Wednesday, June 25, 2008

POP Dan Yahoo! Mail (UPDATE!!)

Atas permintaan ramai, saya menulis untuk mengenablekan pop anda dalam akaun yahoo! mail anda. Ia sebenarnya mudah dan tidak melecehkan jika anda ikut tutorial ini satu persatu. Pastikan JANGAN ada langkah-langkah yang ditinggalkan.

1. Buka akaun Yahoo! mail anda.
2. Masukkan nama pengguna serta kata laluan anda.
3. Cari dan klik 'OPTION'

4. Cari dan klik 'POP & Fowarding'




5. Cari dan Klik 'Set up or edit POP & Fowarding'. Firefox akan membuka lagi satu tetingkap yang lain berkaitan 'POP & Fowarding'.




6. Tick 'Web & POP Access'



7. Klik pada 'POP Setting'




8. Pastikan semua port sama dengan tutorial yang saya buat sebelum ini.





**PASTIKAN ANDA SETTING UNTUK POP DAHULU SEBELUM SETTING EVOLUTION
Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan Yahoo! Mail yang boleh didapati secara percuma seperti kebanyakan anda tetapi menggunakan .co.uk bukan .com. Saya rasa ia bukan satu masalah untuk perkhidmatan POP anda Forwarding. Saya HANYA pernah membaca tutorial mengenai setting GMail sahaja dan saya menggunakan konsep DIY untuk mendapatkan setting yang betul untuk Yahoo!. Sebelum saya berjaya menggunakan Evolution, saya mencuba dahulu didalam telefon bimbit saya dan hasilnya memuaskan dimana saya boleh membaca email saya dimana berada dengan sokongan GPRS @ 3G. Cuba ulangi langkah-langkah diatas jika berlaku sebarang masalah. Semoga berjaya!!

12 comments:

  1. salam... kenapa bile aku ikut step 5 die keluar...
    We Apologize
    The service you are requesting is not currently for sale.
    We apologize for the inconvenience.
    kenapa yer? camne aku nak enblekan mende nih?

    ReplyDelete
  2. eh kenapa aku x jumpa step 4. aku dah cari abis kat option tak de pun perkataan POP & Fowarding.

    Kau ni biar betul. Setahu aku yahoo mail yg free ni x boleh pakai pop. kalau gmail boleh lah.

    ReplyDelete
  3. off topic- camne nk amik screenshot utuk cube desktop..masih tercari2 benda alah ni

    ReplyDelete
  4. aku leh bt la..aku pnya pn free gak..xpnh byr pape kt yahoo! pn..cuma masalah bila pakai evolution ni ialah xleh sent msg,receive ok..xd prob..2 je..aku pn tg png pkir gak ni..ko tg la..jap ag aku bt tutorial bergambar plak..

    ReplyDelete
  5. kalau ad pape prob just bgtau la..aku try solvekan.tp xjanji la..semoga tutorial ini membantu anda

    ReplyDelete
  6. tErAzZaTaL : aku rasa yahoo.co.uk je kot yang boleh guna pop mail. sebab aku pakai yahoo.com dia tulis mcm gambar kat bawah:

    http://i292.photobucket.com/albums/mm33/alhakim_linux/Screenshot-2.png

    kena upgrade kepada Mail Plus baru boleh guna pop & forwarding.

    ReplyDelete
  7. adeh.. x sama gak option function yang ada pada layout yahoo mail aku dengan yahoo mail ko nih, hmm mungkin yahoo mail ko nih dapat cabutan bertuah utk pop kot?? hahaha

    ReplyDelete
  8. aah la..aku br je create akaun yahoo mail yang .com.bukan .co.uk..sama gak masalah yang berlaku..jap ag aku try create yg .co.uk plak..tgk mcm mana pegi..

    ReplyDelete
  9. untuk pengetahuan umum, yahoo.com tidak memberikan perkhidmatan POP secara percuma, ianya harus dibayar.

    namun begitu, yahoo.co.uk masih beri perkhidmatan yg percuma untuk POP.

    Tiada masalah pada setting, cuma anda yang menggunakan yahoo.com tidak ada perkhidmatan POP secara percuma.

    ReplyDelete
  10. ramainyer yg guna email yahoo.. daftar la gmail mulai skrg..hehehe

    ReplyDelete
  11. @melayubuntu:aik..pomot gmail nampak..hehe

    ReplyDelete
  12. adeh...yg guna yahoo.com ni berputih mata la huuu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...