Friday, June 04, 2010

Wallpaper Bumi dalam Real Time untuk Ubuntu


Saya menemui sesuatu yang cool untuk dicuba iaitu wallpaper bumi dalam real time. Ia merupakan wallpaper yang bergerak-gerak dan dikemaskini oleh bash script untuk memaparkan keadaan sebenar bumi, siang dan malam bagi seluruh bumi. Untuk menggunakan wallpaper ini, anda perlukan sambungan internet dan lebihan 100kb memori. Ya, ia tidak menggunakan memori yang banyak dan tidak menjejaskan prestasi komputer anda (itu yang penting).

Idea menghasilkan wallpaper ini dicetuskan oleh penulis ubuntued.info. Untuk memasangnya dalam ubuntu lucid lynx, sila ikuti langkah-langkah berikut;

1.Muatturun script ini. http://ubuntued.info/wp-content/uploads/2008/12/changer.sh

2.Tempatkan script changer.sh ini ditempat yang sesuai (mana-mana pun boleh tapi anda perlu tahu dimana tempat itu untuk proses navigasi nanti)

3.Kemudian rightclick pada fail changer.sh dan pilih properties. Pilih tab Permission - tick pada Allow executing file as program kemudian close.


Proses diatas akan menukar changer.sh menjadi executable dan ianya boleh dirun dengan doubleclick (dan run) pada fail.

4.Apabila anda doubleclick pada changer.sh dan pilih run, script ini akan run pada background dan menghasilkan satu fail imej world_sunlight_Wallpaper.jpg dalam folder .gnome2. Folder ini tersembunyi secara default dalam folder user utama anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah buka folder .gnome2 tersebut, drag&drop fail imej world_sunlight_Wallpaper.jpg ke dalam tetingkap setting background (rightclick pada desktop - Change Desktop Background). Dengan ini kerja pemasangan telah siap =)


5.Jika anda ingin script changer.sh ini run ketika membuka ubuntu, sila pergi ke menu System - Preferences - Startup Applications. Klik pada butang Add dan masukkan;


Klik pada butang Browse dan navigate ke lokasi changer.sh dalam komputer anda.

6 comments:

  1. Menarik nieee.. akan dicuba nanti.. cool..

    ReplyDelete
  2. sedang mencuba..skang msia malam..tunggu esok2 klu betul2 menjadi..hehe~

    ReplyDelete
  3. ade tak application yg membolehkan sy terus menaip pd desktop [background or wallpaper]..?

    ReplyDelete
  4. bgus2..dh try..hehe..nk tgu esk pg tgk..hehe

    ReplyDelete
  5. bro xjd r... gmbr tu jd 0byte...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...