Monday, May 17, 2010

PenyuLAN : Software CyberCafe Percuma [Windows]

Dalam dunia internet, kadang kala anda ke belgium melihat keynote oleh Mark Shuttleworth. Kemudian ke Silicon Valley berjumpa dengan Steve Jobs dan kemana sahaja lagi yang disukai sambil memuji-muji teknologi luar. Eh, rupa-rupanya orang tempatan juga tidak harus dilupakan dan kali ini izinkan saya memperkenalkan satu perisian yang dibangunkan oleh warga malaysia dan lebih istimewa orang ganung (orang kampung aku le 2).

Tanpa disedari rupanya ada satu team yang menamakan diri mereka Penyu Radius dan sekarang telah membangunkan 5 perisian seperti PenyuLAN (untuk cubercafe dan pengurusan dalam LAN), PenyuUSB (menghalang USB disalahgunakan tanpa kawalan), PenyuComm  (LAN Chat Application), PenyuScanner (Scan IP address), dan PenyuBuzz (err..masih dlm research).


Kesemua perisian diatas adalah untuk sistem operasi windows sahaja dan menariknya ianya percuma (walaupun bukan open source). PenyuLAN misalnya mempunyai fungsi untuk melakukan perkara berikut secara remote keatas client pc;

1.Lock dan Unlock skrin
2.Logoff
3.Restart
4.Shutdown
5.Menghantar mesej amaran
6.Capture skrin
7.Periksa program yang sedang run

Yup, ianya fungsi yang biasa terdapat di cybercafe yang membolehkan admin memantau kegiatan, menghadkan penggunaan dan sebagainya. PenyuLAN mempunyai 4 edisi iaitu Ganung Edition (4 pc sahaja), Keropok Edition (10 pc) dan Ikang Edition (20 pc).

12 comments:

  1. nakal betul. selaras dengan trademark ganung, penyu

    ReplyDelete
  2. PAndai jugak anak tempatan kita.. jom kita sokong..

    ReplyDelete
  3. ada tak cc kat malaysia yang guna ubuntu.....

    ReplyDelete
  4. hahah 2 la..mmg agak nakal tp nice!

    ReplyDelete
  5. yup.sokong produk tempatan yg kreatif!

    ReplyDelete
  6. hmm ada kot..tp xshow up..so kite xtahu lah..

    ReplyDelete
  7. Dah masuk lah LifeHacker software die ni..bagus²

    ReplyDelete
  8. yup kat sini kan?
    http://lifehacker.com/5541645/penyulocker-hides-folders-in-plain-sight-as-recycling-bins

    ReplyDelete
  9. ada sesape still simpan software ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade sesiapa tahu software cybercafe for ubuntu 12.04..aku nk setup kat pusat akses skolah

      Delete
    2. atau boleh saudara zulkifli attach or bagi source mana tempat boleh saya download penyuLAN versi keropok... hmm wine mungkin boleh run program PENYULAN kan? thanx wasalam

      Delete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...