Wednesday, October 29, 2008

Install Crossover dalam Ubuntu Linux

Saya menganggap anda telah berjaya mendapatkan 2 software crossover iaitu crossover pro dan crossover game. Mungkin ada newbie yang tidak ada idea bagaimana untuk menguruskan fail berformat .SH yang kedua-duanya bersaiz 25MB itu bukan? Cara install kedua-dua fail tersebut ialah;

1.Right click pada fail crossover tersebut > properties > permissions > allow executing file as program > tutup.

2.Double click fail yang sama > run in terminal

atau..

buka terminal dan taipkan (dalam folder yang mengandungi fail crossover tadi)
./namafail.sh
contoh : ./install-crossover-pro-7.1.0.sh

Saya telah cuba memasang Mic.Office 2007 yang mana CD nya adalah hasil dari laman web torrent. Namun nasib tidak menyebelahi saya kerana crossover gagal untuk memasangnya mungkin kerana berubah dari versi CD original. Lalu saya membuat anggapan bahawa crossover mungkin hanya support software ori dan jika anda ingin memecahkan peraturan tersebut, anda akan mendapat error.

11 comments:

  1. ohhh ....
    bagus la ade guide mcm ni ...
    aku dah download dua-dua file semalam ...
    tapi belum install je ....

    ReplyDelete
  2. itula...aku la newbie tersebut. hehehe

    ReplyDelete
  3. Zul dan rakan-rakan lain.

    Saya dah mencuba crossover diatas platform Linux Slacware. Setakat ini, tiada lagi error saya jumpai. Perisian Microsoft Office yang saya gunakankan adalah original iaitu kepunyaan universiti saya.

    Mungkin saya perlu cuba pasang di fedora atau ubuntu dan lihat hasilnya.

    ReplyDelete
  4. ermm...apa error ko dpt sbnrnya? aku xrasa sbb dia pirate....dia xleh install...kecuali kalau tuh version ripped or pre crack...

    ReplyDelete
  5. @mustakim : owh yeke...ori kan mmg boleh aa... bro, nk screenshot ble ko dah install...aku nk tgk hasilnya..huhu

    @|1f34|-|1r3 : aku rasa pre crack...sbb dalam cd aku 2 xde keygen xde readme pun...hahhahaha.... cd 2 dah lama..zaman aku ngn windows lagi..wakaka

    ReplyDelete
  6. rasanye bole install je apa2 software asalkan installer dia betul.xkisah pirate atau tidak..saya pernah cuba dulu..

    ReplyDelete
  7. yup..btul 2..
    certain software windows xbleh gne..
    tpi aku dah install winrar kat ubuntu gne crossover..
    everthing look fine jer..
    nnt aku try msoffice07 plak..
    tgk mcm mne

    ReplyDelete
  8. aku pun dah install office2007 guna crossover 7,semua nya leh intall n function ngn baik

    ReplyDelete
  9. beshnyer ada crossover nih
    leh guna SPSS

    takyah dah nak guna virtual winxp lg dah

    ReplyDelete
  10. sy gune wine. crossover pon boleh ek. bertmbh ilmu sy

    ReplyDelete
  11. bleh x sape2 bg crossover serial number

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...