Wednesday, October 22, 2008

Tempah Tshirt Ubuntu dan Fedora Sempena FOSS.MY 2008

Saya dan Bro Wariola sedang mengusahakan jualan Tshirt Ubuntu dan Fedora sempena FOSS.MY 2008. Berita baik kepada mereka-mereka yang belum mendapatkan tshirt ubuntu edisi sebelum ini kerana kali ini saya dengan kerjasama bro wariola telah menempah 200 helai tshirt ubuntu dan 200 helai tshirt fedora.

Saya mengekalkan konsep tshirt sebelum ini dengan melakukan sedikit perubahan dari segi penggunaan font. Tshirt adalah bewarna putih dengan corak seperti dibawah.

Manakala Tshirt Fedora pula tampil dengan style berkolar dengan 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih (rujuk laman web pre-order).

Harga bagi thirt ubuntu ialah RM21 sehelai dan setiap helai pembelian seringgit daripadanya akan disumbangkan ke tabung Komuniti Ubuntu Malaysia.

Bagi Tshirt Fedora pula, jika anda membuat pre-order, harga promosi bagi sehelai ialah RM35 (hitam @ putih) dan jika anda beli pada event FOSS.MY nanti harganya menjadi RM40 sehelai. Sedikit keuntungan dari tshirt fedora juga akan disumbang ke tabung komuniti fedora malaysia.

Semua urusan pre-order boleh dibuat menerusi laman berikut : Tempah Tshirt Ubuntu & Fedora

Mungkin ada yang bertanya mengapa saya mengekalkan design tshirt ubuntu yang lama dan masih menggunakan kolar bulat. Manakala tshirt juga masih dikekalkan bewarna putih. Ada banyak idea yang boleh dicetuskan tetapi beberapa orang kuat ubuntu malaysia mencadangkan agar design tersebut dikekalkan 'buat waktu ini' supaya tidak terdapat begitu banyak versi tshirt ubuntu. Jumpa anda di FOSS.MY 2008. Insyaallah saya akan berada disana pada event tersebut.

UPDATE : Tshirt boleh didapati secara pergi ke event FOSS.MY atau MENGGUNAKAN POS. Namun saya galakkan anda pergi ke FOSS.MY untuk menimba ilmu mengenai perkembangan Open Source di Malaysia dan dunia. Kedua-dua tshirt boleh didapati dalam saiz M, L, XL, XXL. Pre-Order hanyalah untuk tujuan 'booking' dan mengumpul maklumat. Check balik laman web diatas.

29 comments:

  1. adeh.. mahal la plak t shirt fedora ni.. tgah pokai la sekarang ni.. hohoho

    ReplyDelete
  2. Saya ada tempah tshirt Ubuntu Malaysia sebelum ni, tapi saiz dia agak kecik la... even utk saiz L! So, harapnya yg ni saiz dia kalau boleh besar la skit kot.

    ReplyDelete
  3. so tshirt ni leh collect time event nanti la..or ader post method

    ReplyDelete
  4. moga-moga dah terlepas event nie..hoho

    ReplyDelete
  5. aiyak..ape yang aku tulis nie..haha..aku nak tulis:
    "moga-moga tak terlepas event nie"

    jauh lari..haha, harap delete comment sebelumnya.. :D

    ReplyDelete
  6. post method boleh ker?

    ReplyDelete
  7. nak tny nie..
    korang hantar baju nie melalui pos ke?
    aku nak kesana jauh la..

    ReplyDelete
  8. lawa gak baju fedora tu kalau warna itam...tebal dak? kalau baju nipis2 ni aku tak selesa nak pakai....hahahhaha

    ReplyDelete
  9. Thanks ALL.. Utk Makluman, aku ngan wariola pertamanya fokus nak jual time event dan laman web kat atas tu utk pre-order. Pun begitu kitorang juga akan terima pembeli yang guna cara pos. Tapi harga pos tu kene bayar jgk la. 2 jer..

    ReplyDelete
  10. x syok la ko
    sombong nak mampus

    ReplyDelete
  11. X SYOK LA KO
    SOMBONG NAK MAMPUS
    TANYA APA APA BUKAN NAK MEMBANTU

    ReplyDelete
  12. zul..aku nak order cam ner...nak order by post method...nak kena buat preorder gak ker

    ReplyDelete
  13. FOSS.MY ni kat Shah Alam kan. Adeh, aku hanya mampu ke tempat2 yang berdekatan dengan LRT je.. huhu.

    ReplyDelete
  14. @hacker_125 : yup...buat preorder dlu ape2 kire pun..hehe

    @MK : hmm..ntah... aku xtgk lg peta lokasi... aku pun xde idea nk g camne..hahaha

    ReplyDelete
  15. wat car pool la...sapa2 ada keta yg leh tumpangkan rakan2 sila kenalkan diri..minyak tong2 la...hahhahhaha

    ReplyDelete
  16. huhuhu... baju ubuntu aku dah ader.. fedora pon aku belasah gak r (walaupun tak penah pakai fedora).. yang penting linux.. dapat kerex ngan member2 nanti...

    ReplyDelete
  17. xsabar2 nk pakai baju ni..bangga siott..wlpn xbrape mahir sgt ngn lubuntu..ehee..kalo sempat aku pegi FOSS08 tuh..tgh2 mngu xm tuh..huhu

    ReplyDelete
  18. smartlah weyh yg tshirt putih tu, rasa nak makan jew

    ReplyDelete
  19. kalo sempat aku singgah, huhu

    ReplyDelete
  20. @aman : hehe..mai la beb..leh knal2..ekeke

    ReplyDelete
  21. kenapa banyak anonymous ni?? tak puas ati pakai anonymous... bengo''!

    ReplyDelete
  22. selepas order tu boleh terus deposit duit ke ??

    ReplyDelete
  23. kalau datang aritu mmg leh amek la tshirt tu eh? takut datng2 ttbe je tshirt xde ..

    ReplyDelete
  24. @ruz : yup...lepas preorder bleh trus deposit duit pastu emailkan bukti pmbayaran... kitorang akan collect data pastu forward ke lngkah strusnya..

    @wafy : sbb 2 la kne preorder bro...booking cpt2..klu nk tgk dlu time event 2 aku xleh jamin yg stock masih ada..hehe

    ReplyDelete
  25. salam,
    cmne nk tempah kai pos...tingin sgt nk jai bju ubuntu 2...

    ReplyDelete
  26. @nokiadaun : guna borang pesanan yg sama..sila rujuk website kat atas tu...kt c2 ada penerangan..

    ReplyDelete
  27. hi melayubuntu, nak tanyalah apa pkmbgn ttg tshirt bagi yg mbayar/membeli secara pos?

    ReplyDelete
  28. hari tak selalu indah, bunyi yg parah bg aku.. tetap kecewa x dpt baju fedora black tuk size xxl.. sapa ada lebih wei..

    ReplyDelete
  29. ada lagi x baju ni klu nk order?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...