Sunday, September 12, 2010

99.4% daripada 2 juta malware mengancam keselamatan sistem operasi windows januari depan


Masih dalam mood raya? Saya harap begitulah. Namun sekiranya anda pengguna sistem operasi microsoft windows, berita ini mungkin mencacatkan sedikit mood tersebut. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh G DATA, sebuah syarikat keselamatan komputer berpangkalan di Jerman mendapati pada 6 bulan pertama tahun ini (2010) sahaja lebih 1 juta (1,017,208 secara tepat) malware telah dihasilkan oleh penjenayah siber. Data ini merupakan peningkatan 50% daripada tahun lepas dan 99.4% daripada malware tersebut mensasarkan ancaman khusus kepada sistem operasi windows. Manakala sehingga ke penghujung tahun, G DATA menjangkakan lebih 2 juta malware akan dihasilkan pada tahun ini sahaja.

Saya quote:
"The current numbers are alarming. The malware industry has published nearly four new viruses per minute in the first half of the year. We expect the two million barrier to be broken in the second half of the year,” says Eddy Willems, G Data’s Security Evangelist. “Attackers are targeting social networks and their members. These are especially profitable targets because of their high number and their interlinked nature. Security vulnerabilities and reoccurring data leaks are making things even easier for criminals.”
Statistik lengkap mengenai "market share" jenis-jenis ancaman adalah seperti dalam jadual dibawah;
Bagaimana pula dengan baki 0.6%?
0.6% daripada malware yang dihasilkan oleh penjenayah siber ini mensasarkan ancaman kepada sistem UNIX (Mac OSX, Linux..) dan sistem yang menggunakan teknologi Java.

11 comments:

  1. Org ckp: "Dgn ubuntu, anda kena bersahabat dgn terminal."

    aku ckp: "Dgn windows, anda perlu rjin format."

    yang mn aku dapati, most of the time, arahan dlm terminal hanya perlu copy/paste dr website sdgkn format pc install windows=skt hati+penat=produktif. Produktif???

    ReplyDelete
  2. Adreen...adreen...adreen...

    Adik adreen umur brp ni...blajr baik2 tau, selasa ni nk upsr dh..=p

    ReplyDelete
  3. kalau begitu...cuba beralih ke mac osx

    ReplyDelete
  4. windows adalah OS yang paling best... sebab percuma (kalau beli pun harga baru rm8), boleh main banyak game, kena virus tak apa... antivirus banyak


    saya support windows...

    ReplyDelete
  5. rasa lucu bila tgk linux user xhabis-habis kutuk windows psl virus, malware etc. windows user lak terus mempertahankan kehebatan windows dlm aspek user frenly lah gaming lah sopware lah compare to ubuntu user @ other distro. Mac lak xley nk menonjol sebab bukan semua rakyat msia pekai. masing2 membuta tuli meng condemn satu sama lain.
    fyi~pirate windows sekarang da xperlu mendedahkan diri kepada virus sebab loader @ crack tu da clean. sebab tech org microsoft tu xberkembang luas. kalah kt cracker. aq pon ley crack w/o any sopware.
    lg satu windows tu klu crach @ rosak sekalipon xperlu lah memusnahkan data dengan format. semua documen ley diselamatkan b4 u format. if u Linux user u know how its work.
    sy sbg dual OS user hanya memberi komen

    ReplyDelete
  6. cikgu, pd saya x perlu laa kena virus/problem sikit2 nak format, sikit2 nak format. banyak kaedah utk mengelak, mencegah & setelkannya. kebanyakan pc kat opis saya dlm 1 tahun misti ada maslah virus paling tidak sekali. ada 1 pc tu 3 bulan skali kena virus. pc saya? hampir2 dua tahun takde kene apa2 malware walaupun terjah proxy & website yg berisiko dan bukak file bervirus. pc saya tu jugak la(pentium 4) yg jd tukang cuci virus pc2 dlm opis saya. so pada saya lah, masalah virus ni remeh ajee..

    ada sorang cikgu yg ngadu kat saya ttg laptop dia tetiba kuar .dll not found slps boot windows. kendian sorang cikgu komputer ni kata, alaa, format je laptop tu. bila aku check, ak alaa file program peranti HP yg missing. install aje le balik software tu. apesal tayar pancit, bateri lak kena tukar?

    itu salah satu punca dtgnya pandangan serong SEGELINTIR masyarakat(yg x pernah/nak paham2) ttg benda2 remeh ni. merasakan ia menyusahkan. pd saya x lah sesusah mana.

    kadang2 bile terbaca entri yg terlalu overkill sgt, mcm satu propaganda & over skeptikal. just my opinion. x perlu skeptikal kpd kedai komputer, kecuali kpd kedai yg kaki kencing & kaki sembelih.

    tanpa window kite sumue x kenal linux. termasuk la gua... hahaha :) tq Windows....

    -Jusoh The Plumber aka Jusoh De Plumber (on facebook).

    ReplyDelete
  7. baru2 ni plak, tgh2 guna pc, ubuntu lucid saya crash. camne tu? bayangkan la assignment dkt nak habis & terlupa nak buat autobackup? . windows ada masalah & ubuntu pon ada masalah gak. so, takde yg perfect. masing2 boleh terjadi masalah2 yg serius.

    maaf jika ada yg hurt. skdr pendapat.

    ReplyDelete
  8. setidak-tidaknya bro ada ilmu pengetahuan tentang penggunaan liveCD untuk masuk dalam partition ubuntu yang crash tersebut. betul?

    jadi usaha menyebarkan ilmu ubuntu linux bukan 100% useless..

    ReplyDelete
  9. Thanks for the info..

    Kepada pengguna Window$ sekelian, pastikan korang selalu update Antivirus korang.. Ancaman bukan saja virus. Selain tu elok jugak kalau korang install Firewall ok.. Jangan lupa install AntiSpyware.. Pastikan OS korang tu selalu dbersihkan, boleh guna CCleaner.. Pastikan korang guna Window$ yg ori sbb 'musuh' korang bukan je hacker lagi, tapi jugak Micro$oft sendiri(utk sape yg guna lanun).. Jangan sesuke je nak install software yg korang download dari laman web tah ape2.. Kalau boleh guna la Firefox, atau Chrome.

    Kepada pengguna GNU/Linux pulak, berbahagialah korang(termasuk aku sendiri) sbb hacker2 ni x buat virus untuk OS *nix. Em... Kalau rajin, install Firewall.. Em... ape lagi ek?.. Mungkin korang boleh install TeamViewer utk tolong member2 korang yg ada masalah virus nanti.. Em... Jangan semak2kan fikiran korang pasal virus. Rilek je k.. Kita hidup dalam ketenangan..

    Nasihat/komen ni utk diri aku(dan org lain) memandangkan aku masih lagi dual boot..

    ps: Pastikan korang pakai penutup muka sebab virus H1N1 masih berleluasa lagi..

    ReplyDelete
  10. Salam..
    Pada pendapatan aku la.. open source ni yg bagusnya response dia utk tutup loophole tu cepat berbanding windows..

    Kalau guna windows yg tak ori, dah sah2 tak boleh update system dia, sebab nnt kena detect pirate copy.

    Ramai org windows cerita tentang update antivirus (ye lah, org linux takde cite pasal anti virus nih).. tapi, tak ramai org windows nampak kelemahan operating system yg tak dapat di update (sebab guna yg pirate).

    Daripada guna windows pirate copy yg tak dapat update system, baik guna open source, aje.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...