Friday, June 25, 2010

Tahukah anda? Bill Gates sudah tidak ada kena mengena dengan Microsoft!

Bill Gates tidak perlu diperkenalkan lagi merupakan sosok paling familiar setiap kali kita berbicara tentang Microsoft, syarikat pengeluar sistem operasi paling femes dibumi. Namun masa yang terus berputar ligat meninggalkan kenangan lalu dan ketika ini, kita sudah boleh mengatakan Bill Gates sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Microsoft. Hal ini didedahkan oleh ITWorld.com dan mungkin kerana itu jugalah sosok ini bukan lagi manusia paling kaya di bumi.

Samada beliau disukai atau dibenci, kini Bill Gates menghabiskan hari-harinya dengan kerja-kerja amal di Bill and Melinda Gates Foundations dan juga menghantar dan mengambil anak sekolah.

Bagaimana pula Microsoft? Syarikat Microsoft kini dikuasai oleh sosok bernama Steve Ballmer. Lalu apa jua kemarahan anda terhadap sistem operasi windows ketika ini, diharap jangan lagi menyalahkan sosok Bill Gates yang tidak ada kena mengena dengan Microsoft. Salahkan Steve Ballmer yang mempunyai reputasi buruk dalam mendengar sesuatu yang beliau tidak mahu dengar.

Game seperti KillBillGates pula selepas ini harus menukar namanya kepada killsteves killballmer dan seumpamanya.

16 comments:

  1. hahaa ku tahu lama dah tapi tu la.. pelik betul kenapa orang masih pikir bill gates still pegang microsoft

    ReplyDelete
  2. sbb xde org lapor kot..klu kuar buletin utama mesti smua org tahu..ekeke

    ReplyDelete
  3. Kalau tak silap dia mengumumkan untuk bersara pada 2006. Tapi, extended sampai 2008.

    ReplyDelete
  4. sosok? susuk ke? poneng den baca eh!

    ReplyDelete
  5. hehe..masa utk perkayakan vocab bm bro...vocab bi mmg dah cun dah

    ReplyDelete
  6. aku baru tahu...
    asal la tak de kuar kat buletin utama..haha

    ReplyDelete
  7. Dah lama tahu sejak guna wallpaper ni. http://www.hostanyimage.com/files/vx1li4768qfl0luiulhh.jpg

    ReplyDelete
  8. huhu.. aku br tau deh..
    kalo x post ni, mmg x tau..
    so, kill ballmer! :))

    ReplyDelete
  9. nak marah buat apa Bill Gates ni
    dia dah kaya raya.. tak peduli pun ada virus ke tidak haha

    ReplyDelete
  10. huhu..

    aku betul2 xtau..

    killsteves.. kill kill die die... :D

    ReplyDelete
  11. tapi betol ke bahasa melayu? bunyi jer pon dah lain.

    ReplyDelete
  12. bro..rujuk sini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sosok
    kita ni sbnarnya byk dh xtau pasal vocal bm yg asli..agak sedih jgk..huhu

    ReplyDelete
  13. bill gates masih chairman kat microsoft... steve ballmer jadi ceo skrg nih
    http://www.microsoft.com/presspass/exec/billg/

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...