Thursday, October 09, 2008

FOSS.MY 2008 : Mengumpul penggiat Open Source seantero malaysia

Anda mungkin sudah tahu, atau anda mungkin baru nak tahu. Apapun status anda sekarang, 8-9 november ini akan berlansung satu event yang besar lagi berprofile tinggi di Asia Pacific Institute of Information Technology (TPM Campus) anjuran FOSS Malaysia dan bakal mengumpulkan segenap penggiat open source seantero Malaysia.

Secara peribadinya saya diberitahu tentang event ini melalui bro wariola ketika menghantar tshirt beliau tempoh hari. Err.. Di pendekkan cerita, Saya dan bro wariola juga akan menyiapkan tshirt ubuntu dan fedora secara usahasama dan akan dijual ketika event berkenaan berlansung. Secara automatiknya (jika plan ini berjalan lancar), saya sekali 'terpaksa' mengembara ke KL untuk menghadiri event ini. (pandai jugak wariola cari jalan suruh aku datang).

Untuk keterangan lanjut tentang event ini, sila lawati laman http://foss.my/. Err.. Apakata kita pakat pi sana pakai tshirt ubuntu? Ahaks..!

12 comments:

  1. Boleh lah bentang tajuk "Assabiah dalam sumber terbuka."

    ReplyDelete
  2. aku ada final exam time 2.. huhhuhuhu.. xdpt nak dtg...

    @hasbullah.. dlm sungguh mksud tersirat 2...

    ReplyDelete
  3. nak duit raya http://adcash.org/reflink.aspx?mid=70756

    ReplyDelete
  4. @sebol : ahaks..bro..leh wat kertas keja nih. pastu present nnti. aku sokong! ahaha.

    @are rich k : yeke bro...huhu..sungguh malang nasibmu.. gd luck exam! hehe..

    ReplyDelete
  5. Assamualaikum dan salam sejastera

    Saya cukup berasa bangga dan terharu. Bukan apa, usaha saya akhirnya berjaya. Kelas saya (kelas pendidikan khas) telah diberi 3-4 buah desktop secondhand berjenama Dell. Dan saya akan format dan diisi dengan operasi sistem edubuntu. Dan saya rasa sekolah kami merupakan perintis sebagai kelas untuk Orang Kuat Usaha (OKU) mempunyai desktop berasaskan sistem edubuntu. Untuk pengetahuan pihak pembaca melayubuntu juga, pelajar kami adalah berusia sekitar 15 hingga 19 tahun seramai 18 orang. Akan tetapi saya hanya mempunyai edubuntu versi 7.04 sahaja ( maksud saya yang mempunyai repostories yang lengkap dalam bentuk dvd). Jadi saya ingin meminta jasa baik pembaca kerana saya ingin menginstall menggunakan edubuntu ibex atau hardy, akan tetapi saya tidak mempunyai repositories yang lengkap. Dan kelas saya juga tidak mempunyai sambungan talian internet untuk di update serta add atau remove program.

    Saya amat berharap kepada pembaca melayubuntu atau pengguna Edubuntu dapat membantu saya dalam mendapatkan repostories edubuntu hardy atau ibex yang lengkap samada dalam bentuk dvd atau cd. Atau membantu mengajar saya untuk mendownload repostories dan burn sehingga lengkap. Walaupun saya pengguna linux (xubuntu), akan tetapi ilmu berkenaan dengan mendapatkan repostories edubuntu yang lengkap saya masih lagi kurang. Dan jika pembaca melayubuntu atau pengguna Edubuntu ingin membantu anak-anak istimewa atau kami sendiri menggunakan edubuntu secara maksimun (berkaitan dengan aplikasi, tips-tips atau trick yang terdapat edubuntu) juga boleh menghubungi kami melalui email yang terdapat di laman web rasmi kami iaitu WWW.PKBP.SMKINTAN.EDU.MY. Bantuan anda juga saya juga ucapkan jutaan terima kasih dan hanya Tuhan saja mampu membalas. Kerana tidak semua insan di dunia ini mahu memberi sumbangan, tidak semua insan di dunia ini mampu memberi sumbangan. Terutama kepada anak-anak istimewa yang sekian lama dianggap sebagai manusia kelas ke tiga.

    ayem36

    ReplyDelete
  6. aku mmg nak pergi tapi..satu jer problem..on 8 tu aku ader team building lak...dah ar ATTENDANCE IS COMPULSORY!!..cam ner ar aku nak lari n g event ni. hahaha...

    ReplyDelete
  7. aku pun nak pi, harap2 8hb nanti aku tak kena shif masa tu. ;)

    ReplyDelete
  8. @ayem36 : bro..aku nak masukkan kisah ko dalam emaj bleh? nnti detail kita bincang balik okeh? aku tertarik dengan apa yg ko buat..agak terharu..huhu

    ReplyDelete
  9. alemak..
    ade exam laa pulok mse tuh..
    suruh diorg postpond dlu laa..
    weehehehe ;P

    tahniah pada ayem36 kerana berjaya memperkenalkan Edubuntu dalam sistem pembelajaran di sekolah!

    ReplyDelete
  10. Assamualaikum dan salam sejastera

    Terima kasih kerana prihatinan para sahabat. Saya cukup takut atau runsing jika pembaca melayubuntu menganggap permintaan saya di atas adalah seperti meminta simpati. Saya hanya meminta pertolongan untuk mendapatkan repositories sahaja. Mungkin membeli dari pihak saudara dan berkongsi sedikit ilmu tentang penggunaan edubuntu. Dan jika pihak saudara ingin membantu di luar dari perkara di atas saya tak kisah, tapi pihak saudara perlulah menghubungi pihak sekolah saya. dan setakat ini bahan rujukan saya hanyalah buku "Edubuntu dalam pendidikan" karya saudara Toosa (dalam bahasa indonesia) yang beliau sendiri hadiah kat saya beberapa tahun lepas. tapi edubuntu versi edgy.

    # Melayubuntu ~ Terima kasih, nanti sampai saya akan ambik gambar step by step sehingga siap dan Isya Allah saya sertakan sedikit cerita atau maklumat.

    # Jipang Menjerit ~ Terima kasih. Dan adalah salah satu sub-projek saya, dalam projek saya utama adalah penghasilan module penggunaan linux atau edubuntu dalam pendidikan. Dan perkara ini pernah saya war2kan dalam forum melayubuntu saya rasa awal tahun ini.

    # Wan@ubuntuseeker ~ Terima kasih kesudian pihak saudara. Nanti apabila saya sudah dapat komputer tersebut saya akan menghubungi saudara.

    Dan terima kasih semuanya.

    ayem

    ReplyDelete
  11. berminat nk t-shirt tu...da abis la plak. baru blaja2 guna ubuntu. skang Hardy Herin. teruja juga tgk ade kilang guna Fedora. hehehe.

    ReplyDelete
  12. @ayem36 : Apa yang boleh aku bantu ? kat skolah tu pakai openoffice tak ? .. buat tutorial open office ok gak nih . heheh.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...