Thursday, January 10, 2008

InfoWorld's 2008 Tech Of The Year Awards


Telah menamakan Mac OS X v10.5 Leopard sebagai sistem operasi terbaik bagi tahun ini dalam kategori Platforms.Bukan sekadar itu, Steve Jobs juga boleh berbangga dengan satu lagi produk mereka iaitu Apple MacBook Pro yang telah dinamakan sebagai The Best Notebook Computer dalam kategori hardware oleh InfoWorld.

Bagaimana dengan team Microsoft?Mungkin ini masa terbaik untuk mereka bermuhasabah diri memikirkan sebuah sistem operasi yang mampu milik(bagi semua orang) dan mampu jalan(bagi semua komputer) supaya tidak terus diketepikan teknologi mereka tanpa apa-apa penghargaan.Ternyata windows saat ini hanya bergantung pada populariti untuk terus berada dihati dan dalam harddisk pengguna komputer, bukan kerana ia pilihan terbaik.

Pada 21 May tahun lepas, Majalah PCWorld telah menamakan Ubuntu 7.04 ditempat ke-16 dalam senarai The Best 100 Products Of 2007 manakala sistem operasi keluaran Apple iaitu Mac OS X v10.4 Tiger berada ditempat ke -9.Hairannya ialah, dalam senarai itu tidak kelihatan lansung kelibat windows vista yang diwar-warkan menjanjikan "wow" sebelumnya oleh microsoft.

Persaingan antara Microsoft dan Apple dalam teknologi sistem operasi sedikit berbeza sebenarnya.Jika difikir logik, kerja yang perlu Apple lakukan agak mudah berbanding Microsoft kerana Apple hanya perlu membangunkan sistem operasi untuk hardware keluarannya sahaja.Manakala Microsoft pula perlu membangunkan sistem operasi yang compatible(sesuai) untuk semua jenis hardware.Apabila difikirkan begitu, team Ubuntu adalah team yang paling sukar.Mereka perlu membangunkan sebuah sistem operasi yang sesuai untuk semua hardware dan percuma!Perkataan "percuma" adalah perkataan yang sukar dilafaz oleh golongan korporat yang mementingkan keuntungan.Percayalah!

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

5 comments:

  1. Nampaknya, mac dah semakin mengatasi microsoft... uhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. haah..tapi mac osx hanya untuk mac.. tu je disadvantage dia..:(

    ReplyDelete
  3. bile lah aku nak merase guna Mac Os Leopard.. hehe.. berangan jek..

    off topic skit..
    nape aku susah sangat nak update ek.. aku dah update banyak gak tinggal lagi beberapa update takle.. die cakap suh check internet connection.. boleh tolong bro.. aku dah guna repositories dari best server..

    ReplyDelete
  4. best server beerti best dr segi speed.
    try ubah server lain dan kalau boleh try dr main server..lmbt sket la tp aku penah alami prob ni.dapat diatasi bile tukar server..

    ReplyDelete
  5. Yeah! akhir nye berjaya jugak aku update semua nya.. tak tau lah apa aku buat.. yang penting sabo je.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...