Tuesday, May 11, 2010

Open Source Meetup Yang Berjaya

Semalam, 7 orang iaitu saya (Zulmalc), Hardyw3b, Abg Adzmely, Syah, Karim, Abg Lan, dan Jang telah mengadakan satu perjumpaan minum-minum sambil membincangkan untuk menubuhkan satu group / club/ movement open source di terengganu. Perbincangan telah merumuskan beberapa perkara yang wajar diketengahkan di peringkat awal.

Nama Group / Club / Movement

Jadi kami sepakat menamakannya MonsoonX yang boleh anda sertai di facebook disini. Menurut Abg Lan, MonsoonX adalah kumpulan ;

i) Percaya kpd kepentingan ILMU , dn cuba membudayakan 'knowledge-sharing culture' ( perkongisan ilmu) pada ahli-ahli kumpulan dan kumpulan sasar.
ii) Menggalakkan budaya 'volunteer' di kalangan ahli ..
iii) Mengadakan aktiviti2 yg selaras dgn misi i & ii.
iv) mampu memberi impak positif yang jelas kepada komuniti sekitar

Halatuju

Kami komited untuk menetapkan bahawa, MonsoonX wajar menjadi satu wadah mengerakkan massa ke arah penggunaan & pembangunan Open Source melalui penganjuran program knowledge sharing dan sebagainya.

Perbincangan semalam juga tertumpu kepada bagaimana untuk bergerak, bagaimana untuk berinteraksi, hala tuju, matlamat, dan mengorganisasikan pergerakkan.

Ulasan Saya

Saya sangat berpuas hati dengan perkembangan terbaru ini dan ini merupakan satu permulaan yang sangat baik kepada komuniti Open Source Terengganu.

Lalu saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru pengguna komputer yang menggunakan perisian Open Source (apa juga jenis perisian) supaya dapat melibatkan diri dalam pergerakkan ini samada dalam facebook atau dalam channel IRC (freenode.net -#monsoonx.)

Perjalanan beribu batu bermula dari langkah yang pertama..

5 comments:

  1. saya amat berbesar hati untuk bersama , jika diberi kesempatan.

    sila beri tunjuk ajar. :)

    ReplyDelete
  2. sangat berbesar hati utk mengalu-alukan..
    sila bg tnjuk ajar kembali =)

    ReplyDelete
  3. wah2.. MonsoonX. Saya juga salah seorang pengguna perisian Open Source. boleh la kalau nak promot hehe..

    ReplyDelete
  4. salam...sekadar untuk sharing...
    Linux Vs Windows...

    http://www.whylinuxisbetter.net/index.php?lang=

    [Ubuntu 10.04 LTS user]

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, MonSoon-X.. satu komuniti yang BERJAYA!

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...