Monday, May 24, 2010

Tengok TV guna internet dalam ubuntu - Channel HBO, AXN, Bola Sepak

Saya masih ingat ketika berada jauh dari keluarga merantau ke negara orang, banyak benda yang tidak sama  dengan negara sendiri dan perlu disesuaikan. Antaranya ialah apabila ingin menonton perlawanan bola sepak Final Liga Juara-Juara UEFA. Ketika itu saya masih menggunakan sistem operasi windows XP. Dan apabila ada perlawanan bola sepak di eropah, saya menggunakan perisian Sopcast.

Menonton dalam resolusi Low - tak tersekat-sekat lansung.

Sopcast menggunakan teknologi p2p streaming yang membolehkan pengguna menonton channel tv HBO, AXN, Perlawanan Bola sepak (channel di china) dan juga channel lain di seluruh dunia secara percuma menggunakan internet. Pagi ini, saya mendapat tahu bahawa Sopcast Player 0.4.0 boleh dipasang dalam ubuntu menggunakan PPA (bermaksud update perisian ini diuruskan oleh package manager dalam ubuntu).

Memasang Sopcast Player;
1.Muatturun libstdc++ ke dalam komputer dan double click untuk install
untuk i386(32 bit)
untuk amd64(64 bit)

2.Masukkan command berikut ke dalam terminal;

sudo add-apt-repository ppa:ferramroberto/extra && sudo apt-get update
sudo apt-get install sopcast-player sp-auth

3.Siap proses tersebut, anda boleh buka perisian Sopcast Player di Applications > Sound & Video > Sopcast Player

17 comments:

  1. Ni yang best..leyh tgk live internet tv internet Kat OS Linux...

    ReplyDelete
  2. dulu aku tak sempat nak cuba sopcast ni..
    tak keluar bilik la ye hehe

    ReplyDelete
  3. saya lebih suka menggunakan TV-FOX, add on Firefox.. launch tv dari browser je.. banyak pilihan saluran.

    ReplyDelete
  4. yeke...aku xpnah cuba plak..sbb xguna firefox dah..huhuhu

    ReplyDelete
  5. bahaya tuh..tp best klu ada bini..kuang3

    ReplyDelete
  6. yup2...internet laju lg best..huhuh

    ReplyDelete
  7. Tq zul.. pilihan siaran berbayar..

    ReplyDelete
  8. astro channel xde plak..adehh..hahaha

    ReplyDelete
  9. haha tu la pasal... mmg best kalau ada bini...
    ntah bila la nak merasa tu

    ReplyDelete
  10. thanks nian infonyo bro. barusan aku install ke my laptop.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...