Tuesday, September 21, 2010

Memperkenal Ubuntu kepada Malaysia dan mengapa pengguna Windows tidak perlu rasa terancam!

Sudah hampir 3 tahun saya menjadi penulis blog ini, fokus kepada idea dan praktikal memperkenalkan sistem operasi ubuntu kepada pengguna komputer di Malaysia. Sebelum saya mengorak panjang saya ingin kongsikan kata-kata hebat seorang pejuang kemerdekaan dari ketamadunan India - Mahatma Gandhi;
“First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.”
Samada anda sama merasainya atau tidak, sebenarnya itulah yang saya rasa sepanjang-panjang lebih kurang 93,312,000 saat yang telah ditempuhi. Pada mulanya, blog ini diabaikan oleh pembaca. Mereka tidak begitu kisah apa yang saya tulis dan juga fakta yang saya berikan. Kemudian mereka datang ke blog ini semata-mata untuk mentertawakan, merendahkan, dan memberikan komen yang sinis.

Fasa seterusnya ialah mereka melawan dengan nada yang keras dan lebih mengancam. Samada fakta dilawan dengan fakta atau fakta yang dilawan dengan penafian, bukanlah sesuatu yang ingin saya ulas disini - kerana entry ini bukan untuk mengancam sesiapa sepertimana niat asalnya bukan untuk membuatkan sesiapa rasa terancam.

Ianya tentang pilihan

Memperkenalkan sistem operasi Ubuntu kepada pengguna komputer di Malaysia ialah bertujuan untuk memberikan setiap individu yang menggunakan komputer lebih pilihan dalam sistem pengoperasian supaya tidak ada pihak yang ditindas oleh sang monopoli (anda tau siapa mereka). Harapannya nanti ialah, sekiranya anda tidak selesa dengan sesuatu sistem operasi, anda mempunyai pilihan lain yang boleh dicuba dan akhirnya memilih sistem operasi yang sesuai dengan anda sahaja.

Kenyataan umum sebegini bermaksud, Ubuntu (Linux), Windows, Mac OSX, tidak semua orang akan selesa dengan salah satu dari sistem operasi ini. Ada antara anda yang tidak selesa dengan Ubuntu. Anda antara anda tidak selesa dengan Windows. Ada pula yang tidak selesa dengan Mac OSX. Tidak ada pihak yang benar atau salah hanya kerana mengatakan dia selesa dengan satu-satu sistem operasi dan anda tidak harus rasa terancam apabila ada orang lain yang menyukai sistem operasi yang berbeza dengan anda.

Selama ini, Windows atau Mac OSX

Sebelum fenomena ubuntu (linux) ini muncul, pengguna mempunyai 2 pilihan iaitu samada Windows ataupun Mac OSX. Kedua-duanya merupakan sistem operasi berbayar dan ada yang mengamalkan dasar monopoli pasaran. Mereka menekan pengguna dan menentukan spesifikasi perkakasan komputer pengguna samada ia disedari atau tidak. Apabila ditekan, pengguna memilih jalan keluar yang biasa berlaku di dunia ketiga iaitu membeli sistem operasi cetak rompak.

Adakah anda perlukan pilihan ketiga?

Sekiranya anda selesa dengan Windows atau Mac OSX, sila abaikan pilihan ketiga dan sila abaikan blog ini. Kerana blog ini diwujudkan adalah untuk memberikan anda ilmu tentang pilihan ketiga, iaitu sistem operasi percuma Ubuntu (linux). Pengalaman 3 tahun mengajar saya bahawa tidak semua pengguna komputer akan selesa dengan Ubuntu dan Ubuntu bukan untuk mereka sebenarnya. Antaranya ialah pengguna yang bergantung dengan aplikasi Windows seperti Adobe dan pengguna yang sukakan heavy computer games.

Namun disana ada masih ramai pengguna komputer yang hanya menggunakannya untuk melayari Facebook, Twitter, Email dan menaip dokumen. Sekali sekala mereka mendengar muzik dan menonton movie di komputer. Golongan inilah yang memerlukan kesedaran bahawa wujudnya pilihan ketiga yang lebih selamat dan berfungsi seperti yang sepatutnya.

Saya turut tidak menafikan terdapat pelbagai lagi golongan yang beralih menggunakan ubuntu atas pelbagai sebab seperti untuk belajar perkara baru, untuk mencuba sistem yang baru, perlukan sistem operasi yang boleh dijalankan dalam komputer mereka yang agak ketinggalan zaman, dan juga pelajar-pelajar IPT.

Memperkenalkan Ubuntu bermaksud menjelaskan kebaikkannya

Pengguna Windows merasa terancam apabila kami mengatakan sistem operasi Ubuntu lebih selamat dari Windows. Sesiapapun tidak mampu menafikan fakta ini. Tanyalah kepada pakar komputer manapun yang membuat kajian khusus kepada sistem pengoperasian, mereka akan mengakui bahawa sistem operasi yang berasaskan linux adalah jauh lebih selamat dari sistem operasi Windows. Samada anda boleh tahan dengan tahap ketidakselamatan Windows atau tidak, tidak menjadi persoalan dan sekiranya anda boleh tahan dengannya, maka kami hormati bahawa sistem operasi Windows adalah untuk anda.

Membuat perbandingan dari segi keselamatan tidak bermaksud kami memburukkan sistem operasi windows sama sekali. Apabila kita mengatakan A lebih baik daripada B, adakah bermaksud kita mengatakan B tidak baik sama sekali? Semestinya tidak dan B tidak harus rasa dirinya diancam.

Kita maklum bahawa, semua pembaca (hampir 99%) mengenali komputer melalui perantaraan sistem operasi Windows dan mereka telah melalui pelbagai pengalaman suka duka, geram benci, terhadap sistem operasi tersebut. Sebagai pengguna, mereka berhak bersuara menyatakan apa yang mereka tidak puas hati dan dari titik itulah pembangun Windows sepatutnya memperbetulkan keadaan dan kelemahan.

Ketidakpuasan hati tersebut terlerai apabila mereka menemui sistem operasi yang sesuai dengan jiwa mereka iaitu Ubuntu dan oleh kerana itulah mereka memperkenalkan Ubuntu sebagai pilihan pengguna komputer di Malaysia. Oleh itu, adakah pengguna Windows yang lain perlu rasa terancam? Tidak selagi anda tidak terasa pedas!

20 comments:

  1. Tahniah atas usaha anda.. Bukan senang nak bukakan minda org2 yg terlalu mengagongkan satu OS yg biasa mereka guna.. Harap mereka sedar yg akan kelebihan dan kekurang OS pilihan mereka itu..

    ReplyDelete
  2. the best non-technical post at this blog. terbaek dr ladang!

    ReplyDelete
  3. Ubuntu kan budak baik tak kacau orang lain pun....hehehe

    ReplyDelete
  4. dah 2 tahun guna Ubuntu. makin improve. best..........

    ReplyDelete
  5. Aku bermula kenal dunia GNU/Linux dengan Red Hat 9. Aku terus bersama2 dengan dunia GNU/Linux dengan Ubuntu.. Sebagai end-user, apa lagi yang kita perlukan? Aku rasa hanya Heavy Gamer je yg susah sgt2 nak cuba guna Ubuntu. Tapi itu pilihan dia la kan..

    Atas prinsip Sumber Terbuka dan keterbukaan Komuniti Sumber Terbuka, kita sama-sama berkongsi pengetahuan..

    Jangan rasa terancam dengan pengetahuan baru(tentang dunia GNU/Linux) kalau...
    - korang dah selesa main game kat Window$,
    - korang selesa utk cari keygen utk daftar software cetak rompak,
    - korang xde masalah utk beli CD/dvd cetak rompak atau berhabis duit ratusan ringgit beli software original
    - korang selesa pc untuk 'terpaksa' update antivirus sbb 'TAKUT' pc korang kene virus..

    Itu pilihan korang.. xde hal la..

    Sharing is good....

    ReplyDelete
  6. bagi saya yang baru 4 tahun menggunakan os linux bermula dari mandriva dan seterusnya menggunakan ubuntu mulai dari versi 7.04,hanya gamers tegar sahaja yang susah hendak bertukar ke linux kerana kurangnya game yang popular di dalam platform linux,

    mungkin jika developer linux dapat wujudkan satu layer yang seakan-akan DIRECTX bagi memudahkan developer games untuk mengintegrasi produk mereka ke platform linux,mungkin masalah ini akan selesai,

    apa pun masalahnya, saya harapkan semoga linux akan sentiasa maju ke depan bagi menyediakan platform terbaik untuk pengguna komputerk hususnya bagi golongan yang kurang berkemampuan sehingalah golongan profesional dalam bidang komputer

    LONG LIVE LINUX

    ReplyDelete
  7. Cuba baca ni.. artikel menarik jugak ni.

    http://listverse.com/2009/05/31/top-10-misconceptions-about-linux/

    ReplyDelete
  8. Apa pun pilehlah apa yang berkenan dihati :)

    ReplyDelete
  9. aku masih pengguna 'tingkap' tp pada masa yg sama cuba selami ilmu tentang ubuntu/linux.. aku rasa linux ni terbaik.. cuma perlukan masa utk sesuaikan diri..

    ReplyDelete
  10. personal lappy buat dual Win + BT, kat ofis pakai Mac. :D

    ReplyDelete
  11. hehe atleast ada ilmu serba sedikit xpe dah bro...
    nnti bila linux dah betul2 matang dan orang ramai pakai snang sket nak switch..hehe

    ReplyDelete
  12. Bro Zul... dalam segelintir dok pandang rendah terhadap GNU/Linux... ada juga yang diam-diam run LiveCD Backtrack, semata-mata nak buat injection untuk crack wi-fi key... itu yang tak tahannya... orang kata, benci tapi sayang... huahuahuahua...

    ReplyDelete
  13. sekurang-kurangnya dia dapat ilmu dari komuniti linux..hehehe

    ReplyDelete
  14. pilihan ditangan kita..
    pernah dulu aku pikir.. sampai bila nk pki WinD@ws ni..
    ase hidup terkongkong je..
    sampai la satu hari.. nk sangat ase pakai os lain.. pki macintosh mampu ke nak beli..
    aku cuba ubuntu.. sampai sekarang guna ubuntu..

    betul dengar cakap orang memang x sama.. ubuntu ni x best.. x boleh maen game..
    ye x nafikan ubuntu memang bukan untuk gamers.. bukan untuk orang kaya yang mampu..
    tgk kwn2 yang masih pki xp.. ase kesian pun ada.. nk upgrade window 7 x mampu pasal laptop lama..

    pernah aku pujuk kwn2 cuba pakai ubuntu,, rata-rata x kenal pun ubuntu ni apa.. lepas 2 tanya x berani nk pkai.. tau gne windows je.. da lame ngn windows..

    ye.. aku pun dulu takut nak beralih guna ubuntu.. sebab 2 la ramai yang x berani lagi.. masih dibawah telunjuk windows.. sampai bila aku perlu dikawal.. sampai bila minda aku tertutup.. namun aku gembira kerana berjaya keluar dari kepompong windows..

    aku kesian tgk kawan2 hantar format kat kedai.. skali format 50 rggt.. dorg bukan kaya.. aku da sarankn dorg pki ubuntu.. phm2 la ye.. susah nk ubah mentaliti masyarakat untuk berubah,,

    sebenarnya malaysia sendiri agak tidak terkawal undang2 siber.. perisian cetak rompak bersepah..
    cuba la kerajaan kuatkuasa akta jenayah siber.. tengok mane 1 pilihan dorg.. sanggup ke berhabis ratusan ringgit membeli windows. ori antivirus.. atau bermodalkan minat dan usaha.. bertukar kepda ubuntu.. pilihan di tngan sendiri..

    ReplyDelete
  15. diorang bukan benci bro, tp dlm hati sekelumit ada rasa nyampah dgn Windows(misti ada nyer). tp masih fobia ngan OS baru. tu sbb nak capai matlamat, cara kita kena betul. jgn hina,perli & kutuk depa. biarla depa kutuk. yg penting usaha2 yg berterusan utk menyampaikan knowledge ini tdk terhenti(credit to zul & friends). satu hari nnt depa bleh terima. insya Allah. emmm... ntah2 ramai silent readers Windows yg mengintai2 blog ni.

    ReplyDelete
  16. untuk rekod, pelawat yg guna OS windows mmg mengatasi pelawat yg guna OS linux bagi blog ni..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...