Sunday, January 13, 2008

Melayubuntu PR3 dalam 3 bulan


Atau lebih tepat lagi, kurang daripada 3 bulan.20Hb ini genaplah 3 bulan melayubuntu didunia maya.Semalam, aku melayari blog cyperhackz dan terbaca entry beliau tentang Pagerank.Barulah aku teringat nak check pagerank blog aku.Alhamdulillah, PR3 dalam masa 3 bulan, atau lebih tepat lagi kurang daripada 3 bulan.

Jika dihitung mengikut teori matematik moden, blog ini akan mendapat PR6 dalam masa kurang dari 6 bulan dan PR9 dalam masa kurang dari 9 bulan.Namun oleh kerana graf masa(X-axis) melawan PR(Y-axis) tidak berkadar terus mengikut kecerunan yang ideal, maka teori matematik berkenaan tidak boleh diaplikasikan dalam kes ini.


Ok, dalam masa 3 bulan ni, bukan sedikit respon berbentuk pujian, cadangan atau juga kritikan yang diterima.Paling popular ialah "bila nak pakai hosting sendiri?!!".Belumpun sempat 1bulan aku bukak blog, orang dah cadangkan macam tu kat aku.Aku ucap terima kasih kerana ada yang ambil berat dan ingin melihat blog ini terus maju setanding dengan blog-blog terkemuka tanah air yang lain.

Aku menghormati setiap cadangan dan respon dan aku meneliti setiap baik dan buruk.Lalu aku buat keputusan untuk terus menggunakan perkhidmatan blogspot selagi ia ada.Ya, korang sudah tentu ingin bertanya mengapa bagi pendirian aku ni bukan?Kerana;
  • aku malas dah pikir pasal hosting dan domain yang menambah beban otak aku
  • aku menulis blog dan bukannya jual produk
  • aku nak hasil kerja aku kat blog ni dibaca oleh pembaca walaupun aku dah xde lagi kat dunia nih
Aku tahu, aku memiliki cara berfikir yang pelik.Namun kadang-kadang bagus jugak benda-benda pelik nih.Barulah ada variasi.

Korang yang baca blog kat blogspot mesti tension sebab susah nak bagi komen kan?Haha, sebenarnya senang je nak komen kat blogspot dengan menggunakan openid dan sekarang nih dah boleh letak nama sekali dengan url.


Jadi kesimpulannye, yoroshiku untuk hari-hari mendatang!!


Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

12 comments:

  1. Huhu.. Pagerank kita dah sama. Keep on tulis artikel yang lebih mantap.

    Tahniah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah bro. Bukan senang nak dapatkan pagerank. Kene banyak buat linkback dan promote website. ;)

    ReplyDelete
  3. mazudi : Thanks..dh sama ek..bagus2.Sama mara dlm dunia blogging..hoho

    Fauzi : Thanks..Haah,bukan senang.Tapi pasni maybe susah arr nak naik lagi PR nih.

    ReplyDelete
  4. wowww..satu percubaan yang bagus....dalam masa 3 bulan dapat pr3..teruskan perjuagan

    ReplyDelete
  5. Teruskan mendaki tangga page rank ya...

    ReplyDelete
  6. kita : thanks..bersama tingkatkn PR utk masa akan datang..

    Azhar : hehe..tgh mendaki nih..huhu

    ReplyDelete
  7. bagi syia kan.. page rank x penting isi kene penting ;)

    ReplyDelete
  8. syia : dan kalau kita ada kedua-dua skali, ia satu bonus kan? :)

    ReplyDelete
  9. Taszara pon PageRank 3.. hehe takat tu je kot taszara. pasnie susah lah nak naik

    ReplyDelete
  10. erm...2 pasal..pasni ssh dh nak naik..lagi-lagi la blog dlm bm mcm aku nih..tp aku anggap ia sbg cabaran..hoho..

    ReplyDelete
  11. huhu xpe.. nanti kita majukan blog bm nih. bagus betul sepenuhnya guna bm. respek seh blog nih. Penggunaan ayat yang sedap. kita teruskan usaha sama2. :)

    ReplyDelete
  12. thanks dekan...truskan memblog dan hasilkan artikel berkualiti tahap sirim..wakakak

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...