Thursday, January 24, 2008

Membuka file Office 2007 menggunakan OpenOffice


Tidak dapat dinafikan ramai diantara pengguna ubuntu yang dual-boot windows dan ubuntu.Tiada apa yang salah kerana kita masih belum boleh hidup tanpa windows.Oleh kerana kita terpaksa menukar-nukar OS setiap kali ingin melakukan kerja-kerja tertentu, maka risiko komplikasi tetap ada dan antaranya adalah soal compatibility.Kerja yang dihasilkan dalam windows tidak boleh dibuka/atau tidak dibuka sempurna dalam ubuntu dan sebaliknya.

Tidak ada apa yang pelik dengan situasi ini.Kata pepatah "lain padang lain pula belalangnya".Sekarang kita mempunyai 2 padang dan ingin membela belalang yang sama dalam kedua-duanya.

Jika anda perasan, Microsoft Office 2007 menggunakan file yang berbeza dengan versi sebelumnya secara default.Jika anda membina satu file melalui Word dan save file berkenaan secara default, bentuk file yang anda save tadi ialah "NAMAFILE.docx".File bentuk ini tidak boleh dibuka oleh mana-mana versi Microsoft Office selain versi 2007(menganggap tanpa apa-apa trick diaplikasi).

Jika versi office yang lain sendiri pun tidak boleh membukanya, apakan lagi OpenOffice.Sudah tentu anda berfikir sebegitu bukan?Namun anda silap jika berfikir sebegitu!Sila download file odf-converter yang menepati system anda dari link-link berikut;
Gutsy 32 bits : Download
Feisty 32 bits : Download
Gutsy 64 bits : Download
Feisty 64 bits : Download

Download dan kemudian double klik untuk install.

NOTE : Paparan mungkin agak berbeza kerana perbezaan font.Harap maklum!

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

1 comment:

  1. Ada bagus dan ada yang tak bagusnya dua partition OS...

    Saya prefer 1 OS per PC.

    Pusing macam mana sekalipun Linux lebih menguasai windows. File linux windows takleh buka. File windows, sukati linux jer nak buka. Malah, kawan pernah hantar virus guna linux kepada pc windows...

    Aahhahahahah

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...