Thursday, June 19, 2008

Lebih 8 juta download dalam 24 jam : Firefox 3 kearah rekod dunia

Laman web spreadfirefox mengumumkan dalam masa 24 jam yang lampau firefox 3 telah menerima lebih dari 8 juta download. Meskipun saya menggunakan ubuntu (yang mana update setiap perisian diurusselia oleh update manager), namun saya tetap download firefox 3 didalam mac osx sebagai tanda sokongan kepada kempen mencipta rekod dunia oleh pembangun firefox.

Jika satu installer firefox 3 bersaiz 17.2MB (dalam mac osx) didarab dengan 8,000,000 , maka jumlah perpindahan data yang berlaku selama 24jam tersebut ialah 137,600,000 MB atau 137,600 GB atau 137 TB.

Bagi jumlah download mengikut negara pula, US mencatatkan lebih 2 juta download manakala malaysia 30,000 download. Yang peliknya, negara yang mempunyai rakyat yang ramai seperti indonesia hanya mencatatkan 21,000 download sahaja. Mungkin angka-angka ini boleh menjadi indikator kepada beberapa perkara termasuk populariti sumber terbuka, kelengkapan internet bagi sesebuah negara dan sebagainya.

Pun begitu, saya benar-benar kagum dengan mereka yang mencetuskan idea ini dan semua mereka yang terlibat untuk merealisasikan impian tersebut termasuk menyediakan server yang mampu menampung jumlah bandwidth sebesar itu. Syabas!

5 comments:

  1. jangan tgk indonesia, singapore pun lebih dari malaysia

    ReplyDelete
  2. Tapi malang bagi pengguna Windows. Vulnerability yang pertama dah muncul. Dan yg pasti ia tidak akan menjejaskan pengguna Ubuntu/Linux

    ReplyDelete
  3. Indonesia sebenarnya bukan tak banyak yang menguduh Firefox 3. Tapi hal ini disebabkan koneksi internet yang cepat di indonesia masih hanya kalangan tertentu yang bisa menggunakannya.

    Selebihnya masih menggunakan dialup dan gprs. dengan koneksi dialup or gprs, berapa lama untuk download firefox saja.

    Tapi saya yakin, walaupun yang menguduh firefox dari Indonesia sedikit. Tapi pengguna Firefox sudah banyak yang pake disini.

    Banyak jalan menuju roma, banyak cara untuk mendapatkan Firefox3 juga. Pisss.... :D

    ReplyDelete
  4. aku belum mendownloadnya. tapi akan mendownloadnya nanti.

    kau sudah dapatkan sijilnya? sebagai penghargaan kau menyumbang dalam mencipta rekod dunia itu....


    -----------------------------------
    syam @ http://aeropama.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. aku mmg nnti2kn ffx3 nih..dr dl dah.
    tp kearah rekod dunia? abis skg sape pgg rekod dunia? cite skt bro. nk tawu gak

    p/s: ffx3.exe 7.14mb je.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...