Sunday, January 13, 2008

Guna frostwire penganti limewire dalam ubuntu


Saya tidak tahu samada pengguna ubuntu lain juga mengalami masalah yang sama dengan saya atau tidak iaitu masalah berkaitan limewire.Berjaya diinstall tetapi tidak boleh digunakan kerana terdapat masalah paparan yang berkaitan dengan komplikasi java yang sekaligus membawa kepada paparan putih(atau kelabu) pada tetingkap limewire.Bermacam cara dicuba, mengubah konfigurasi itu dan ini namun tidak berjaya dan akhirnya give-up.

Frostwire, multi-platform ,open source, ialah peer-to-peer(P2P) file sharing program yang dibina berdasarkan kod-kod(source) daripada Limewire(yang juga open source).

Saya tidak pasti perbezaan limewire dengan frostwire secara detail, namun apa yang pasti ialah frostwire adalah altenatif kepada limewire, jika anda mengalami masalah yang sama dengan saya.


Apa fungsi frostwire?
Seperti juga limewire, frostwire adalah perisian p2p yang menyediakan platform perkongsian file(sharing is caring) atau dengan kata mudah, perisian mendownload.Melalui frostwire, file-file audio(mp3,wma,rm etc),video(avi,wmv,3gp,ogg etc),image(jpg,gif,png etc),document(doc,odt,xml etc) atau juga program(exe,dmg,deb etc) boleh didownload kedalam share folder(contoh) dan dalam kesemua file dalam share folder kita itu boleh didownload pula oleh orang lain.

AWAS: Jika anda pengguna windows, p2p bukanlah satu platform yang selamat untuk bermain-main.Tidak tahu apa yang sedang anda lakukan mengundang berjuta mudarat.

Mengapa?Jika anda search sesuatu file katakan "video chua soi lek" dengan anda setkan "all type" sebagai search filter, penyebar virus yang otak bergeliga dengan mudah menamakan virus mereka sebagai video_chua_soi_lek.exe dan apabila anda double klik padanya tanpa melihat file type terlebih dahulu, tebaboom..habislah pc korang.

Moralnya, jangan cari video yang tak senonoh kerana ia sangat merbahaya bagi kanak-kanak belasan tahun.(dan ia masih lagi merbahaya bagi kanak-kanak 20an yang belum kawin)

Download frostwire di laman mendownload dan pilih versi yang bertepatan dengan OS anda.Bagi ubuntu, sila pilih ubuntu dan jangan memandai-mandai pilih windows.File yang akan anda download ialah berbentuk .deb dan anda hanya perlu double click untuk menginstallnya.Selamat mencuba!

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

3 comments:

  1. limewire mmg free, tapi limewire pro kena bayar. frostwire gunakan features limewire pro tapi free.

    ReplyDelete
  2. oo yeke?xtau pun..thanks 4 the info =)

    ReplyDelete
  3. jgn downloads ehem2 dah la..x baik

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...