Thursday, March 12, 2009

Subtitle Editor dalam Ubuntu.



Ramai yang bertanya saya tentang subtitle editor dalam ubuntu. Meskipun jawapan kepada persoalan tersebut boleh diperolehi dalam masa kurang dari seminit > pergi ke laman web getdeb.net > taipkan "subtitle" dalam ruangan search, namun kelihatan tidak ramai yang suka mengusahakannya sendiri. Saya melakukan langkah tersebut dan menemui aplikasi Subtitle Editor yang berfungsi sebagaimana namanya.

Harus diingat, aplikasi ini berbeza dengan cara memasukkan text ke dalam garisan masa sesuatu video klip menggunakan video editor. Saiz font dan font adalah statik, yang dibenarkan hanya text dan sebagainya.

Selain menghasilkan subtitle baru untuk sesuatu klip video, anda juga boleh membuat editasi keatas fail subtitle sesuatu klip video. Aplikasi ini turut mempunyai fungsi gelombang bunyi secara grafik yang memudahkan pengguna untuk menyeragamkan subtitle yang terbit dengan percakapan dalam satu-satu video klip. Saya tidak akan mengulas lanjut berkenaan cara menggunakannya kerana anda boleh mencubanya sendiri jika anda benar-benar perlukannya.

3 comments:

  1. http://mycroft.mozdev.org/search-engines.html?name=getdeb

    terima kasih xord

    ReplyDelete
  2. salam bro,sya cube video .mpg,avi tak leh pun. video jenis ape yg kita boleh edit erk?

    ReplyDelete
  3. lari topik skit...

    Aku ni dan masuk thn ke 4 langgan majalah pc dan chip..walopun kedua2 pro windows...tp ade jugak oss software diaorg cite...tp skit2 je la...maybe x bnyk request/info kot...aku ni bace sebab kat pc opis still gune windows..laptop aku je ubuntu...pc kat umah plak dual boot (games punye pasal..heheh)..

    Tp yg aku tertarik...keluaran MAC majalah CHIP yg br sanmpai kat opis aku...ade seksyen tutorial untuk install "UBUNTU" empat muka surat...walaupon tutorial tu untuk dual boot dgn vista..aku hepi jugak sekurang2nye Ubuntu ni masuk jugak kat majalah IT yg top gak kat mesia nih "walaupon dlm bahase inggeris"...So secare x langsung..orang akan terbace jugakla pasal ubuntu ni...dan ko akan teruskan usaha ko ZUL utk sebarkan sumber terbuka nih...Good Luck!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...