Thursday, January 31, 2008

RM0 untuk sebuah komputer? Satu Revolusi diperlukan!


{klik pada image untuk paparan lebih besar}
Image diatas diambil di negara Jepun, sebuah negara maju yang mengepalai kemajuan dari segi teknologi serta kekuatan ekonomi.Image diatas diambil dalam sebuah kedai menjual telefon bimbit dan apa yang ingin saya fokuskan ialah, sila perhatikan harga bagi setiap telefon bimbit yang dipamerkan.Anda akan mendapati harga bagi setiap telefon bimbit ialah ¥0 atau Zero Yen.Apa maksudnya??

Di negara jepun, kebanyakkan model telefon bimbit tempatan mereka adalah ¥0 berserta dengan syarat tertentu semasa pembelian.Syaratnya ialah, mesti setia dengan syarikat telekomunikasi yang menjual telefon bimbit tesebut untuk tempoh masa tertentu (2tahun etc).Sebenarnya pelanggan yang membeli telefon tersebut mungkin terpaksa membayar harga tambahan untuk setiap telefon bimbit yang dibeli dalam bil bulanan.Namun ia tidaklah begitu membebankan.Kerana itulah sekarang ini budak lepasan tadika di jepun pun sudah memiliki telefon bimbit (of course yang berkamera)!

Jangan terkejut jika anda boleh memiliki Nokia N73 tanpa perlu membayar apa-apa jika anda dijepun!Syaratnya hanyalah perlu setia dengan syarikat telekomunikasi tertentu (softbank,AU,Docomo) untuk jangka masa tertentu.Mudah, senang dan menarik.Membayar bil bulanan saya rasa tidaklah begitu membebankan sama sekali.

MOTIF


Apa motif saya membawa cerita ini kedalam blog ini? Disana ada idea menarik.Apa kata kalau objek telefon bimbit diganti dengan komputer! Kita mengetahui,tanpa sambungan line apalah yang ada pada sebuah telefon bimbit.Teori yang sama walaupun tidak begitu sempurna masih boleh digunakan bagi kes komputer iaitu, tanpa internet apalah yang ada pada komputer.Sekarang cuba fikirkan wahai manusia yang melaungkan kempen satu rumah satu komputer, letakkan harga komputer kepada RM0 dan ikat perjanjian servis internet untuk tempoh tertentu.Boleh masukkan harga ansuran komputer kedalam bil internet jika relevan.Dan sudah tentu, boleh gunakan ubuntu sebagai OS secara default.Bagaimana?

Jika di Jepun syarikat telekomunikasi mereka mampu meletakkan ¥0 yen bagi Nokia N73(RM1200~), takkanlah untuk sebuah komputer berprestasi biasa(yang terinstall ubuntu - RM1000 atau kurang) di malaysia susah untuk dijadikan RM0 bukan?

MASALAH


Saya tidak arif berkenaan salasilah sejarah internet dimalaysia, syarikat yang menyediakan servis itu dan apakah strategi jangka panjang mereka.Namun jika mereka benar-benar mempunyai fokus yang mantap untuk maju, sila fikirkan sejenak cadangan ini.

Teringat ketika interview untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan ketika itu kebetulan tajuknya ialah berkenaan pembangunan ICT.Ada tujuh orang termasuk saya dalam sesi terakhir perbincangan.Semua calon lain memuji pembangunan ICT di malaysia.Samada mereka mengampu atau tidak ada idea, saya tidak tahu.Tiba giliran saya sebagai peserta terakhir melontar hujjah.Saya mulakan dengan menceritakan asal usul saya iaitu dari kampung dan disusuli dengan mengatakan, Pembangunan ICT diMalaysia adalah tidak sekata dan tidak menyeluruh.Negara mengamalkan pembangunan secara terpilih dan mengabaikan kawasan-kawasan tertentu(kebanyakkan kawasan kampung yang didiami orang melayu dipinggirkan).Dan ianya adalah sebuah kebenaran!

Idea sentiasa ada, namun perlaksanaan bukan ditangan saya.Ini adalah masalah paling besar dalam idea ini =)

10 comments:

  1. menarik2. thn lepas, celcom ada buat promosi. rm 229 setiap bulan, laptop hp, perjanjian 2 thn. Yg tak thnnya kena guna kad kredit.

    ReplyDelete
  2. Yang saya tak tahan, kenapa mesti N73? He3. Btw bagus gak if Malaysia buat macam tu. Atleast semua orang ada komputer. Dan syarikat pembekal pun kenalah sediakan pakej yang berpatutan kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar. Mengikut kemampuan dorang.

    ReplyDelete
  3. bro, tau tak cmne na atasi masalah monitor out of range. Daku mengalami masalah itu bila na pasang 7.10. sekarang ni just dapat guna 7.04 je.

    ReplyDelete
  4. pergh...best gile kalo camtu sistemnya..tp agak tidak bebas la pengguna nk beli phone..cume mgkn murah dan berpatutan harganya
    smart2..

    ReplyDelete
  5. waa.. menarik kaedah marketing di jepun ye.

    Malaysia.. no comment. tak habis2 dengan masalah monopoli syarikat ISP, dengan servis yang teruk.

    pe pun, cadangan yang bernas ^^

    ReplyDelete
  6. nyway bro, care for a link exchange? i;m a fan of your blog

    ReplyDelete
  7. hoho...nampaknya idea "bujang"ku dapat sambutan...nnti korang kerja ngn syarikat2 berkenaan paham2 la nak bg cadangan..bleh jadi project manager tuuu kalau kene gaya...ekekke...

    #Azhar : haha...idea dah bernas sekerat jalan...

    #Fauzi : mengapa N73?sbb sepanjang yg aku N73 mmg derang bagi free masa ikat perjanjian..sbb tu aku letak contoh N73..ada lg hp berstayle PDA dr nokia tapi aku lupa model apa..huhu

    #Maklan : apa maksud ko ngn "out of range"?

    #Senyuman : mmm..bebas ke tak ek?aku tgk elok jer sistem tu..tapi kat jepun prepaid tak femes lansung..siyes!!

    #Sembangkom : malaysia ske main game monopoli..persaingan kurang sihat dan standard perkhidmatan low class..kt negara maju, servis best gilerr..siyes!! err...nanti aku add ko...

    ReplyDelete
  8. I once had dat problem too "monitor out of range" . . . but I settle it by installing usin the 2nd option . . . the one wif the "install using safe graphic mode" option . . . & it seem to solve the problem . . . dunno if it works fer ya com but it seems to work fer me . . . gudLuck!!

    ReplyDelete
  9. Tapi Rasenye Harga Komputer Sememangnya Murah & Berpatutan Kalau Kita Pandai Pilih.

    Kalau Rase Mahal Jugak Cubalah MAKCIK KOMPUTER Keluaran MIMOS. Hehe.. Lucu Gile Name..

    ReplyDelete
  10. kat jepun... orang letak tv flat screen depan rumah sebelah tong sampah dan masih boleh digunakan... lori sampah datang ambil terus hantar ke pusat recycle.

    kat sini orang dah mulai nak pakai plasma or hd tv... kat sana dah start buang2 jer... sebabnya teknologi disana pesat membangun...

    tapi yang sakit ati.. bila kena siaran tv malaysia.. gambar jadik kembang... sebab astro belum support gambar untuk pengguna hdtv lagi...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...