Tuesday, June 08, 2010

Kombinasi applet terbaik : Cardapio + Window Buttons + Global Menu

Jom bercakap berkenaan segala kesempatan untuk  memaksimakan ruang vertikal skrin komputer samada laptop mahupun desktop. AbiDarwish pada mulanya menunjukkan satu mockup penggunaan satu panel applet iaitu Window Buttons dalam laman facebook komuniti melayubuntu. Saya pernah membaca tentang applet ini namun tidak berkesempatan mencubanya.

Hari ini setelah mengesahkan fungsinya dengan AbiDarwish, saya mencubanya pertama kali dan tidak sekadar itu, saya gabungkan sekali bersama Cardapio dan Global Menu menjadikan ianya lebih lebih menarik dan berbeza dari mana-mana sistem operasi masa kini.


Memasang dalam Ubuntu
Muatturun fail DEB disini dan pasang ke dalam ubuntu anda. Selepas siap dipasang, klik pada panel - dan Add to panel applet Window Buttons ditempat yang anda kehendaki. Right click pada applet tersebut, pilih preferences pilih tab Behavior dan check Hide compiz decorations for maximized windows.

Kekurangan
Applet ini hanya berfungsi apabila terdapat aplikasi yang dimaximize. Sekiranya tidak ada aplikasi yg maximize maka ia akan meninggalkan ruang kosong pada panel ditempat applet ini berada. Mungkin hal ini akan disedari oleh developer dan dapat diperbaiki sedikit masa lagi.

Memasang Tema
Menggunakan Preferences juga, pengguna boleh memasang tema yang sepadan dengan tema desktop yang sedang digunakan. Contohnya jika anda menggunakan tema desktop ubuntu default iaitu ambience, sila gunakan tema ini : http://gnome-look.org/content/show.php/Ambiance+Window+Buttons+Theme?content=124593

11 comments:

  1. so far, tak berapa suka pakai cardapio...sebab macam kurang menarik..tak tahu kenapa...aih...

    ReplyDelete
  2. cmne nk cari system/preference setting untuk cardapio?

    lg satu thunderbird x boleh pakai global menu ke???

    newbie...

    ReplyDelete
  3. cool. look nice.
    nak try lah nnti.
    :)

    ReplyDelete
  4. Correction - Global Menu tidak support Thunderbird, Firefox, OpenOffice dan aplikasi2 yang dibangunkan menggunakan toolkit selain gtk+.

    ReplyDelete
  5. bro....
    see...
    kan ak ckp...
    laptop acer pon leyh interface mcm apple,,,
    hehe....
    sory mac..

    ReplyDelete
  6. penah bos aku tanya...pakai apple ker? aku senyum jer..haha

    ReplyDelete
  7. nak edit cardapio ke bro?
    thunderbird mcm firefox jgk kot..xsupport lg..hehe

    ReplyDelete
  8. ckp je ko guna apple..msti dia jeles..wkaka

    ReplyDelete
  9. laptop acer sy nie sy tmpal stiker mac dekat lmbang acer dekat depan 2...
    konon2 mac la kan..
    skali kene sound ngn mmber ckp pe brg luar mac dlm windows...haha...
    dengan ade nye ubuntu+mac4lin+Cardapio dan Global Menu pas nie leh la ekysen ckp pkai mac...
    :p

    ReplyDelete
  10. aku pun sama x suka cardapio nih..ia mengingatkan aku pada "tingkap"..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...