Thursday, January 17, 2008

Corak kepenggunaan sistem operasi

Dalam apa jua juzuk pembangunan software terkini dan tercanggih, windows dan mac osx mendominasi dalam kadar peratusan masing-masing dan dalam masa yang sama meminggirkan kewujudan linux yang seakan dianggap hanya sistem operasi bagi peratusan kecil manusia pelik dan terpisah dari teknologi.Tidak hairanlah apabila disebut "linux" kepada sesetengah orang, mereka hanya dapat membayangkan sebuah sistem operasi pelik yang hanya digunakan oleh orang-orang yang pelik.

Namun itu dulu.Jika masih ada orang yang beranggapan sebegitu samada dia tidak membaca atau dia tidak minat.Saya kira saya berada tepat pada kedudukan untuk membuktikan betapa dunia semakin berubah dan kerana itu saya ingin mengajak pembaca memerhatikan graf berikut;

(perbandingan perubahan bagi nov'07 dan dec'07-perhatikan peratusan perubahan mengikut OS berbeza dengan peratusan corak kepenggunaan)

Apa yang dapat kita lihat ialah peningkatan peratusan yang tinggi bagi Linux dan Macintosh.Mengapa peningkatan bagi Macintosh tinggi?Saya melihat ada beberapa faktor.Promosi,prestasi,mentaliti dan OS X Leopard yang dilancar pada 26 Oct 2007.
  • Promosi - Promosi get a mac yang mereka jalankan bukan sahaja menghiburkan tetapi salah satu perang saraf yang berjaya mengambar kelebihan macintosh(mac) berbanding pc(windows)
  • Prestasi - Sudah diketahui ramai Tiger adalah Sistem Operasi terbaik pernah dihasilkan macintosh dan kita boleh merujuk kepada mana-mana ulasan pakar mengenainya
  • Mentaliti - Mentaliti bahawa, pengguna Mac OS X hanya digunakan oleh golongan high class yang inginkan prestasi sebuah sistem operasi bebas virus, bebas spyware, GUI dan eye-candy terbaik dan sbg
  • OS X Leopard - Bulan pertama ia dilancar, 2juta DVD telah terjual dan promosi,kerja mereka terhadap leopard adalah yang terbaik,terbesar,dan paling berjaya
Natijah daripada faktor-faktor ini terpapar didalam graf diatas.0.5% daripada corak kepenggunaan sistem operasi beralih kepada Macintosh dan jumlah ini adalah cukup besar.

Namun...

0.06% beralih kepada linux merupakan satu keajaiban.Jika 0.5%(bagi macintosh) diwakili oleh 2Juta pengguna,0.06 diwakili oleh 240,000 pengguna komputer sudah beralih kepada linux.Tanpa faktor yang besar(tiada promosi sebesar yang apple lakukan), perubahan kehendak manusia seramai 240,000 orang merupakan satu keajaiban.Percayalah!


Antara faktor yang mungkin menyumbang kepada peningkatan corak kepenggunaan linux ialah Ubuntu.Graf diatas menunjukkan bagaimana ubuntu yang dilancarkan pada tahun 2004 telah mengemudi populasi pengguna linux dan ubuntu gutsy gibbon yang dilancar pada 18 Oct 2007 mungkin merupakan satu-satunya faktor yang mendorong perubahan manusia seramai itu untuk menggunakan linux.Tidakkah ia satu keajaiban?Mentaliti manusia sudah berubah.Percayalah!


NOTE:Baca dan fahami graf betul-betul.Saya takut kalau pembaca tak dapat tangkap ulasan saya :(

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

12 comments:

  1. Bro, saya mengikuti post anda sejak Nov 2007. Semakin hari semakin teruja untuk menginstall semula linux sejak saya meng"install" dan meng"uninstall" Ubuntu 5.04 beberapa tahun dahulu.

    Ubuntu 7.10 nampaknya semakin mantap eh!

    ReplyDelete
  2. yups...semakin mantap dan support yg semakin lengkap.

    btw, thanks sbb ikuti perkembangan blog ni dgn begitu lama :)

    ReplyDelete
  3. Wah semakin lengkap penerangan kamu disini...

    ReplyDelete
  4. emhh..aku rase nak isi kekosongan peratusan pada Fedora atau Red hat la pulak..hahahah

    ReplyDelete
  5. azhar : sedang mncari kepuasan utk menulis artikel berkualiti..huhu

    senyuman : dah give up ubuntu ke?hehe...try la sbb smuanya free..ekeke

    ReplyDelete
  6. damn you windows. memang ko akan jatuh gak nanti. hahaha

    p/s: aku nak mac...

    ReplyDelete
  7. ramzy, ko bukan blog lain ke dlu??dah tkar domain name ker?rebranding huh??

    nak mac bleh rujuk artikel sblm ni..cara install mac dalam pc

    ReplyDelete
  8. windows kene malware lak baru2 ni.. sedang guna ubuntu.. hehe.. shh..

    ReplyDelete
  9. haha...ubuntu insyaallah xde segala bentuk tupperware tuh...:)

    ReplyDelete
  10. blog dulu tu aku nak lepaskan. skrg aku nak terlibat secara serius dlm malaysia blogsphere. hahaha

    p/s: blog ni pon still dlm proses pengembangan..^_^

    ReplyDelete
  11. bagiku ubuntu popular bab canonical bleh bagi cd ubuntu free je kat owg. Kalu distro2 len buat camtu pasti bill gates pun akan ikut same bab takmo syarikatnya bankrap .. :-)

    ReplyDelete
  12. ramzy0:dah lepaskan talak berape??hehe...

    maklan:maybe btul maybe x jgk..org yg duk kt negara internet lembab jer yg perlu cd nii..yg lain main download direct jer..hahah

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...