Idea font installer untuk ubuntu
Rasanya setakat ini kita hanya menjadi "end user" kepada perisian open source yang ada. Namun saya secara peribadi tidak mahu diri saya selamanya hanya menjadi pengguna. Idea ini sudah lama saya fikirkan untuk dikongsi dan untuk diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh direalisasikan. Sumber idea. FontBook dalam Mac OSX Dalam Mac OSX terdapat satu aplikasi yang dinamakan fontbook yang berfungsi sebagai font viewer, font installer dan seterusnya font manager. Idea. Font Viewer (gnome-font-viewer) dalam ubuntu. Menggunakan code dari perisian open source yang ada seperti gnome-font-viewer dan mengaplikasikan fungsi installer kedalam aplikasi tersebut. Ianya mungkin dalam bentuk satu butang yang menjalankan fungsi seperti berikut; NOTE: Chart ini hanyalah idea dan mungkin tidak sempurna! Apabila butang install ditekan, satu pop-up akan muncul bertanyakan adalah kita ingin install untuk semua user atau current user. Pilih dan kemudian fail font yang sedang dibuka dengan font viewer...