Thursday, January 31, 2008

Menukar warna brown semasa login dalam ubuntu

JANGAN LUPA SUBSCRIBE!!
Saya tidak pasti bila dan siapa, tetapi pernah seorang pengguna ubuntu(merangkap pembaca blog ini) mengadu kepada saya tentang warna brown setiap kali login.Dia bertanya cara untuk menukar warna tersebut kepada warna yang lain atau bolehkan ditukar kepada wallpaper.Ketika itu saya jawab "tak tahu" kerana saya memang tak tahu.Hari ini saya berjumpa cara bagaimana untuk mengubah warna tersebut dan bergegas menulisnya sebelum terlupa.

Warna brown(tema default bagi ubuntu) bukanlah warna yang digemari lebih-lebih lagi perempuan.Setuju?

Pertama sekali ialah kita perlu menukar warna background pada Appearance Preferences dan Login Window Preferences.Saya merasakan penerangan bergambar lebih berkesan dari daripada menghuraikan dengan ayat.Oleh itu, sila lihat screenshot dibawah;

{klik pada image untuk paparan lebih besar}
Saya rangkumkan penerangan dalam 1 screenshot.Walaupun berserabut, saya harap pembaca yang pintar sekalian boleh memahaminya.

Setelah selesai 2 step ini, setiap kali login warna brown tadi tetap setia disitu.Step ke3 inilah yang baru saya temui dan terus menulisnya.

STEP3

1.Buka terminal dan taip;
wget http://ubuntu.freehostia.com/Default

(Kemudian anda boleh taip "ls" tanpa quote untuk memastikan file bernama Default sudah berada dalam directori Home anda - optional)

2.Kemudian taipkan kedalam terminal command berikut
sudo mv Default /etc/gdm/PreSession

Penerangan : mv = move , file Default ke directori /etc/gdm/PreSession

Mengapa? Kerana script yang mengawal warna brown itu tadi terletak dalam directori /etc/gdm/PreSession/Default.Command wget diatas adalah untuk mendownload script file dari laman web berkenaan kedalam Home folder.Kemudian command seterusnya(move) akan replace file Default yang asal dengan file Default yang baru didownload.Mengapa saya menerangkan secara detail begini?Kerana saya ingin nyatakan, SILA BACKUP FILE DEFAULT yang berada dalam /etc/gdm/PreSession terlebih dahulu!

Setelah anda masukkan command sudo mv Default /etc/gdm/PreSession kedalam terminal sila restart gnome(Ctrl+Alt+BacSpace twice) untuk melihat perubahan.

Ucapan terima kasih kepada sumber ini.

Semoga sukses dan enjoy ur ubuntu desktop!

4 comments:

  1. oic, tukar warna pun boleh ye? net trick

    saya nak.. hijau! tapi bila dah tukar ubuntu nanti la.. hehe

    ReplyDelete
  2. hm..kalau lah aku ade ubuntu..

    p/s ingatkan masuk blog wordpress tadi :P

    ReplyDelete
  3. Adehhhh warna khakis la cantik... Sesekali terfikir, susah amat nak tukar benda dalam ubuntu ek, walaupun hanya colour... Hummmmm

    ReplyDelete
  4. #sembangkomputer.com : mmg boleh...freedom for everyone!

    #syamsulariff.com : kalaulah ada? xsusah pun untuk "ada"

    #Azhar : i dont think so..dlm ubuntu lah paling senang nak tukar "benda".Pakai dlu dan ko akan faham...yg ni special case...huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...