Thursday, June 19, 2008

Splashy Menggantikan Usplash

Anda mungkin sudah bosan dengan gambar ini



dan ingin menggantikan dengan ini


*maaf gambar tak lawa sebab ambil guna handphone..

Atau ingin memasukkan gambar sendiri.. jadi sila baca sepenuhnya..

Untuk memudahkan anda membaca, artikel ini terbahagi kepada tiga bahagian dibawah iaitu cara menginstall splashy, cara mengubah splashy dan cara membuat gambar splashy sendiri. Tujuan saya memilih splashy berbanding Usplash adalah kerana splashy lebih mudah untuk diubahsuai berbanding Usplash yang merumitkan.

Cara Memasang Splashy.

pada terminal taipkan arahan dibawah:
sudo apt-get install splashy splashy-themes
*diingatkan package manager akan automatic membuang usplash daripada komputer anda.

apabila siap dipasang, anda perlu menambah vga=791 pada menu grub.

*vga=xxx ini adalah mengikut monitor screen komputer kita. anda boleh merujuk table dibawah untuk monitor screen anda.

Colours 640x400 640x480 800x600 1024x768 1152x864 1280x1024 1600x1200
--------+--------------------------------------------------------------
4 bits | ? ? 770 ? ? ? ?
8 bits | 768 769 771 773 353 775 796
15 bits | ? 784 787 790 354 793 797
16 bits | ? 758 788 791 355 794 798
24 bits | ? 786 789 792 ? 795 799
32 bits | ? ? ? ? 356 ?

*saya mempunyai monitor LCD 19" jadi saya memilih 791 yang mempunyai resolusi 1024x768.

sudo gedit /boot/grub/menu.lst

pada kernel list tambahkan vga=791


title Ubuntu 8.04.1, kernel 2.6.24-19-generic
root (hd0,0)
kernel /boot/vmlinuz-2.6.24-19-generic root=UUID=xxxxxxxx ro
quiet vga=791 splash
initrd /boot/initrd.img-2.6.24-19-generic
quiet


Kemudian restart komputer anda.






Cara Untuk Mengubah Gambar Pada Boot.

Anda boleh menaip

splashy_config --info

untuk dapat kan senarai splashy yang ada dialam komputer anda. dan menaip

sudo splashy_config -s namasplash

untuk setkan splashy yang baru anda. kemudian perlu jalankan

sudo update-initramfs -u -t -k `uname -r`


dan anda bolehlah merestart komputer anda selepas itu.






Membuat Gambar Splashy Sendiri.

salin salah satu file dalam /etc/splashy/themes ke Desktop. contohnya salin folder ubuntusplashy ke Desktop. dan ubahkan nama folder menjadi apa-apa nama yang anda suka. dalam contoh ini saya menggunakan nama myboot. anda boleh membuang semua gambar ubuntu dan file readme didalam folder itu. cuma yang perlu ialah file theme.xml. tujuan saya meminta anda menyalin seluruh folder tersebut adalah supaya anda dapat memahami struktur folder theme splashy ini.

kemudian masukkan gambar yang ingin anda jadikan gambar untuk boot nanti kedalam folder tadi dan diingatkan gambar mestilah dalam format png saiz yang sesuai mengikut screen monitor komputer masing-masing. saya menggunakan size 1024 x 768. klu format selain png sila convert menggunakan GIMP.

contohnya saya memilih gambar ini:



kemudian buka file theme.xml menggunakan gedit. dan cari baris seperti dibawah:


   <background>
<boot>mypic.png</boot>
<shutdown>mypic.png</shutdown>
<resume>mypic.png</resume>
<suspend>mypic.png</suspend>
<errorimg>mypic.png</errorimg>
<!-- resolution of the images. this value affects where
the progressbar will be drawn. If VALUE <= 0, then
percentages of the screen width and hight will be assumed -->
<dimension>
<!-- NOTE: x and y are not used by splashy -->
<x>0</x>
<y>0</y>
<width>0</width>
<height>0</height>
</dimension>
</background>



dan tukarkan nama gambar diatas dengan nama gambar yang anda inginkan. dalam contoh ini saya menggunakan nama mypic.png.
*anda boleh membuat setiap event gambar berasingan contohnya waktu boot gambar satu.png, waktu shutdown gambar dua.png dan anda juga boleh mengubah warna, saiz dan kedudukan progressbar.



savekan file tersebut dan buat salinan folder tersebut ke /etc/splashy/themes.

sudo cp myboot /etc/splashy/themes/

kemudian pada terminal type:

sudo splashy_config -s myboot

*myboot adalah nama folder tadi. anda perlu menggantikan nama ini dengan nama folder yang anda lakukan sebelum ini.

selepas itu kita perlu update initramfs supaya menggunakan gambar yang baru. jika tidak, gambar penguine yang asal akan terus dijalankan tanpa menggunakan gambar yang baru. update initramfs menggunakan perintah dibawah:

sudo update-initramfs -u -t -k `uname -r`

Kemudian anda bolehlah merestart komputer anda.

Selamat berjaya.

Sekian.


11 comments:

  1. perkhhh..aku xpnah try dan xpnah tahu ttg bnda nih...macho rr..
    leh customize ganti ubuntu ngn nama sndiri..hahaha

    ReplyDelete
  2. nak tanya,boleh install manual tak splahsy ni?

    ReplyDelete
  3. boleh tapi kena install dependencies dia dulu la..

    antara yang paling utama perlu diinstall dahulu ialah:

    1 - libdirectfb-extra
    2 - libsplashy1
    3 - splashy
    4 - splashy-themes

    sewaktu install dikomputer saya, hanya 4 packages ini yang diinstall.namun awak mungkin perlu atau tidak untuk install dependencies yang lain, untuk rujukan dan downloads .deb splashy ini sila ke

    http://packages.ubuntu.com/hardy/splashy

    ReplyDelete
  4. kalau kita install semua x de masalahkan.

    ReplyDelete
  5. salam...
    Terima kasih memberi info cukup bermakna. Tapi, saya cuba buat gak.. susah giler. Tak jadi la....Ni tahap profesional dah ni. (berkaitan dengan bahasa script)

    tapi apa-apa terima kasih memberi info yang menarik!

    ReplyDelete
  6. pcformula : sepatutnya takda masalah.

    ayem36 : cara ni agak senang. script(XML) tu anda hanya perlu ubah nama gambar sahaja.. yang lain tidak perlu.. anda mungkin perlu cuba sekali atau dua kali lagi.. insyaAllah berjaya..

    ReplyDelete
  7. ada error depencie.error masa download ke?
    komputer saya guna resolution 1280*1024
    lcd.table yg awk beri tanda soal.macam mana tu?

    ReplyDelete
  8. kalau kita guna SplashyCreator macam mana pulak.saya baru jumpa package ni.

    ReplyDelete
  9. pcformula : error dependencies maksudnya ada lagi software atau library yang diperlukan untuk splashy belum dipasang. anda dapat lihat dependencies ini dengan menaip arahan sudo apt-get -f install pada terminal. lihat dependencies apa yang diperlukan kemudian downloads daripada http://packages.ubuntu.com.

    anonymous : SplashyCreator adalah tool untuk generatekan XML file yang ada dalam folder theme kita. saya dah cuba memang bagus software ini, cuma kita kena setkan balik semua setting dia. saya syorkan kepada yang baru supaya copy dulu file XML daripada theme yang telah sedia ada kerana anda tidak perlu untuk setkan setting ini, lagi mudah.

    ReplyDelete
  10. pcformula : tentang vga code tu, anda tak semestinya memerlukan 32 bit untuk boot komputer, klu guna 16 bit pun gambar dia dah cantik untuk menayangkan gambar splashy kita. anda boleh menggunakan vga=795 atau vga=794

    ReplyDelete
  11. saya rasa saudara tidak menulis artikel dgn betul..
    sy sudah cuba..
    masih xtidak bole utk copy file myboot..
    sudo cp -r myboot /etc/splashy/themes/
    command diatas sy cuba baru boleh..
    saudara tertinggal -r

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...