Monday, November 03, 2008

Kronologi dan pengalaman memasang Ubuntu Intrepid Ibex kedalam MacBook

Saya setkan diminda, apa jadi pun saya tetap akan memasang ubuntu intrepid ibex kedalam macbook v3.1 Santa Rosa. Dan apabila Apple Boot Camp gagal untuk partition harddisk 'Macintosh HD', saya semakin jelas bahawa ini bukan suatu kerja yang mudah.

Mengapa saya begitu 'bernafsu' untuk melakukan operasi ini? Bateri macbook boleh bertahan selama 6 jam - kalau tak silap (laptop buruk saya hanya bertahan 1 jam) dan itulah sebab yang paling besar mengapa saya nak sangat pasang ubuntu kedalamnya..

1Nov 08

Saya pergi ke rumah bro syah (thanks bro) mendapatkan ISO bagi versi terbaru ubuntu iaitu versi 8.10 intrepid ibex. Kesemuanya berjalan lancar dan saya pulang kerumah dengan harapan yang menggunung.

Apabila kita ingin install ubuntu - setkan pada minda bahawa ia perlukan 'ruang'. Saya memulakan operasi dengan menggunakan Boot Camp untuk menghasilkan ruang (partition) dengan saiz yang paling minima (5GB) namun Boot Camp gagal. Saya sendiri tidak begitu jelas akan sebab kegagalan tersebut kerana sebelum ini saya boleh melakukannya menggunakan Boot Camp dengan mudah (namun kemudiannya saya delete partition tersebut).

Saya tidak putus asa. Saya masukkan Leopard installer CD kedalam drive, tekan 'C' semasa booting dan masuk kedalam installer. Saya buka Disk Utility dan klik pada Harddisk > Partition kemudian melakukan kerja resize partition. Sekali lagi ianya gagal. Saya cuba repair disk, repair disk permission dan segala yang mungkin saya lakukan. Namun saya hanya mendapat satu jawapan iaitu GAGAL!

Saya kemudiannya memasukkan Live CD ubuntu kedalam drive, tekan 'C' semasa booting dan cuba untuk install menggunakan pilihan Guided - Resize partition and use freed space. Saya menerima amaran mengatakan space yang ada terlalu kecil untuk digunakan. GAGAL!

Malam itu sahaja saya tidur pukul 2++ pagi tanpa sebarang tanda kejayaan.

2Nov 08

Lebih kurang 6.45 pagi, bangun dan selepas sembahyang subuh, operasi dimulakan. Apa yang muncul dalam fikiran saya ketika itu ialah, "apa kata kalau delete semua partition?". Saya masih ragu-ragu ketika itu.

Namun apabila semua proses partitioning berakhir dengan kegagalan, saya tahu yang saya tidak ada pilihan lain. Saya boot ke dalam leopard, dan menggunakan super duper, saya backup keseluruhan sistem ke dalam external harddisk - ianya mengambil masa 3 jam. Kerja seterusnya pada sangkaan saya lebih mudah iaitu boot kedalam installer sekali lagi dan delete keseluruhan partition. Selepas delete partition, saya cuba untuk membina 2 partition iaitu satunya untuk osx leopard dan satu lagi untuk ubuntu. GAGAL tanpa sebab yang pasti!

Geram, saya boot pula kedalam live CD Ubuntu. Menggunakan GParted, saya buat 2 partition yang salah satu diformat kepada FAT32 (boleh dibaca oleh installer OSX) dan satu lagi kepada EXT3. Selepas itu boot kedalam leopard installer dan cuba erase dan format partition kepada Extended Journaled (HFS+) kerana format itulah yang digunakan oleh Mac OSX. GAGAL! Damn!

Sekali lagi saya delete semua partition dan kemudian entah macam mana saya berjaya hasilkan satu partition format HFS+ dan satu lagi partition free space (yang tak diformat). Proses seterusnya ialah memasang osx leopard dan pada kali pertama saya ingin masuk ke leopard - saya recover semua data yang dibackup menggunakan super duper tadi kedalam leopard. Apabila tiba ke desktop, semuanya seperti tidak pernah terusik. WOW! (wow pertama)



Proses seterusnya ialah memasang ubuntu intrepid ibex. Saya boot ke live CD dan melakukan proses pemasangan kedalam partition free space tadi (dengan memilih manual partition). Dari partition free space itu tadi, saya pisahkannya dan hasilkan 2 partition iaitu satu untuk ubuntu dan satu lagi untuk SWAP. Namun ketika itulah saya terfikir, "nanti bila nak boot ada grub loader ke?". Hmm, uncertainty. Proses install intrepid berjalan lancar dan selepas reboot - kedebooom... mana ada grub loader. Dia terus boot kedalam leopard! Haha.

Saya teringat kepada rEFIt. Wow (wow kedua), open source memang rawks! Dalam leopard, saya memasang rEFIt - reboot 2x dan saya nampak pilihan bootdisk. Apa yang mengujakan saya ketika ini ialah jawapan kepada persoalan "apa jadi kepada ubuntu intrepid ibex didalam macbook?". Saya boot ke dalam ubuntu dan merekodkan masanya seperti berikut;

Untuk sampai ke login screen : 31.66 saat
Login Screen ke Desktop : 18.20 saat

WOW! (wow ketiga). Laju jugak.

Perkara pertama yang ingin saya cuba ialah compiz fusion. Saya enablekan visual effects kepada extra dan mendapati intrepid ibex sememangnya mengesan kad grafik macbook. Sound, kad grafik, screen resolution, bluetooth, function keys (seperti fungsi pengawalan monitor, sound, pengawalan music player) adalah berfungsi out of the box.

Saya dikejutkan (tak terkejut pun sebenarnya) dengan munculnya popup menyatakan sistem mengesan restricted driver yang perlu diaktifkan untuk menggunakan hardware tertentu yang ketika itu saya tidak tahu apakah hardware tersebut. Owh rupanya driver bagi Broadcom STA wireless yang perlu diaktifkan. Ini bermakna saya boleh menggunakan fungsi wireless (wifi etc) ini tanpa perlu berpenat lelah mencari driver. (apabila saya membaca - rupanya canonical dah deal dengan manufacturer broadcom untuk driver tu).



Saya belum pernah mencuba webcam dalam laptop ubuntu sebelum ini (kerana build-in webcamnya unsupported). Lalu saya merasakan kalaulah saya boleh menggunakan isight macbook itu... Dan ia membawa kepada penemuan laman ini : https://help.ubuntu.com/community/MacBook_Santa_Rosa. Saya buat seperti yang ditutorialkan dan sekarang saya boleh menggunakan cheese dalam ubuntu (dan webcam kalau saya rajin).


menggunakan effect dalam cheese seakan photobooth!

Seterusnya, saya teringat kepada fungsi CPU Frequency Scaling Monitor yang tidak boleh digunakan dalam laptop sebelum ini kerana CPUnya yang tidak disokong oleh ubuntu. Ternyata intrepid ibex mampu menyokong CPU macbook dengan baik dan saya boleh setkan kadar penggunaan CPU macbook dalam ubuntu selepas ini samada ketika dirumah (ondemand) dan ketika outing (powersave).



Fungsi touchpad iaitu two finger scrolling & right click emulation when tapping with two fingers boleh digunakan dengan mengikuti tutorial ringkas di : https://wiki.ubuntu.com/MacBook/SantaRosa.

Secara keseluruhan, saya cukup berpuas hati dengan hasil operasi saya ini walaupun terpaksa berhempas pulas menjayakannya. Ternyata segala pengorbanan berejam-jam didepan laptop ditambah dengan tension dan geram apabila berlaku kegagalan berbaloi juga diakhirnya. Hasilnya saya bukan sahaja mendapat 2 sistem operasi dalam macbook, tetapi juga beberapa ilmu dan pengalaman yang cukup berharga dan saya nukilkan segalanya disini buat tatapan pembaca blog melayubuntu.

Anda tidak perlu melalui kesusahan yang telah saya lalui. Anda hanya perlu baca, fahami dan praktikkan! Selepas ini jika bertemu dengan seorang pengguna macbook ditempat awam - jangan sangka dia sedang menggunakan OSX jer..Mungkin dia sedang menggunakan Ubuntu siapa tahu?

21 comments:

  1. panjang gak kesah ko ni..hihi...aku rs kalau ko semula disk label atau wat low level format kat hard disk mgkn leh wat partition tnp masalah cam tu...

    kalu nak wat low level format pakai livecd

    1. loading ubuntu
    2. guna terminal taip : dd if=/dev/zero of=/dev/sda
    3. tunggu smpi hbs..ambik ms agak lama utk format cara nie...

    nota : aku ada cari Mac untuk PC tp byk torrent aku jumpa dah mati le..mana tempat bagus nak sedut?

    ReplyDelete
  2. @jom linux : aku try dlm mac..lama glerr....last2 error.. hahaha..rasa na tumbuk je monitor..

    ko nak mac utk pc ke? ko dtg rr foss.my nnti n jmpe aku...rasanya aku ada simpan (mmg ada pun)..ekekkee

    ReplyDelete
  3. haha...aku penah 3 kali kuar error bila wat format...yg aku tau, slalu kuar cam tu bila hard disk tu btl ada dia punya permukaan cakera tu dah rosak.

    low level ke zero zero format ke mmg tak dpt nak btlkn HD cam tu. aku check error tu kat web site seagate dia kata kalu kuar error cam tu mmg kena hntr repair.

    satu lg, aku dgr citelah. hard disk mmg cepat rosak kalu guna quick format.

    Foss.my tu aku mmg teringin nak pegi. Insyallah takde keje takde aral melintang. aku pi sana. kalu blh aku nak pakai maskot penguin pi sana...hehe..(guro je)

    ReplyDelete
  4. wah..semua nak pegi FOSS ni..tuh destinasi aku yg seterusnya lepas HITB...harap2 ada la time nak pegi sana...maybe aku pakai t-shirt HITB kot...

    ReplyDelete
  5. Aku pun nak try gak kat dalam macbook air kawan kau punyer. nampak cam best jeer

    ReplyDelete
  6. fuhhh ...
    ade orang dah try kat MacBook ...
    :)
    heheheheeheheh

    ReplyDelete
  7. hmm.. nak buat triple boot on MBP, tp x berani la plak.. aduhai..

    ReplyDelete
  8. @Jom Linux : yeke? mknanya HD mac aku ni dah xbtul ke? uishhh...foss.my tu ko kna pegi..parlimen bkn bersidang pun time 2..ekeke

    @|1f34|-|1r3 : ko pakai je tshit pe2 pun...pegi ttp pegi...hehe

    @Anonymous : macbook air? guna yang live usb 2 la..xyah cd drive..hehe

    @ben : hehe..pasni nk try katne lak ek??ekeke

    @abdusfauzi : ekeke...ko bkn xbrani. ko sayang nk nodai mbp ko tuh...mahal la katekan...ekeke

    ReplyDelete
  9. @xordy: dah ada dah ubuntu khas untuk Netbook (http://linuxmalaya.com/2008/10/gunakan-ubuntu-eee-8041-pada-netbook-eee-anda/)

    Huhu..pasnie dah bleh install kat Mac. Sebelum nie tak taw lak aku. haha.

    ReplyDelete
  10. @xordy: dah ada dah ubuntu khas untuk Netbook (http://linuxmalaya.com/2008/10/gunakan-ubuntu-eee-8041-pada-netbook-eee-anda/)

    Huhu..pasnie dah bleh install kat Mac. Sebelum nie tak taw lak aku. haha.

    ReplyDelete
  11. @xordy : netbook? aisey.. xde bahan ujikaji lah..ehehhe

    @aman : install jer kat mac tuh...mmg cool..hehe

    ReplyDelete
  12. masyaAllah... ganazz jugak abg zul ni ekk... huhuhu...

    ReplyDelete
  13. semangat x give-up yg penting...tu belom dgr cite sy first time install ubuntu..huhu

    ReplyDelete
  14. @syah : ganaz ke??hahaha..

    @kopok : ble lg nk cite bro?hehehe

    ReplyDelete
  15. "jangan sangka dia sedang menggunakan OSX jer..Mungkin dia sedang menggunakan Ubuntu siapa tahu?"

    mungkin dia sedang gunakan bootcamp untuk windows sekali? huhu

    ReplyDelete
  16. hai saya baru pasang interpaid
    skrg sy xtau hendak membuat apa sila bagi tau saya langkah yang seterusnya

    nie email saya garasiutopia@gmail.com

    ReplyDelete
  17. #anonymous

    Assamualaikum dan salam sejastera...

    10 Things You Should Do Immediately After Installing Ubuntu 8.10

    1. Add the Medibuntu Repository

    Medibutu stands for Multimedia, Entertainment & Distractions In Ubuntu and is a repository of packages that cannot be included in Ubuntu due to legal reasons. We need to add this repository to enable MP3, DVD playback, install certain codecs etc.

    Take a terminal and enter:

    sudo wget http://www.medibuntu.org/sources.list.d/intrepid.list --output-document=/etc/apt/sources.list.d/medibuntu.list && sudo apt-get update && sudo apt-get install medibuntu-keyring && sudo apt-get update

    Now we’ll enable all repositories (including Universe and Multiverse repositories) that Ubuntu provides. Take a terminal and enter:

    sudo sed -i -e "s/# deb/deb/g" /etc/apt/sources.list && sudo apt-get update

    2. Enable Playback of Encrypted DVDs in Ubuntu 8.10

    Once the Medibuntu repository has been added as said above, take a terminal and enter:

    sudo apt-get install libdvdcss2

    3. Playing MP3, WMA, Real and Apple QuickTime Files in Ubuntu 8.10

    Once the Medibuntu repository has been added as said above, take a terminal and enter:

    For a 32 bit machine:

    sudo apt-get install w32codecs

    For a 64 bit machine:

    sudo apt-get install w64codecs

    For a PPC machine:

    sudo apt-get install ppc-codecs

    4. Install Skype in Ubuntu 8.10

    Once the Medibuntu repository has been added as said above, take a terminal and enter:

    sudo apt-get install skype

    5. Install Adobe Acrobat Reader in Ubuntu 8.10

    Once the Medibuntu repository has been added as said above, take a terminal and enter:

    sudo apt-get install acroread

    6. Install Google Earth in Ubuntu 8.10

    Take a terminal and enter:
    wget http://dl.google.com/earth/client/current/GoogleEarthLinux.bin && chmod +x GoogleEarthLinux.bin && ./GoogleEarthLinux.bin
    7. Install VLC Player in Ubuntu 8.10

    VLC is the media player that is said to play all media formats under the sky. Install it by running the following command from a terminal:

    sudo apt-get install vlc

    8. Installing OpenOffice 3.0 in Ubuntu 8.10

    Take a terminal and run:

    echo 'deb http://ppa.launchpad.net/openoffice-pkgs/ubuntu intrepid main' >> /etc/apt/sources.list.d/openoffice.sources.list && sudo apt-get update

    9. Install Flash Plugin for Firefox in Ubuntu 8.10

    The latest flash plugin (Flash player 10) can be installed using this command:

    sudo apt-get install flashplugin-nonfree

    10. Install Google Picasa in Ubuntu 8.10

    F-Spot sucks if compared to Google Picasa. Run this command from a terminal to get Google Picasa:

    sudo echo 'deb http://dl.google.com/linux/deb/ stable non-free' >> /etc/apt/sources.list && sudo apt-get update && sudo apt-get install picasa

    What else do you do immediately do after installing a new distro? Share with us in the comments.

    ReplyDelete
  18. mungkin ini berkaitan?

    http://www.shahidhussain.com/blog/?p=104

    ReplyDelete
  19. mmg best.. tapi kat laptop aku xleh lak.. aku nak kena cari graphic driver hahaha..nanti aku nak upgrade kernel..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...