SETTING EVOLUTION Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan Yahoo! Mail yang boleh didapati secara percuma seperti kebanyakan anda tetapi menggunakan .co.uk bukan .com. Saya rasa ia bukan satu masalah untuk perkhidmatan POP anda Forwarding. Saya HANY...

Ubuntu Mirror di Malaysia

Dua hari lepas saya melayari laman web myfenris dan terdapat post tentang Ubuntu mirror di Malaysia. Satu menggunakan server oscc.org.my dan satu lagi server mmu.edu.my. Artikel asal adalah disini : http://blog.myfenris.net/?p=457 Walaubagaimanapun saya belum pasti tentang kelajuan sebenar kedua-dua server ini. Saya pernah terbaca semalam mengatakan server mmu mempunyai kelajuan 100Mbps dan oscc mempunyai 10Mbps. Saya sendiri telah mencuba server mmu dan average kelajuan yang saya dapat menggunakan streamyx 512Kbps ialah dalam 45KBps. Cara-cara untuk memasukkan senarai kedua-dua mirror ini adalah seperti dengan menjalankan arahan berikut di terminal (pilih salah satu): Server mirror.oscc.org.my :- sudo wget http://blog.myfenris.net/files/myoss/ubuntu/oscc.list -O /etc/apt/sources.list.d/oscc.list Server ubuntu.mmu.edu.my:- sudo wget http://blog.myfenris.net/files/myoss/ubuntu/mmu.list -O /etc/apt/sources.list.d/mmu.list Kemudian sila type sudo apt-get update && sudo apt-get upg...

Tiada internet buat masa ini

Kemana zul.malc atau syahid_zul ini menghilang sejak akhir-akhir ini? Seperti tertera pada tajuk, sekarang ini saya berada diluar zon internet. Bagaimana boleh hidup tanpa internet? Senang sahaja, buat tiada apa-apa perubahan dan tumpukan pada tidur. Ops, sebenarnya juga saya dalam zon kajian dan eksperimen kearah menyiapkan buku praktikal ubuntu. Ramai yang bertanya bila nak siap, bila nak siap - sabar! Saya belajar dari penulis novel terkenal seperti Sydney Sheldon dan seangkatan dengan beliau yang menulis tentang realiti dan bukan hanya teori atau khayalan. Apabila Sydney Sheldon menulis tentang suasana bandaraya singapura, dia tidak menulis berdasarkan khayalan beliau tentang bandaraya singapura tetapi beliau pergi dan merasai sendiri tentang suasana sebenar setiap lokasi dalam novel beliau. Tidakkah itu yang dinamakan kualiti? Setidak-tidaknya saya mencuba semampu mungkin kearah sesuatu yang benar-benar praktikal, mudah faham dan tidak begitu melibatkan pembacaan berat, teoritipik...

Memerlukan Internet Explorer Dalam Ubuntu ?

Image
Setelah sekian lama saya melayari pelbagai laman web di internet, saya dapati ada diantara laman web yang menyokong kesemua pelayar, namun terdapat juga laman web yang hanya menyokong satu pelayar sahaja. Dan kebiasaannya ia akan melibatkan pelayar seperti Internet Explorer dimana untuk menggunakan system atau untuk melayari laman tersebut kita perlulah menggunakan IE ini. Namun ini menjadi masalah kepada mereka yang mahukan pembaharuan dengan berubah kepada Ubuntu/Linux daripada Microsoft Windows. Namun sekarang ia tidak lagi menjadi masalah kepada para pengguna Ubuntu kerana Internet Explorer kita dapat dijalankan didalam Ubuntu anda dengan bantuan WINE yang telah pun mencapai release yang paling stabil buat masa ini iaitu WINE 1.0 (setelah melalui perjalanan yang panjang). Sila update Ubuntu anda sekarang untuk mendapatkan wine-1.0 ini. Sebelum memasang ies4linux, anda perlu memasangkan WINE (sekiranya masih belum memasangnya) dahulu dengan menggunakan arahan dibawah: sudo apt-get i...

Keselamatan : Firestarter Firewall

Image
Selain daripada virus, kita perlu juga sedar bahawa firewall adalah pertahanan terawal diantara kita dan juga internet. Didalam linux kita tidak perlu risau akan virus, namun kita perlu berjaga-jaga kerana linux terutama server seringkali di exploit oleh para hacker. Jadi cara untuk menyelamatkan diri daripada serangan exploit adalah dengan menggunakan firewall untuk menutup port-port yang tidak perlu. Didalam kernel Linux terdapat module yang menjalankan tugas menapis data yang keluar masuk kedalam komputer kita. Module tersebut dipanggil iptable dan ipchain. Selain itu didalam Ubuntu sendiri telah terdapat satu lagi software penapisan atau firewall yang dipanggil UFW (Uncomplicated FireWall), walaubagaimanapun buat masa ini ketiga-tiga firewall diatas adalah agak rumit kepada mereka yang baru dalam dunia Ubuntu/Linux kerana configuration ketiga-tiga software ini adalah berasaskan teks (text based). Jadi saya mahu memperkenalkan Firestarter Firewall yang mempunyai GUI (graphical user...

Mobile Media Converter

Image
Sekiranya anda ingin mengubah format video atau bunyi untuk handphone anda, saya rasa software ini adalah yang terbaik. Ia sebenarnya adalah GUI untuk ffmpeg dan mampu untuk mengubah format MP3/Wave/WMA ke format AMR, WMV (kecuali versi 9) dan MPEG ke format 3GPP atau 3GP. Software ini boleh didownload daripada laman ini http://www.miksoft.net/mobileMediaConverter.htm Kemudian anda boleh mengekstrak file mmc-lin.tar.gz kedalam mana-mana folder yang anda mahukan. Anda boleh menggunakan Archive Manager atau menggunakan arahan tar xzfv mmc-lin.tar.gz . Didalam archive ini terdapat dua file iaitu Mobile Media Converter dan juga ffmpeg. Simpan didalam satu folder yang baru. Selepas itu, anda mungkin perlu menginstall Standard C++ Library. Untuk memasangnya, lakukan perintah berikut pada terminal: sudo apt-get install libstdc++5 Kemudian anda bolehlah menjalankan software ini dengan double klik diatas Mobile Media Converter. Disini terdapat beberapa screenshot tentang software ini. Main w...

Keselamatan : Antivirus AVG Free Edition

Image
Bagi saya masalah utama kepada para pengguna komputer ialah tentang keselamatan komputer kita. Ia termasuklah keselamatan dari penceroboh mahupun virus yang semakin hari semakin canggih terutama untuk platform microsoft windows. Walaupun pengguna Ubuntu/Linux tidak perlu risau akan virus-virus ini kerana mengikut satu laporan buat masa ini hanya terdapat beberapa virus untuk linux sahaja, namun lebih baik kita berhati-hati. Antivirus ini juga berguna kepada mereka-mereka yang membuat dual boot dimana didalam system mereka terdapat partition dan juga software microsoft windows yang dijangkiti virus dan masalah virus itu boleh diselesaikan didalam Ubuntu. Terdapat beberapa antivirus untuk Ubuntu/Linux, namun kali ini saya ini me'review'kan antivirus AVG Free. Disini perkataan free bukanlah bermaksud freedom yang diperjuangkan oleh kumpulan OpenSource tetapi ia bermaksud software ini boleh digunakan secara percuma. Terdapat satu lagi antivirus untuk Linux yang berasaskan opensourc...

Splashy Menggantikan Usplash

Image
Anda mungkin sudah bosan dengan gambar ini dan ingin menggantikan dengan ini *maaf gambar tak lawa sebab ambil guna handphone.. Atau ingin memasukkan gambar sendiri.. jadi sila baca sepenuhnya.. Untuk memudahkan anda membaca, artikel ini terbahagi kepada tiga bahagian dibawah iaitu cara menginstall splashy, cara mengubah splashy dan cara membuat gambar splashy sendiri. Tujuan saya memilih splashy berbanding Usplash adalah kerana splashy lebih mudah untuk diubahsuai berbanding Usplash yang merumitkan. Cara Memasang Splashy. pada terminal taipkan arahan dibawah: sudo apt-get install splashy splashy-themes *diingatkan package manager akan automatic membuang usplash daripada komputer anda. apabila siap dipasang, anda perlu menambah vga=791 pada menu grub. *vga=xxx ini adalah mengikut monitor screen komputer kita. anda boleh merujuk table dibawah untuk monitor screen anda. Colours 640x400 640x480 800x600 1024x768 1152x864 1280x1024 1600x1200 --------+-------------------------------------...

Lebih 8 juta download dalam 24 jam : Firefox 3 kearah rekod dunia

Laman web spreadfirefox mengumumkan dalam masa 24 jam yang lampau firefox 3 telah menerima lebih dari 8 juta download. Meskipun saya menggunakan ubuntu (yang mana update setiap perisian diurusselia oleh update manager), namun saya tetap download firefox 3 didalam mac osx sebagai tanda sokongan kepada kempen mencipta rekod dunia oleh pembangun firefox. Jika satu installer firefox 3 bersaiz 17.2MB (dalam mac osx) didarab dengan 8,000,000 , maka jumlah perpindahan data yang berlaku selama 24jam tersebut ialah 137,600,000 MB atau 137,600 GB atau 137 TB. Bagi jumlah download mengikut negara pula, US mencatatkan lebih 2 juta download manakala malaysia 30,000 download. Yang peliknya, negara yang mempunyai rakyat yang ramai seperti indonesia hanya mencatatkan 21,000 download sahaja. Mungkin angka-angka ini boleh menjadi indikator kepada beberapa perkara termasuk populariti sumber terbuka, kelengkapan internet bagi sesebuah negara dan sebagainya. Pun begitu, saya benar-benar kagum dengan merek...

Mengakses Akaun Yahoo! Mail Anda Dari Evolution

Sebelum bermula, sila pastikan email anda sudahpun diubah setting pop3 nya.Ini Bagi membolehkan ia berfungsi dalam Evolution. Langkah-langkah: 1. Buka Evolution dan klik pada EDIT -> PREFERENCES dari menu di atas. 2. Pada bahagian sebelah kiri, pastikan MAIL ACCOUNTS telah di high-lighted kan. Klik ADD. 3. Klik FORWARD. 4. Masukkan maklumat peribadi anda. Klik Forward setelah selesai. 5. Pilih POP untuk jenis server . Masukkan nilai berikut: SERVER: plus.pop.mail.yahoo.com:995 (pastikan nombor port sama dengan akaun anda) Username: username Yahoo! anda TANPA @yahoo.com Use Secure Connection: SSL Encryption Authentication Type: PASSWORD Remember Password: Checked 6. Klik FORWARD. 7. Pilih mengikut kehendak anda. 8. Klik FORWARD. Masukkan nilai berikut: Server Type:SMTP SERVER: plus.smtp.mail.yahoo.com:465 ( pastikan nombor port sama dengan akaun anda ) Server requires authentication: tandakan pada ruang ini. Use Secure Connection: SSL Encryption Authentication: Plain Username: userna...

Terbitnya WINE 1.0 selepas 15 tahun dibangunkan

Image
1993 sehingga 2008. Satu tempoh masa yang sangat panjang untuk mengeluarkan buat pertama kalinya versi yang stabil memakai no versi 1.0. Biarpun compatibility tidak dijamin perfect, namun WINE sudah terbukti mampu digunakan untuk memasang beribu-ribu perisian windows didalam linux. 17 Jun 2008 bersamaan dengan tarikh firefox 3 dilancarkan. WINE menemui versi 1.0. Oh ya, bagi anda yang tidak tahu apa itu WINE, WINE ialah perisian emulasi yang membenarkan seseorang pengguna untuk memasang perisian windows (.exe) kedalam linux. Untuk mengetahui lebih lanjut perisian apakah yang berjaya diinstall kedalam linux menggunakan WINE, sila layari laman >>> http://appdb.winehq.org/ . Dengan WINE ini juga seseorang boleh memasang dan memainkan game Windows seperti Half-Life, Command & Conquer, Counter Strike, Battlefield dan sebagainya. Baru saya teringat yang saya belum pernah menulis apa-apa tutorial yang detail untuk menggunakan WINE. Insyaallah dimasa akan datang.

Gagal connect melalui streamyx dalam ubuntu?

Image
Herm..kelihatan terdapat beberapa pengguna yang gagal untuk access internet melalui streamyx dan mendapat error seperti dalam screenshot diatas (sorry afiq, aku guna screenshot ko). Apabila ditanya, ternyata error diatas biasanya muncul bagi kes pengguna yang menyambungkan modem ke lebih dari satu komputer. Saya bukan pengguna streamyx dan oleh itu saya bukan orang yang layak untuk menyelesaikan masalah ini. Ada cadangan untuk selesaikan masalah ini amatlah dialu-alukan! UPDATE Komen dari alhakim ; klu modem tu direct ke router, dan komputer lain connect ke router, aku rasa cuba jalan senang dulu gunakan network manager. System -> Administration -> Network. Unlock pastu klik pada Wired connection, uncheck Enable roaming mode, tukarkan Configuration kepada Automatic configuration (DHCP). Klik ok. pastu dia akan try connect ke router. try ping ke router. klu berjaya try plak ping ke google.com atau yahoo.com ke. Waktu kat Universiti aku takde masalah langsung. Aku guna Ubuntu conne...

Tema Gnome untuk ubuntu : Terbaik antara yang terbaik

Image
Saya terfikir sesuatu yang menarik, dan mudah untuk dicuba. Apakata kalau saya aplikasikan tema terbaik (yang mendapat highest rated) di gnome-look.org iaitu tema GTK, Metacity, Icon, dan Wallpaper. Apakata? Tema-tema yang mendapat highest rated; GTK : Aurora GTK Engine Metacity : Blended Icon Theme : Dropline NOU! Note: Tema ini masih belum siap. Wallpaper : Worldmap (pilihan saya - blue) Hasilnya?

Pasang MMS plugin untuk pelayar web ubuntu anda untuk memainkan streaming video dan audio online

Image
Untuk memainkan video atau audio streaming yang biasanya memerlukan MMS data transfer protocol (Microsoft Media Server) dalam ubuntu, anda perlu memasang MMS plugins menggunakan add/remove applications. Jika anda pengguna mac osx, anda perlu memasang perisian bernama flip4mac dan memasang codecs dalam mac osx adalah tidak semudah dalam ubuntu. Dalam ubuntu, kesemua itu disokong oleh fungsi add/remove applications. Tanpa memasang MMS, apabila anda cuba play video atau audio streaming, anda akan memperolehi error berikut; Apabila keluar error begini usah panic dan terus bertanya kepada saya melalui YM. Buka add/remove applications dan taipkan "plugin"; Nampakkan plugins for mms? Ops bukan mms sahaja, malah wavpack dan quicktime juga disokong oleh plugin ini. Bermakna pengguna juga boleh memainkan video streaming yang secara normalnya memerlukan anda memasang quicktime dalam windows.

Medibuntu repositories and howto play .rmvb video format in ubuntu hardy heron

Beberapa hari lepas, saya menerima satu email dari pembaca blog ini bertanyakan bagaimana untuk play .rmvb video format(format untuk realplayer) dalam ubuntu. Dia telah mengikuti tutorial dari laman web ini tetapi masih gagal untuk play .rmvb video format. Mulanya saya termenung untuk mengingati memori-memori lalu (kerana saya teringat yang saya pernah play format yang sama suatu ketika dahulu tetapi terlupa kerana tiada nota). Kemudian barulah teringat kepada medibuntu repositories yang menyediakan sumber kepada perisian yang mempunyai isu copyright, patent dan sebagainya dan tidak mendapat support daripada komuniti ubuntu (kerana komuniti ubuntu hanya support perisian open source). Repo ini menyediakan perisian seperti acroread (Adobe Acrobat Reader) alsa-firmware -- diperlukan untuk beberapa audio card Sokongan AMR dan FAAC untuk MPlayer dan FFmpeg Googleearth restricted video codecs (ppc-codecs, w32codecs, w64codecs) Skype dan banyak lagi.. Untuk memasukkan medibuntu kedalam repo ...

Membuang Data Daripada Harddisk Anda ?

Mungkin didalam harddisk anda mempunyai data yang penting atau rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada orang lain dan dalam masa yang sama anda ingin menjual atau memberi harddisk tersebut kepada orang lain. jadi anda sudah tentu perlu untuk membuang data tersebut daripada harddisk anda. Mungkin ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa sekiranya kita membuang data dengan hanya menggunakan perintah rm atau klik kanan kemudian Move to Trash dan mengosongkan Recycle Bin, anda sebenarnya belum melenyapkan actual data tersebut daripada harddisk anda. Kerana cara yang dinyatakan diatas hanya akan membuang pointer didalam index (partition) harddisk kita sahaja yang secara tidak langsung membuatkan OS kita tidak dapat membaca data tersebut. Perkara ini juga sama sekiranya kita menformat harddisk kita. Bagi mereka yang berkemahiran dan mahu mendapatkan semula data tersebut, tidak akan menjadi masalah kerana terdapat banyak software yang boleh digunakan untuk mengembalikan data tersebut. Jad...

Isu integriti maklumat dan ubuntu

Mengapa sesuatu seperti ini terlintas dibenak saya buat ketika ini? Ada lebih kurang 100 member ym yang terdiri daripada peminat ubuntu seluruh negara yang add saya melalui ym untuk bertanya soalan yang sangat pelbagai. Sudah tentu saya tidak mengenali mereka ini dan blog ini telah menghubungkan mereka dan saya. Ajaib tetapi bukan itu isunya disini. Ubuntu dan mana-mana jua distribusi linux menyediakan satu platform yang membenarkan anda sebentar menjadi advance user! Ianya sesuatu yang anda tidak dapat lakukan dalam windows dan selari dengan kehebatan itu juga muncul isu keselamatan dan kestabilan sistem. Antara perkara yang sangat saya pentingkan dalam artikel saya ialah integriti maklumat yang saya sediakan. Saya tersangat risau jika apa yang saya tulis dan apa yang saya tutorialkan anda ikut dan kemudian ianya menyebabkan kehilangan data, kerosakkan sistem dan seumpamanya. Saya perasan akhir-akhir ini (melalui pengalaman sendiri atau melalui pengalaman 100 member ym ubuntu yang say...

Mengubah CPU Frequency Scaling

Image
Dalam ubuntu/linux terdapat module cpu frequency scaling yang mengawal kelajuan cpu komputer kita. Tujuan utama module ini adalah untuk meminimakan penggunaan cpu dan secara tidak langsung akan mengurangkan tenaga (elektrik) yang diperlukan dan juga haba yang dibebaskan. sebab inilah linux dikatakan lebih bersifat mesra alam berbanding OS yang lain (green operating system). sekiranya kita ingin melihat info mengenai cpu kita, pada terminal kita bolehla menaip: cat /proc/cpuinfo arahan ini akan memberi output seperti berikut: processor : 0 vendor_id : AuthenticAMD cpu family : 15 model : 107 model name : AMD Athlon(tm) 64 X2 Dual Core Processor 4400+ stepping : 2 cpu MHz : 1000.000 cache size : 512 KB physical id : 0 siblings : 2 core id : 0 cpu cores : 2 fdiv_bug : no hlt_bug : no f00f_bug : no coma_bug : no fpu : yes fpu_exception : yes cpuid level : 1 wp : yes flags : fpu vme de pse tsc msr...

Ubuntu Di Dalam Cakera Keras Luaran.

Adakah anda pengguna Acer Aspire ??Anda inginkan Ubuntu anda dalam pemacu keras luaran(externall hardisk)?? Ikut langkah-langkah berikut: 1) Beli sebuah MyBook 320GB cakera keras(oleh Western Digital) **Langkah seterusnya diperlukan bagi anda inginkan sambungan wifi melalui router ** 2) Beli sebuah Zonet wireless card ( Acer Aspire wireless terbina tidak menyokong Ubuntu) 3) Ikut langkah-langkah yang amat menyukarkan bagi membolehkan ia beroperasi dalam Windows . 4) JANGAN GUNAKAN ZONET CARD SEKARANG, Windows akan merosakkan keadaan. 5) A[abila MyBook berfungsi, format kan ia kepada format NTFS . Apabila proses meng format hampir selesai, dengan sengaja anda perlulah memberhentikan proses tersebut. Ia kedengaran seperti GILA!kerana akan menyebabkan partition anda corrupt . Tapi lakukan sahaja untuk membolehkan langkah seterusnya. 6) Muat turun Ubuntu versi terbaru dari internet. 7) Tulis fail tersebut menjadi ISO didalam CD 8) Restart komputer anda untuk menggunakan LiveCD. 9) ...

Ubuntu Tanpa Kata Laluan.

Image
Ubuntu anda secara default terpasang secara automatik mempunyai kata laluan. Bagaimanakah untuk membolehkan orang lain menggunakan Ubuntu anda tanpa mengetahui katalaluan anda?? Di sini saya akan menunjukkan cara mudah untuk membolehkan orang lain menggunakan Ubuntu anda.Ini berbeza berbanding tidak menulis kata laluan ( autologin ) langsung. 1. Reka satu pengguna yang lain: system/administration/users and group anda boleh memasukkan huruf-huruf yang fancy di dalam ruangan real name, bukan username. contohnya: username: guest real name: invité (ikut anda untuk meletakkan apa sahaja nama mengikut kesukaan anda) profile: desktop user (jangan gunakan Administration) password: password Tekan close. 2. Buang kata laluan untuk akaun Guest. Buka terminal sudo passwd -d guest 3. Benarkan untuk login dengan tanpa kata laluan dalam gdm sudo sed -i 's/#PasswordRequired=false/PasswordRequired=false/' /etc/gdm/gdm.conf 4. Benarkan untuk login dengan tanpa kata laluan dalam pam...

Menyerap kesan kenaikan harga minyak : Howto

Kita sudah terlewat untuk berpaling kebelakang dan memperbaiki kisah lampau. Jika korea selatan, taiwan dan malaysia diera 1970-an merupakan negara yang hampir sama dari segi pecutan ekonomi dan pendapatan perkapita rakyat, kini keadaan sudah jauh berbeza. Sekarang, pendapatan purata perkapita bagi rakyat korea ialah RM5500 sebulan, RM4358 bagi rakyat taiwan, amat berbeza dengan malaysia yang hanya RM1500 sebulan. Baik. Kita bertanya mengapakah perbezaan ini timbul sedangkan negara kita diwar-warkan media tempatan sebagai negara yang dipimpin oleh pakar-pakar ekonomi, para-para genius dan politikus yang mempunyai minda 20 tahun kehadapan. Bukan itu sahaja, dengan purata penduduk 27juta dan dikurniakan hasil bumi yang melimpah (Note : pendapatan hasil minyak hanya sekitar 38% dari keseluruhan hasil pendapatan negara), pendapatan perkapita rakyat malaysia sepatutnya samada lebih tinggi dari korea selatan dan taiwan atau paling tidak pun mencapai angka yang kompetitif. Namun itu tidak ber...

Firefox 3 lembab dalam hardy heron? Ini penyelesaianya!

Image
Ramai yang mengeluh mengapa pembangun ubuntu menggunakan firefox 3 beta 5 sebagai browser utama sedangkan ianya masih diperingkat beta dan banyak pula 'songehnya'. Ternyata keluhan tadi ada asasnya kerana firefox 3 beta 5 (dan kemudian terupdate ke versi release candidate) ternyata mempunyai satu kelemahan yang sangat nyata iaitu melembabkan komputer! Jika anda menggunakan firefox untuk beberapa ketika (dengan agak lama), dan kemudian anda periksa system monitor (system - administration - system monitor), anda akan dapati firefox menyebabkan komputer menggunakan hampir 100% resources processor anda. Teori & Penyelesaian. Sila pergi ke; /home/NAMAUSER/.mozilla/firefox/IDUSER.default dan anda akan temui 1(atau 2) file yang bernama urlclassifier3.sqlite (dan urlclassifier.sqlite-journal - jika ada). Periksa saiz file ini dan jangan terkejut jika ia bersaiz 20MB keatas - saya punya 40MB! Fungsi baru dalam firefox3beta5 untuk mengenalpasti website berbahaya, forgery, phishin...

Masalah PulseAudio dalam hardy heron (update)

Image
Jika anda perasan, dalam hardy heron anda tidak boleh memainkan flash dan video atau perisian audio dalam satu masa. Sekiranya anda cuba berbuat demikian, anda akan hanya dapat mendengar audio untuk perisian yang lebih dahulu dirun. Lebih buruk lagi, jika anda sudahpun membuka browser dan melayari youtube kemudian cuba untuk memainkan video menggunakan totem media player (misalnya), anda akan dapati video tersebut tidak boleh dimainkan secara normal dan tersekat-sekat (macam slideshow). Audio sudah tentu tidak ada! Semua masalah diatas disebabkan oleh PulseAudio, satu fungsi baru dalam hardy heron. Biarpun ubuntuos.com menamakan pulseaudio sebagai penyelesai kepada mimpi ngeri linux audio , namun saya tidak nampak kebenaran artikel tersebut. Bagi saya pulseaudio adalah satu mimpi ngeri kepada reputasi ubuntu yang sebelum ini work out of the box! Dengan kata lain, pulseaudio is sucks! Ianya mengunci audio anda hanya untuk satu perisian dalam satu masa. Tidakkah itu sangat merimaskan? Da...

Cara install ubuntu : guna wubi atau dual boot?

Wubi adalah ciri baru yang diperkenalkan dalam ubuntu hardy heron. Ianya sangat memudahkan kerja terutamanya bagi pengguna windows yang sedang teragak-agak untuk membuat keputusan (samada dual-boot terus atau mencuba dahulu ubuntu). Namun bagi pengguna wubi terdapat beberapa perkara yang perlu ada tahu iaitu; menggunakan wubi bermakna ia tidak edit partition dalam harddisk ia juga tidak edit boot loader ia akan melambatkan proses access (capaian) data dalam harddisk - beerti performance ubuntu anda bukan 100% tidak menyokong proses hibernation bagi komputer ia membenarkan anda install dan uninstall ubuntu melalui windows (seperti program windows yang lain) lebih terdedah kepada kegagalan sistem bekalan kuasa (elektrik) - jangan simpan data penting dalam ubuntu yang diinstall menggunakan wubi anda boleh transfer ubuntu yang diinstall menggunakan wubi kedalam partition dan menikmati performance dual-boot jika anda berpuas hati dengan ubuntu! [ rujuk sini ] Apabila anda faham beberapa per...

Request tips, tricks, tutorial, artikel dan peluang menjadi penulis

Untuk makluman pembaca melayubuntu dan pengguna ubuntu yang membuat rujukan disini, akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan beberapa projek dan diantaranya ialah projek buku praktikal ubuntu . Kerja-kerja merangka konsep, menyediakan bahan, dan membuat rujukan sudah pun bermula. 1 - Saya khaskan entri ini untuk pengguna ubuntu yang ingin request tips, tricks, tutorial dan artikel. Jika anda ada kemusykilan atau persoalan tentang perkara tertentu, sila nyatakan diruangan komen. Ini akan memudahkan saya dan penulis lain untuk mencari idea menulis dan seterusnya update blog ini. 2 - Biarpun blog ini sudah mempunyai 7 orang penulis, namun oleh kerana penulis lain mempunyai banyak komitmen yang perlu disegerakan, saya melihat bilangan itu belum cukup. Sekali lagi kepada sesiapa jua yang ingin menjadi penulis (syarat : pengguna ubuntu), sila tinggalkan email anda diruangan komen atau menghubungi saya terus melalui email, YM dan sebagainya. Saya akan menilai penulis-penulis blog ini dan insyaa...

New Project : Konsep Buku Praktikal Ubuntu dalam bahasa melayu!

Image
Saya secara rasmi mengumumkan (atau bercadang) satu projek baru yang saya ilhamkan berdasarkan hasil dari respon pembaca terhadap blog ini, emaj, dan soalan melalui email dan YM. Projek ini secara kasarnya boleh dihuraikan sebagai, menghasilkan sebuah buku rujukan asas ubuntu dalam bahasa melayu. Ianya bukan produk elektronik tetapi sebuah buku penerangan praktikal tentang ubuntu dengan beberapa idea segar dan menarik. Mengapa idea ini timbul. 1.Saya ingin membina satu tapak yang sesuai yang bakal menjadi pusat kepada rujukan ubuntu dalam bahasa melayu. Selama ini rujukan yang ada terpisah dan pengguna baru terkial-kial mencari maklumat seperti apa itu terminal, apa itu nautilus, apa itu pidgin dan sebagainya. Sistem blog yang memaparkan entri terkini pada page paling hadapan dan konsep ini tidak begitu sesuai untuk pusat rujukan seperti yang saya maksudkan. Pengguna ubuntu yang baru masih lagi terkial-kial mencari maklumat atau mungkin penyelesaian yang diingini dalam proses pembiasaa...