Thursday, June 05, 2008

Sembang kenaikan harga minyak


Saya tidak begitu pasti adakah perlu saya menulis entri ini. Namun hidup saya sudah pasti terkesan dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan semalam dan berkuatkuasa hari ini. Diantara tidak pasti dan pasti, harga minyak tetap naik. Manakala membendung kenaikan harga barang ketika ini adalah satu tindakan "ingin lansing ketika mengandung". Bukan sahaja harga barang, harga perkhidmatan pengangkutan dan semua harga yang mempunyai kaitan dengan penggunaan minyak akan turut naik. Ianya lumrah! Terimalah!

Elemen penting pemangkin pembangunan sesuatu kawasan (negara) adalah kemudahan untuk bergerak. Tidak guna nun 100KM dari rumah anda terletaknya pasaraya murah. Teorinya, kemudahan pergerakkan adalah lebih prioriti dari infratruktur! Saya memandang serius logik kerajaan membenam berbillion ringgit untuk koridor (timur, barat, utara, selatan) dalam masa yang sama menyempitkan ruang pergerakkan rakyat.

Bukalah karya Ibnu Khaldun - Al Muqaddimah yang menyebut jelas :
tahap harga yang stabil dengan biaya hidup yang relatif rendah menjadi pilihan bagi masyarakat dengan sudut pandang pertumbuhan dan keadilan dalam perbandingan masa inflasi dan deflasi. Inflasi akan merusak keadilan, sedangkan deflasi mengurangi insentif dan efisiensi.

Anda membaca Laporan Audit Negara 2006 yang mendedahkan bagaimana screwdriver yang berharga RM40 dibeli dengan harga RM224.94, Kamera Dfigital yang berharga RM2990 dibeli dengan harga RM8254.29, kren berharga RM2.73 juta dibeli dengan harga RM2.99 juta dan banyak lagi (akan penuh page jika disenaraikan kesemuanya-rujuk laporan).

Anda juga tahu tentang isu jambatan bengkok yang dibatalkan projeknya separuh jalan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar beratus juta (RM300 juta kalau tak silap) kepada pembangun. Anda juga membaca tuduhan bagaimana isu kapal selam yang menyebabkan kehilangan RM540juta dan isu jet sukhoi yang menyebabkan kerajaan kehilangan wang sebanyak RM400 juta atas nama komisen kepada syarikat juru runding.

Jika ditanya kemana keuntungan petronas, sudah tentu ada suara ganas yang menggelepar menuduh kita hanya tahu menyalahkan. Jika ditanya kemana keuntungan minyak sawit (malaysia pengeluar sawit tersebesar dunia), oh, itu rahsia rasmi kerajaan. Membocorkannya menyebabkan pegawai kerajaan boleh disabitkan dibawah akta OSA.

Kita semakin tahu dan semakin faham dengan sejelas-jelasnya. Something is going wrong in this country. Very very wrong! Arghhhh...

11 comments:

  1. no komen.. pakcik dari semalam masih lagi teremosi dengan harga minyak nie.. kata blan 8.. tup tup blan 6 naik.. ape cer....

    ReplyDelete
  2. @uncle : hmfffff...gua pun sama beb.

    ReplyDelete
  3. Something is going wrong in this country. Very very wrong! Arghhhh...

    Aku sokong 200%


    Slaq
    Melayu Boleh

    ReplyDelete
  4. wah cantik lah blog hang ni aku linkkan ye enjoy reading la....

    ReplyDelete
  5. @melayu boleh : huhuhu..sokong2..

    @azlina : thanks.. datang la slalu..huhu

    ReplyDelete
  6. tau takpe, kate bulan 8, tetiba plak smalam terus naik, bulan 8 ntah2 naik lagi, ready je la kawan2, org tua tu dh nyanyuk tahap cipan,tak pon sebab nk balas dendam kat rakyat coz tak bagi dier menang besar, seperti mana yg dier idam2 kan....

    ReplyDelete
  7. La! Ingat blog melayubuntu tak ulas cerita pasal kenaikan minyak. Saya sebenarnya malas nak komen, cos sedih sangat pasal kenaikan minyak ni. Pernah saya menangis kerana membaca luahan rakyat marhaen seperti saya ini. Berikut adalah rintihan beliau.

    Corpetro said... saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.

    isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....

    Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...

    Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik...

    ------------------------------
    Kuda Trojan Mula Pening!
    Nak tahu kenapa, sila ke blog
    http://kuda-trojan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. takder kata nak cakap dah.takleh nak imagine apa kesan utk setiap isi rumah kat malaysia nie.takut..sedih..and macam2 lagi.

    @kuda-trojan,feel sorry for you.semoga dipermudahkan segala urusan.

    good luck utk semua rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  9. ini menunjukkan kena cari la alternatif selain minyak untuk pembakaran enjin yg efektif.petrol semakin berkurang.
    NGV dh ada,tp x meluas.kereta nak convert NGV mahal,pastu kene pulak beratur panjang bila nak isi NGV.

    ReplyDelete
  10. aduss..
    alasan yg xbole diterima
    1. kerajaan masih lg menanggung subsidi
    2. hrga myk mesia murah dari negara serantau
    toloonggg la..alasan yg memualkan..
    bangkitla wahai bgsa mesia..12julai kt kumpul ramai2

    ReplyDelete
  11. Ha3
    Masuk gak entry politik dalam ni. Takpe. Kita jangan masuk politik.

    Ubah gaya hidup. Jimatkan wang dengan menggunakan ubuntu. xyah perlu bayar duit utk software windows dan segala macam mak nenek.

    Terima kasih BN(UMNO) kerana memaksa kami mengubah cara hidup. Hidup ubuntu!

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...