Monday, June 28, 2010

Readability Untuk Chrome

Membaca bahan bacaan di laman web adakala menyeronokkan dengan pelbagai cerita menarik dari seluruh pelusuk dunia namun kadang-kala juga menyakitkan hati. Pernahkan anda bertemu dengan laman web atau blog yang menggunakna tulisan yang sangat kecil dengan paparan lebar (width) yang agak besar. Ianya mungkin ok bagi anda tetapi bagaimana pula dengan golongan yang lebih veteren?

Sekiranya anda pengguna pelayar web google chrome (chromium), anda boleh menggunakan extension readability untuk menukarkan website yang sukar dibaca tadi kepada satu paparan yang sedang untuk ditatap oleh mata.

sebelum


selepas

Tentunya extension ini sangat sesuai untuk tujuan pembacaan terutamanya bagi mereka yang tidak bercita-cita untuk memakai spek suatu hari nanti atau bagi mereka yang tidak bercita-cita untuk menambah kekuatan kanta spek mereka.

Sekiranya anda perasan, fungsi readability ini menyamai fungsi reader dalam Safari 5 yang menggunakan kod perisian terbuka.



Selamat mencuba.

3 comments:

  1. 2nd picture tu tak center :p

    apa pun aku dah guna ni.. menarik :D

    ReplyDelete
  2. hurm, bleh cuba sebab kadang2 sakit bce blog mcm KHAI tuh... kecik nak mampus font dia..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...