Sunday, March 22, 2009

Usah hidup hanya untuk diri sendiri : Jom Terjemah Ubuntu!



Jika tidak pandai bahasa pengatucaraan (programming lang.), tidak pandai rekabentuk (design), tidak pandai mengarang (untuk disumbang kepada wiki) menjadi alasan untuk kita terus menjadi diri kita yang semalam, takkanlah terjemahpun BI-BM pun kita tak pandai. Salah satu artikel menarik dalam wiki ubuntu malaysia ialah penerangan ringkas bagaimana anda boleh menyumbang menjadi penterjemah kepada ubuntu di launchpad.

Sehingga artikel ini ditulis, terdapat hanya 40 orang penterjemah yang terdiri daripada otai-otai ubuntu malaysia. Dengan penulisan artikel ini dalam blog melayubuntu, saya mensasarkan angka tersebut akan menjadi tidak kurang dari 100 penterjemah sehingga hujung Mac,2009.

Kerja terjemah adalah sesuatu yang cukup unik. Ianya tidak terhad kepada pengguna ubuntu sahaja, dan tidak terhad ketika anda menggunakan ubuntu sahaja. Sesiapa sahaja, selagi anda tahu menaip dan tahu tafsiran dalam bahasa inggeris ke bahasa melayu (kamus berlambak), anda boleh dan digalakkan untuk menjadi penterjemah. Kita harap, kerja-kerja terjemah keseluruhan ubuntu akan selesai sepenuhnya apabila ubuntu 9.10 Karmic Koala dilepaskan Oktober tahun ini.

Sumbangan anda hari ini akan membantu insan lain dimasa hadapan. Sekurang-kurangnya anda boleh berbangga bahawa anda pernah menjadi penterjemah kepada ubuntu dihari tua nanti. Jom terjemah ubuntu!

15 comments:

  1. K dah masuk bebrapa bulan (kot) lepas.. tapi still tak pandai nak guna launnchpad punya translator tu.. tak de tutorial ke macam mana nak masuk, nak tengok apa leh translate, macam mana nak bagi cadangan translate. dan semua2..

    K dah pening berapa lama.. lama2 macam bosan nak guna.. :)

    tapi disebabkan ni mungkin akan masuk lagi

    ReplyDelete
  2. Saya akan menyahut seruan zul tu.Memelayukan ubuntu.

    ReplyDelete
  3. @SyaFia: Insyaallah team Ubuntu-my akan update mcm mana cara utk gune launchpad utk terjemahan Ubuntu ke bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Saya pun x biasa dengan launchpad ni. Baru daftar.

    ReplyDelete
  5. Gunblade - thanks :)

    FYI dalam tu saya gunakan nama Muhammad Syafiq Zainuddin

    ReplyDelete
  6. Ye saya pun baru cuba translate.. jom memeriahkan lagi geng terjemahan ubuntu

    ReplyDelete
  7. bagus2...skrg ni dh ada 50 org yg jd ahli utk team terjemah...kita perlukan 50 org lg..bleh ke x ni?huhu..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Alrite dah join... best gak translate nih.. tambah gk word dlm bi... go ubuntu...

    ReplyDelete
  10. @Tuah : Bagus tuah..truskan menyumbang!

    @Jipang : apply cpat sket..hahaha

    ReplyDelete
  11. @ZULMALC : aku da lame translate..ekeke

    kalau sesiapa yang join ms-traslator sebelum ni, ada satu app's translator untuk offline user (macam aku ni)..jadi tak perlulah harapkan internet nak buka launchpad..nanti akan berikan macammana nak buat..zul, amik note! ekeke ;P

    ReplyDelete
  12. Salam, sahabat sekelian satu jer masalah yang kena selesaikan dulu ... iaitu kita perlu selaraskan istilah2-istilah IT ni. Agak sukar nak terjemahkan kalau ada lebih dari satu istilah dalam bahasa melayu.

    ReplyDelete
  13. Sbgai wakil kepada kjkm, aku sahut cabaran tuh..so aku dah masuk dah...hehehehehe

    ReplyDelete
  14. Ermm untuk penterjemah. Saranan saya, sila pastikan anda menyemak ejaan perkataan yang anda terjemah tersebut terlebih dahulu.

    Ada banyak kesilapan ejaan pada terjemahan untuk 9.04, dan ini cukup merungsingkan.

    Kalau boleh, cuba gunakan Ubuntu dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu dan cuba rasai, sama ada bahasa yang kita terjemahkan tersebut adalah semulajadi atau dibuat-buat.

    Proses penterjemahan ini sebenarnya memerlukan anda mempunyai asas penterjemahan. Ini kerana banyak faktor yang anda perlu pertimbangkan sebelum menterjemah sesuatu ayat atau frasa. Nak bagi rasa sedap dibaca dan bukan seperti membaca buku yang memboringkan.

    Sama2 kita bantu membantu, sila pastikan yang menterjemah ubuntu, klik pada butang review, jika tidak pasti bagi membolehkan orang lain menilai hasil kerja anda dan membaikinya.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...