Posts

Showing posts from February, 2008

Cerita tentang laptop £99

Image
Baca artikel ini jika belum membacanya. Dengan misi, setiap kanak-kanak di UK perlu memiliki sebuah laptop, syarikat ELONEX dari eropah tampil dengan produk laptop £99 nya yang membuatkan ramai orang terpegun dengan frasa "mengapa sebuah laptop mampu semurah itu?".£99 jika ditukar kepada Ringgit lebih kurang RM630 dan sudah tentu masih murah jika hendak dibandingkan dengan model-model laptop yang lain dipasaran. Berbalik kepada persoalan utama tentang bagaimana sebuah laptop mampu semurah itu?Jawapannya ialah Sumber Terbuka / Open Source!Apabila disebut open source, yang menjelma dibenak kita ialah perisian yang percuma yang membenarkan kita melakukan apa sahaja padanya.Namun terdapat satu lagi kelebihan open source yang dimanipulasikan sepenuhnya oleh Elonex iaitu cirinya yang mampu digunakan dalam komputer berkuasa rendah . Teori-teorinya; Dalam entry saya terdahulu iaitu Tahukah Anda Ep.1 , saya menyebut tentang harga sistem operasi yang perlu dibayar ketika kita membeli...

Menambahkan kepantasan OpenOffice

Image
OpenOffice adalah altenatif kepada Microsoft Office dan bersifat multi-platform yang membenarkan pengguna windows, mac osx dan linux menginstallnya dalam sistem operasi masing-masing.Dalam Ubuntu, openoffice akan terinstall bersekali dengan terinstallnya sistem operasi ubuntu itu sendiri.Hari ini saya akan berkongsi tip tentang cara untuk menambahkan kepantasan openoffice dalam ubuntu(dan mungkin juga berhasil dalam windows dan mac osx). Cara-caranya. Buka Open Office Word - Applications > Office > OO.org word Processor Pergi ke Tools > dan pilih options Apabila window option keluar, pilih/highlightkan memory Undo: Number of steps = daripada 100 kepada 30, Graphic cache : Use for oo.org = 128MB, memory per object = 20MB, Cache for inserted objects : Number of objects = 20, dan Check Enable systray quickstarter Pilih/highlightkan Java pada baris yg sama dengan memory(dibawah).Pada Java Options, sila UNCHECK "Use a Java runtime environtment Klik ok dan restart OpenOffice da...

Adobe Air menemui versi 1.0

Image
Saya menganggap Adobe Air bukan lagi sesuatu yang asing di melayubuntu kerana sebelum ini saya pernah mengulas mengenainya.Jika ada pembaca terlepas entry tersebut, sila rujuk " Adobe Air dan satu revolusi ".Disaat saya menulis tentang adobe air dalam entry lepas, ketika itu adobe air masih lagi diperingkat beta dan sedang giat menjalani proses pembangunan aplikasi.Dengan munculnya versi 1.0 ini bermakna ia sudah benar-benar stabil untuk dicuba oleh pengguna windows dan mac osx. Versi Linux? TUNGGU!Pengguna linux macam mana?Terpinggir? Menurut linux.wordpress.com , Adobe Air versi linux masih lagi dalam peringkat pembangunan dan setakat ini ditahap alfa.Sebagai pengguna ubuntu linux, saya sangat teruja apabila mendapati team pembangun adobe air sedia membangunkan aplikasi hebat ini untuk linux. Senarai perisian Untuk senarai perisian yang boleh diaplikasikan oleh adobe air, sila rujuk sini .Mungkin masih belum cukup banyak.Namun, oleh kerana team adobe air menyediakan adobe ...

Pantaskan Linux dengan preload

Image
Linux itu pantas.Terimalah.Saya berpengalaman menggunakan XP, Vista, Leopard, Tiger dan Ubuntu linux.Linux adalah yang paling pantas dalam kategori Sistem Operasi komputer.Apabila saya membaca tentang Preload lalu saya tertanya-tanya, seberapa pantaskah benda pantas boleh dipantaskan?Meneliti baris pertama laman pembangun preload kita akan mendapati; preload is an adaptive readahead daemon. It monitors applications that users run, and by analyzing this data, predicts what applications users might run, and fetches those binaries and their dependencies into memory for faster startup times. Teori Komputer selama ini(dan masih lagi) sebenarnya berfungsi umpama robot.Ia melakukan kerja apabila diberikan input.Komputer juga sangat "adil" kepada kesemua aplikasi komputer.Tidak ada satu aplikasi pun yang dizalimi dengan tidak memberikan RAM yang mencukupi untuk dilarikan.Teorinya, setiap kali kita klik untuk larikan/run sesuatu aplikasi yang disukai(contohnya browser firefox) setiap...

e-MAJALAH mencipta rekod!

Image
Didownload sebanyak 194 kali dalam masa kurang 24 jam adalah satu rekod penerimaan yang memberangsangkan bagi versi percubaan e-MAJALAH MELAYUBUNTU .Rekod ini sekaligus mengatasi rekod tutorial saya tentang cara-cara install leopard kedalam PC yang setakat ini setelah 20hari saya upload mencatatkan rekod 453 kali didownload dan secara puratanya 25kali sehari. Saya merasa begitu teruja dengan tahap penerimaan yang sebegini memberangsangkan dan sedikit berasa malu kerana hanya sempat menyiapkan 4 halaman sahaja setakat ini untuk ditatap oleh pembaca melayubuntu. Tutorial Leopard Berbalik kepada tutorial Leopard, hampir 500 orang telah mendownloadnya tetapi saya masih belum menerima sebarang pertanyaan masalah atau laporan keberkesanan tutorial tersebut.Yang ada hanyalah laporan dan respon tentang betapa besarnya fail yang perlu dimuat turun.Ya, saya mengakui failnya agak besar iaitu sekitar 3.5Gig dan bukanlah satu kerja yang senang untuk memuat turun sesuatu fail yang sebesar itu apala...

Parsix muncul sebagai altenatif Ubuntu

Image
Semalam, Parsix , sebuah distro berasaskan Debian dan menggunakan persekitaran desktop Gnome telah dikeluarkan kepada umum dengan versi stabilnya yang pertama v.10 dan menggunapakai codename 'Ramon'.Distro ini disebut-sebut sebagai altenatif kepada ubuntu kerana ia dibangunkan berasaskan Debian dan menggunakan persekitaran desktop Gnome - sama seperti Ubuntu. Apabila disebut altenatif, kita mungkin ingin bertanya tentang kelebihan/kelainan parsix berbanding ubuntu.Antaranya; tema keseluruhan yang lebih moden - (saya menganggap tema default ubuntu agak keafrikaan Menyokong Persian keyboard kamus multibahasa xFardic dan errr...mungkin ada banyak lagi Sebenarnya saya agak teruja dengan tema default parsix yang cun melecun itu.Walaupun kesinambungan warnanya agak gelap, namun ia tetap tidak mengurangkan keecunan tema tersebut.Pun begitu, apabila berbicara soal gnome, kita tidak harus menganggap sesuatu tema default itu akan terus kekal begitu tanpa boleh diubah.Antara sebab saya me...

Download e-Majalah Melayubuntu V.0.1(beta)

Image
Masih banyak perkara yang perlu dieksperimenkan.Mungkin ini edisi mukaddimah kearah versi-versi lain yang lebih lengkap, panjang, menarik dan mudah difahami.Saya postkan versi percubaan ini dengan beberapa tujuan iaitu inginkan respon pembaca dari segi; wajarkah sesuatu seumpama ini(emajalah) ini wujud? adakah design dalam versi ini melampau? adakah pendekatan straight to the point itu sesuai? Berapakah bilangan muka surat dan saiz file pdf yang sesuai? Apakah emajalah boleh dikomersilkan?Jika ya, berikan sebab dan harga yang patut diletakkan utk setiap keluaran. Bla bla..banyak benda masih dalam peringkat eksperimentasi...terimalah seadanya =) NOTE:Sumpah aku xreti design..huhu Telah didownload : 390x and counting.. Berikan respon anda dalam ruangan komen.Terima Kasih!

AWN Dock dan beberapa Update

Image
Saya tidak pasti entah berapa lama saya tidak menggunakan AWN dock dalam sistem ubuntu saya.Mungkin sejak saya berpindah dari laptop ke desktop dan sejak itu saya tidak pernah menginstall AWN dock ke dalam ubuntu.Mungkin sejak akhir-akhir ini saya merasakan tidak perlu untuk saya menghiaskan ubuntu saya supaya kelihatan seperti mac osx kerana saya sudah memiliki OS idaman saya itu. Namun hari ini apabila saya menginstall AWN dock kedalam ubuntu, saya perasan terdapat beberapa pembaharuan dan update yang menjadikan AWN lebih bagus dari sebelumnya. UPDATE & Pembaharuan AWN Manager Saya dahulunya adalah peminat fanatik AWN.Oleh kerana itu saya cepat untuk perasan perubahan terbaru paparan AWN Manager ini.Jika dahulu applet yang activate dan deactivate kiri dan kanan, kini ia telah bertukar kepada atas dan bawah.Bahagian bawah adalah applet yang telah diaktifkan dan tersusun membentuk dock.Untuk mengubah susunan applet pada dock hanyalah semudah drag&drop. AWN Stacks Applet Prefere...

Tips Deskbar Applet dalam Ubuntu Gutsy

Image
Deskbar Applet adalah fungsi search yang baru dalam ubuntu gutsy gibbon.Namun kadang kala kita tidak menggunakan fungsi hebat ini kerana lebih senang menggunakan fungsi search yang sedia ada pada nautilus(file manager gnome).Saya kira Deskbar Applet lebih terkedepan dan pantas dalam mengindex sebarang bentuk search input mengatasi fungsi search explorer bagi windows.Oleh kerana ia hebat tetapi tidak digunakan, hari ini saya ingin menulis sedikit tentang tip-tip berguna yang boleh diaplikasikan kepada Deskbar Applet yang seterusnya akan memudahkan kerja seharian anda. Ubah aturan pencarian Secara default, aturan pencarian pada deskbar applet sangatlah mengelirukan dan bagi saya ianya seolah satu fungsi yang tidak berguna.Namun sebenarnya kita boleh menguruskan aturan item/jenis pencarian bagi deskbar applet supaya kewujudannya lebih bermakna kepada ubuntu. Seperti dalam gambar screenshot diatas, right click pada ikon deskbar dan pilih preferences.Kemudian satu paparan seperti screensho...

Mengundi? Enjoy this video!

Note:Jangan gelak sebelum tiba masanya.. .

Video Tutorial GIMP : Image Reflection

Image
Oleh kerana trend memasukkan unsur refleksi pada image semakin popular dikalangan designer, blogger dan sebagainya. saya telah membuat satu tutorial ringkas cara-cara memasukkan unsur refleksi pada image menggunakan perisian percuma GIMP. NOTE:GIMP boleh diinstall kedalam windows, mac osx dan linux! Tutorial GIMP : Reflection Image from melayubuntu on Vimeo . Daripada tutorial ini image contoh yang akan terhasil adalah seperti dibawah; Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Stellarium membawa Planetarium ke dalam komputer

Image
Di zaman kanak-kanak, saya antara kanak-kanak yang suka melihat bintang.Pertama kali ke planetarium ialah ketika di Darjah 6.Dan itulah juga kali terakhir saya kesana.Bukan kerana minat semakin pudar tetapi mungkin kerana tidak berkesempatan atau sebagainya.Namun kini saya tidak lagi bimbang.Dengan adanya sebuah komputer yang dilengkapi oleh apa sahaja sistem operasi windows, mac osx mahupun ubuntu, saya mampu menatap muka langit malam yang indah berserta bintang yang bergemerlapan menggunakan perisian Stellarium . Stellarium merupakan perisian yang akan merealisasikan projektor planetarium ke skrin komputer.Ia memaparkan secara realistik paparan langit secara 3D sama seperti anda menatap wajah langit malam dengan mata sendiri atau menggunakan teropong atau teleskop.Tidak cukup dengan itu, kita boleh setkan lokasi kita berada dan boleh menyaksikan kedudukan setiap bintang dan planet secara tepat dengan kadar putaran bumi yang sama dengan keadaan sebenar. Mungkin ada yang pernah mencuba...

Playonlinux : Install game dalam linux menjadi mudah

Image
Baru-baru ini saya menerima email daripada seorang pembaca melayubuntu mencadangkan saya mengulas dan mengkaji tentang perisian playonlinux.Sebelum saya menerima email tersebut, ikhlas saya katakan saya tidak tahu menahu apa itu playonlinux.Untuk menulisnya, telah menjadi amalan saya untuk pergi ke website berkenaan, membaca dan mencuba sendiri apa itu playonlinux supaya ulasan saya nantinya tidak menjadi ulasan yang "kosong". Playonlinux Ok, apa itu Playonlinux ?Masih ingat tentang ulasan saya tentang crossover dan wine ?Playonlinux bertindak seumpama crossover iaitu menjadi alat untuk memudahkan pengguna linux menginstall game windows dengan lebih mudah dan kualiti installasi yang lebih stabil. Installasi Untuk Ubuntu, dalam website playonlinux kita akan mendapati telah diletakkan link untuk download package .deb.Hanya perlu double click untuk install. Apa yang Playonlinux lakukan? Selepas install dan proses update sedikit sebanyak, pertama sekali ialah playonlinux akan me...

Linux dan Open Source terpinggir : Sumpahan apabila ia percuma?

Slashdot mengulas sedikit tentang satu artikel dalam blog An Amazing Mind berkenaan artikel bertajuk " Why Linux Doesn't Spread - the Curse of Being Free " yang benar-benar membuatkan saya berfikir banyak kali samada untuk mengangguk setuju atau menggeleng sahaja.Penulis artikel berkenaan merumuskan sebab mengapa linux tidak berkembang dalam frasa Linux is free, and humans tend not to equate free things with being valuable. Percuma lalu membazir Dalam kehidupan manusia, benda yang mudah didapati akan sukar mendapat penghargaan yang tinggi.Air adalah sumber yang mudah didapati dinegara tertentu dan kerana itu ia dibazirkan.Contoh yang lebih praktikal, seorang lelaki yang dapat tackle seorang awek dengan sekali tackle secara teorinya akan sukar menghargai kehadiran awek itu tadi.Setuju? Sistem operasi Linux dan perisian open source juga senang didapati secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa harga.Oleh kerana senang didapati adakah ia menjadi sebab mengapa ia tidak ber...

Google sponsor Codeweavers bangunkan wine

Disaat Microsoft tergedik-gedik ingin membeli Yahoo! dan disaat Apple mula menjadi gergasi dunia digital, Google tampil dengan beberapa kerja amal antaranya memperkenalkan gOS , Android dan terbaru menaja pembangunan wine untuk membolehkan beberapa perisian hebat seperti photoshop boleh diinstall kedalam linux dengan lebih stabil. Wine adalah satu perisian atau kelengkapan yang diperlukan oleh pengguna linux untuk membolehkan perisian windows diinstall kedalam sistem operasi berasaskan linux.Codeweavers adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk perisian crossover .Biarpun pada ketika ini kita boleh install photoshop kedalam linux menggunakan wine, namun kestabilannya tidak menyamai photoshop didalam windows.Lalu google tampil untuk menaja Codeweavers dalam pembangunan wine yang pada amatan saya antaranya bertujuan untuk meletakkan linux sebagai sistem operasi yang kompetitif kepada windows dan mac osx. Apabila projek ini siap kelak, antara perisian windows yang disebut-sebut dapa...

OpenOffice 2.4 Keluar Mac Ini

Image
Perisian Office Open Source paling popular iaitu OpenOffice bakal menyaksikan update kepada versi 2.4 Mac ini dengan menawarkan beberapa fungsi dan ciri baru yang lebih konpetitif.Dalam blog ini, saya telah menulis ringkas tentang OpenOffice 2.3 dalam entry lepas dan jika anda tertinggal sila rujuk kembali entry tersebut. Apa yang baru dalam 2.4? Ciri Eye Candy : 3D OpenGL Transitions untuk presentation Cara baru untuk pilih bahasa dan periksa ejaan terbalikkan paksi untuk chart Convert Document References in PDF Targets Create Relative Links in PDFs Export PDF Named Designations for Use in Links Export Page Names as PDF Bookmarks Show bars side by side (double column chart) Convert Text to Columns in Calc Exporting PDF/A for long-term archiving Backreferences in replacements Block selection mode Display equations for regression lines NOTE:Aku malas translate ke BM sebab aku bukan penterjemah =) Untuk ciri pertama(diatas), ini video previewnya. Biarpun ia masih jauh dari menyaingi ...

Video Tutorial GIMP : Drop Shadow dan Glow

Image
Tutorial GIMP : Drop Shadow from melayubuntu on Vimeo . Ini adalah antara siri tutorial GIMP yang saya ilhamkan dahulu dan diharap tutorial secara video beserta suara ini dapat memberi pemahaman yang lebih baik kepada orang yang mengikutinya.Jika tidak jelas, sila lihat menggunakan fullscreen. Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner Sebarang maklum balas diperlukan samada lebih baik tutorial secara bergambar biasa atau secara video seperti ini.Ada beberapa perkara yang saya masih bereksperimen dengannya dan kerana itulah saya perlukan feedback dari pembaca sekalian. Image "result" bagi tutorial diatas adalah seperti berikut;

Tema Kohlenstoff untuk Ubuntu

Image
Sudah agak lama saya tidak menulis berkenaan tema di dalam ubuntu.Kali terakhir saya menulis mengenai tema ialah bulan lepas berkenaan tema Gelatin .Entah kenapa saya begitu berminat dengan setiap tema gnome yang dihasilkan oleh seorang designer dari Jerman yang bernama "kim" ini.Dan kali ini dia muncul lagi dengan tema yang sangat memukau dan diberi nama Kohlenstoff yang bermaksud karbon dalam bahasa jerman.Lihat screenshot dibawah; Screenshot besar 1 Screenshot besar 2 Screenshot besar 3 Download Link; Sila ke laman berikut dan download link yang diberikan. http://kims-area.com/?q=node/32 NOTE : Saya tidak menggunakan enjin emerald untuk kali ini.Jadi jika anda tidak menggunakan emerald, sila download file untuk GTK/Metacity sahaja. Untuk proses pengaplikasian, saya sudah menulis dalam entry-entry lepas. Wallpaper? McDo Design Ikon? Rujuk entry lepas berkenaan ikon folder (mungkin anda telah miss entry tersebut.Kerana itulah saya menasihati anda supaya subscribe blog ini...

Santai : Belajar dari Apple

Baru-baru ini saya telah membeli Macbook versi 2.2GHz(kerana versi 2.0Ghz tidak boleh burn DVD) daripada Apple store melalui telefon.Kerja memesan agak straightforward dan lelaki dihujung talian kelihatan melakukan kerjanya secara amat professional.Diakhir perbualan, lelaki tersebut menambah, produk yang anda pesan akan sampai dipintu rumah anda esok ataupun lusa bergantung kepada jarak destinasi tempat penghantaran. Tindakbalas spontan saya ketika itu ialah "Wow!Cepatnya..!" Lusanya, saya menerima pesanan saya.Dihantar tepat seperti dijanjikan dan saya membayar tepat seperti harga yang tertera pada resit. Sebenarnya saya agak lama juga menjadi pemerhati dan pengkaji amatur kepada syarikat Apple.Bagaimana sebuah syarikat sepertinya yang menjual sistem operasi beserta hardware yang diciptanya sendiri dengan harga yang mahal tetapi semakin hari semakin mendapat sambutan.Bagaimana mereka melakukan? Branding(Penjenamaan) Saya rasa ciri ini perlu ada kepada semua syarikat yang be...

Perjumpaan Ubuntu Malaysia

Image
Saya tak pasti entah berapa lama saya tidak menjengah ke laman web ubuntu.com.my , portal ubuntu malaysia.Sebentar tadi entah bagaimana tangan ini terklik link ke website tersebut dan terpampanglah dimuka depan informasi berkenaan perjumpaan pertama ubuntu malaysia.Perjumpaan yang dirancangkan adalah seperti berikut; Tempat : FTMSK, UiTM Shah Alam Tarikh : 24 Februari 2008 Masa : 10Pagi hingga 6Petang Tentatif 10:00 AM - Ucapan alu-aluan dan taklimat 10:15 - 1st Presentation oleh Kaeru : Open Source dalam sektor kerajaan 11:00 - 2nd Presentation oleh Papit : Ubuntu di Rumah 11:45 - Hadirin berpeluang berkongsi cerita pengalaman menggunakan Ubuntu 12:15 PM - 3rd presentation oleh Adli berkenaan topik tba(?) 13:00 - Rehat bersosial 14:00 - Belum diputuskan (program sukan rakyat etc =) ) Sebelum saya bertanya berkenaan anda berminat atau tidak, mari kita renungkan kebaikan menyertai program ini terutamanya kepada mereka yang masih terkapai-kap...

Memahami GDM dalam ubuntu

Image
Apabila disebut GDM, mungkin masih ada pengguna ubuntu yang menggaru kepalanya yang tidak gagal menandakan tidak tahu menahu apakah itu GDM.GDM atau Gnome Display Manager adalah antara paparan yang terawal keluar sebaik sahaja pengguna menghidupkan komputer ubuntu mereka.Dalam bahasa mudah, GDM ialah login screen,iaitu paparan dimana memerlukan seseorang untuk memasukkan username dan password sebelum login ke dalam ubuntu desktop. Pada paparan ini terdapat satu menu iaitu "Options" yang berpecah kepada beberapa menu lain iaitu select language, select session, remote login via XDMCP, Restart, Shut Down, dan Suspend. Select Language(Pilih Bahasa) Contohnya kita ingin login ke dalam ubuntu yang menggunakan user interface dalam bahasa malaysia(melayu).Kita perlu install komponen bahasa melayu terlebih dahulu dalam sesi sebelumnya sebelum kita boleh login kedalam sesi bahasa melayu.Untuk install, sila ke System > Administration > Language Support.Kemudian pilih dan install b...

Jadikan Inkscape pengganti Illustrator dalam Ubuntu

Image
Saya akui yang saya tidak begitu berbakat dalam bidang reka bentuk(design).Mungkin kerana itu juga inkscape bukanlah salah satu perisian wajib bagi saya dalam ubuntu.Walaupun begitu, terdapat beberapa keadaan yang memaksa saya untuk me-reka bentuk sesuatu yang mana Gimp tidak mampu hasilkan. Dalam windows, Illustrator adalah perisian yang sangat popular untuk me-reka bentuk lukisan vektor dan sebagainya.Namun mampukah pelajar biasa atau syarikat kecil-kecilan atau pertubuhan non-profit memiliki perisian yang beharga $599 US Dollar ini?Jangan cakap banyak, sudah tentu tidak!Ya, saya akui yang illustrator dengan mudah boleh didownload daripada website torrent.Akan tetapi sampai bilakah harus begitu? Sistem operasi ubuntu datang bukan sahaja dengan beberapa perisian biasa malah disertakan dengan ratusan atau ribuan perisian lain yang boleh didapati secara percuma dan selamat didalam package ubuntu. Inkscape adalah salah satu diantaranya. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa keup...

Game : Alien Arena

Image
Jika ada sesuatu yang perlu diperbaiki dalam ubuntu, ianya sudah tentu berkenaan dengan kebolehannya untuk bermain game Pernah saya menulis begitu dalam artikel lalu berkenaan AssaultCube .Sebenarnya saya pernah mencuba satu lagi game iaitu Alien Arena dan ianya dapat dimainkan dalam komputer saya tanpa apa-apa masalah. Cara Install Alien Arena kedalam Ubuntu? Tersangat senang sesenang anda install game solitaire.Ini kerana Alien Arena berada didalam package ubuntu dan pengguna ubuntu boleh menginstallnya menggunakan Add/Remove Applications. Apa itu Alien Arena? Alien Arena adalah sebuah game berkongsepkan First-person Shooter(ala-ala counter strike).Kita boleh memilih samada bermain multiplayer secara online ataupun single player dengan bots komputer. Sebenarnya saya tidak pandai mengulas tentang game.Namun bagi mereka-mereka yang merasakan akan kehilangan dunia game mereka apabila mereka berpindah dari windows ke ubuntu, sebenarnya anda silap.Ini adalah entry kedua saya tentang gam...

Melayubuntu dapat "Pekerja Baru"

Image
Dapat mengagak kenapa saya tak update blog ini semalam? Insyaallah saya akan run Ubuntu dalam mesin baru ni setelah membuat sedikit kajian strategik..huhu.

Cara install Firefox3beta3 kedalam Ubuntu

Image
Baru-baru ini Mozilla telah mengeluarkan versi Firefox3beta3 kepada semua OS yang disokongnya iaitu Windows, Mac OS dan Linux.Saya secara peribadi telah mencuba menggunakan versi firefox3beta2 dan sekaligus merasai dan menggunakan ciri-ciri dan fungsi terbaru yang disediakan pelungsur laman web popular itu.Dalam beta2, tema bagi firefox masih tidak berubah.Namun dalam beta3, tema default bagi firefox3 berubah untuk semua OS. Mengapa mencuba sedangkan ia masih beta? ✔ Untuk membantu pihak mozilla mengesan dan membaiki sebarang kelemahan firefox ✔ Untuk membiasakan diri dengan versi terbaru sebelum terbitnya versi yang stabil ✔ Jika anda developer kepada extensions untuk firefox, kongfigurasi untuk setiap versi mestilah difahami dan dicuba. ✔ Walaupun ia masih beta, namun ia sudah cukup stabil dan selamat. ✔ Dan bagi saya sebagai penulis blog, mencuba sesuatu yang baru akan membuahkan idea yang baru! =D Cara install? Pergi kelaman Ubuntugeek.com dan ikuti tutorial tersebut.Harus diingat...

Cara tajamkan font dalam ubuntu

Image
31/12/2007 yang lalu, saya telah menulis tentang cara-cara melembutkan paparan font didalam ubuntu .Namun bagi sesiapa yang selesa dengan font style windows xp, saya cadangkan anda mengikuti tutorial bagaimana untuk menajamkan font didalam ubuntu didalam laman web howtoforge ini.. Apabila anda mengikuti tutorial tersebut, paparan font dalam ubuntu anda akan menjadi seperti paparan didalam windows xp seperti gambar dibawah; NOTE : Bagi sesetengah orang, font yang lebih tajam(sharp) sehingga menampakkan kesan pixel adalah lebih selesa untuk dibaca dan lebih sesuai untuk mata.Walaupun saya lebih suka font yang lembut, saya tetapkan letakkan link ke tutorial tersebut supaya pengguna ubuntu dapat memilih yang mana sesuai dengan kehendak mereka.Selamat mencuba!

Mengapa anda perlukan perisian RSS Reader.

Image
Kerana tidak semua orang mempunyai ketepatan firasat(untuk mengetahui setiap update bagi setiap laman web), dan tidak semua orang terlalu rajin untuk meloncat dari satu website ke satu website yang lain untuk mendapatkan berita terkini, dan tidak semua orang suka menguruskan ribuan bookmark yang kadang-kadang menyemak samunkan browser(pelayar laman web) mereka,lalu disana manusia mencipta web feed.Apa itu web feed?Saya gagal mencari istilah yang sesuai dalam bahasa melayu dan biarkan pengertian dari wikipedia ini yang merumuskannya untuk anda.. A web feed is a data format used for providing users with frequently updated content. Content distributors syndicate a web feed, thereby allowing users to subscribe to it. Making a collection of web feeds accessible in one spot is known as aggregation, which is performed by an Internet aggregator. A web feed is also sometimes referred to as a syndicated feed. Manakala RSS(Really Simple Syndication) adalah pecahan kepada web feed dan boleh dibaca...

Leopard 10.5.2 Released!

Image
Semalam, Isnin - Apple telah mengeluarkan update terkini Sistem Operasi versi 10.5 mereka kepada 10.5.2 dan boleh didapati melalui software update bagi mac osx masing-masing.Namun pengguna hack osx seperti saya, update yang memperbaiki hampir 300 bugs ini tidak boleh diaplikasikan tanpa apa-apa trick tambahan dan saya sedang menanti sesuatu yang stabil untuk dicuba. Mengapa saya menulis entry tentang hal ini didalam blog melayubuntu? Oleh kerana saya menulis tentang tutorial bagaimana untuk install Leopard kedalam PC sebelum ini ,lalu saya mengambil tanggungjawab untuk menghebahkan perkara-perkara berikut; jika anda mengikuti tutorial tersebut, jangan update ke 10.5.2 sehingga keluarnya crack yang stabil Keluarnya 10.5.2 bererti akan keluarnya Patched DVD yang lebih stabil untuk PC Sila ke forum Insanelymac dan ada sesuatu yang menarik menanti anda disana! Segala update dalam dunia hack osx akan dimaklumkan dalam blog ini dari masa ke semasa.

Menukar ikon didalam ubuntu : Folder

Image
Bosan dengan ikon tertentu dalam koleksi ikon ubuntu anda?Inginkan home directory yang seperti ini? Tips saya pada hari ini akan merangkumkan pelajaran-pelajaran berikut; tips menukar ikon dengan replace ikon dalam koleksi ikon tips menukar ikon melalui properties beberapa perkara asas lain yang sangat berguna untuk diketahui 1.Menukar ikon dalam koleksi ikon Apabila anda download ikon untuk gnome dan menginstallnya kedalam tema ikon, sebenarnya apa yang berlaku dalam proses install itu hanyalah proses extract file(contohnya ikon.tar.gz2) dan meletakkan ikon-ikon tersebut kedalam folder ".icons" didalam home directory.Folder ini tersembunyi secara default dan kita boleh tekan Ctrl+H pada keyboard untuk melihat file yang tersembunyi(hidden file) dalam home directory. Kandungan folder koleksi ikon biasanya mengandungi; folder 16x16 folder 22x22 folder 24x24 folder 48x48 folder scalable(ikon 128x128) index.theme Setiap folder tersebut mengandungi ikon bagi keseluruhan sistem(wal...

RSSOwl : RSS Reader yang mengagumkan!

Image
Ketika saya mengenali Liferea(Linux Feed Reader) buat kali pertama,saya merasakan ia merupakan perisian RSS Reader terbaik untuk linux.Namun kini saya tidak pasti lagi dengan perkara tersebut kerana saya telah menemui RSSOwl , RSS Reader multi-platform bukan sahaja untuk linux malah untuk windows dan mac os x.Lalu saya putuskan satu kesimpulan yang saya rasakan adil bagi keduanya; Jika ingin perisian rss reader yang simple - Liferea Jika inginkan perisian rss reader yang lebih advance - RSSOwl RSSOwl dan ciri-cirinya Frekuensi Update sekerap 1 minit(minima) Kemampuan download hampir 5300 artikel dalam 1minit(tanpa image) Mempunyai fungsi extensions yang boleh diinstall untuk menambahkan fungsinya sebagai rss reader Mempunyai fungsi label yang boleh diuruskan , ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa sendiri Fungsi filter(tapisan) untuk membezakan setiap artikel yang dilabel, telah dibaca dan sebagainya 2 pilihan layout yang boleh dipilih - 3 kolum atau 2 kolum Fungsi Saved Search ...

Tutorial Gimp 1 : Menggunakan Menu Xtns

Image
Hari ini saya akan menulis ringkas berkenaan dengan gimp dan apa yang boleh kita lakukan dengan gimp.Berbanding dengan photoshop cs3 yang berharga $649, gimp merupakan perisian memanipulasikan image yang boleh didapati secara percuma dan tiada siapa yang akan menyaman anda kerana menggunakan gimp. Salah satu ciri yang saya suka tentang gimp ialah menu Xtns yang membolehkan kita membina buttons, Logos, Misc, Patterns atau juga Web Page dengan senang sekali iaitu hanya memasukkan nilai-nilai parameter yang dikehendaki dan dengan satu klik ia akan mengeluarkan hasil.Cuba lihat contoh dibawah. Katakan saya ingin membina Logo yang berbentuk tulisan untuk melayubuntu.Saya hanya perlu pergi ke Xtns > Logos > 3D Outline (contoh).. Masukkan parameter yang dikehendaki dan setkan seperti mana yang kita mahu(termasuk font dan pattern) seperti dalam gambar. Dan sebaik sahaja saya klik butang "OK", hasil yang dijanjikan akan keluar. Melalui menu Logos itu, dengan 3 step yang sesimp...