Monday, January 21, 2008

WINE dan CROSSOVER : Install perisian windows di dalam ubuntu

Apabila seseorang membuat keputusan untuk beralih ke dunia linux(ubuntu), kenangan indah bersama windows mestilah dilupakan.Namun sudah tentu ada beberapa perkara yang tidak mungkin boleh dilupakan bukan?Antaranya ialah game, adobe photoshop dan browser terbest iaitu internet explorer.Mungkin kerana itu juga kebanyakkan pengguna komputer bermain kayu tiga dengan dual boot windows dan ubuntu.Tak mengapalah, selagi kuota belum penuh, silakan nak main sampai kayu berapa pun dan saya tak campur urusan rumah tangga orang lain.

WINE

WINE adalah sebuah perisian sumber terbuka yang menyediakan suasana windows didalam kotak linux pengguna komputer.Walaupun tidak menggunakan kod-kod daripada windows itu sendiri, wine dibangunkan sebagai altenatif, percuma, dan berfungsi seakan satu cebisan daripada komponen windows.

Install WINE

Taipkan command berikut dalam terminal
sudo aptitude install wine
Proses installasi akan mendownload file package bersaiz 33.9MB dan mengambil sedikit masa untuk siap bergantung kepada koneksi internet.

Selepas wine diinstall, pengguna akan boleh menginstall software windows yang berformat .exe dengan double click pada file .exe berkenaan atau right click > open with wine windows emulator.

PERHATIAN : Kebanyakkan software windows tidak boleh diinstall menggunakan wine, ada yang boleh diinstall tetapi tidak boleh digunakan dan ada yang boleh diinstall dan digunakan tanpa masalah.WINE masih diperingkat pembangunan dan versi terbaru ialah wine 0.9.53.Masih banyak bugs yang terdapat padanya.Namun,satu hari nanti wine akan mencapai tahap kestabilannya juga.

CROSSOVER

Ada 2 versi iaitu crossover untuk mac osx dan linux.Disini, saya akan menulis mengenai crossover linux sahaja.

Crossover Linux berfungsi seakan wine tetapi mempunyai ciri-ciri yang lebih advance kerana ia perisian berbayar.Anda boleh dapatkan crossover linux dengan membelinya atau mendownload melalui torrent secara illegal(Saiz filenya sekitar 20-30MB shj).

NOTE
:Disini saya akan berkongsi maklumat namun tidak akan sekali-kali berkongsi url/link.Jika mahukan khidmat nasihat, sila berbuat demikian melalui email.

Crossover linux menyokong/support proses installasi perisian-perisian seperti dalam gambar berikut:



Sehingga artikel ini ditulis, saya cuma telah mencuba beberapa perisian seperti berikut;

IE (adakah blog ini kelihatan seperti dibawah didalam ie??)


Quicktime(setakat ini masih tak tahu camne nak install additional codecs)


Notepad(rindukan notepad yang comel itu?)->terinstall secara automatik melalui wine


Jika ada apa-apa pertanyaan, sila nyatakan diruangan komen.Semoga sukses!

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

15 comments:

  1. me buntu..

    thank u bro, singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg iteww..

    ReplyDelete
  2. kalau buntu, singgah lah ke melaybuntu...wakakak..thanks gak bro coz singgah..

    ReplyDelete
  3. Browser Terbest IE ye Huh IE Tu adalah NIGHTMARE!! kepada semua WEB DESIGNER!! damn i hate IE

    ReplyDelete
  4. pesanku, janganlah meninggalkan IE kerana ia banyak dipakai oleh site2 kerajaan dan online banking ...
    -sekian-
    (p/s: papepun musangberapi besh)

    ReplyDelete
  5. skyjuice : haha..aku tambah secara sinis je kat atas tuh..wakakak

    MakLaN : Yupsss...btul tuh.masih byk lg website yg xsupport musang berapi mahupun musang berekor 9...wakakak

    ReplyDelete
  6. hahaha, aku memang pembenci setia ie. damn it..

    ReplyDelete
  7. haha..sabar bro..ie ada jgk gunanya walaupun byk gler kekurangan...haha

    ReplyDelete
  8. oleh itu gunalah IEs 4 Linux ... (p/s: tak 'sabau' na tunggu IE8 ..)

    ReplyDelete
  9. ie4 aku dah pnah try...interface nya mengingatkan aku kpd komputer bebrapa tahun lampau...uhuhu

    harap2 ie8 ringan dan tak banyak songeh..hehe

    ReplyDelete
  10. aku dengar cite orang ramai gune wine ni untuk install n maen game.. nasib baik bro melayubuntu tak minat maen game.. kalo tak mesti dah try install game kat ubuntu

    ReplyDelete
  11. yups...nampaknye cam 2 la...tp bkn snang nak install satu2 game guna wine..crossover nmpak mcm lagi senang..hehe

    ReplyDelete
  12. aku ade install crossover. tapi utk game bapak slow .. install game bole tapi nak main sangkut sangkut beb.. kalo korang nak cuba rasa pengalaman lain.. bole la install linux..

    ReplyDelete
  13. bro, tanya sikit. dalam screenshot tu guna theme apa?

    ReplyDelete
  14. err..lupa la bro... dh lama entry ni..huhu

    ReplyDelete
  15. im newbie ubuntu..blog sedara mmg lot of kldge

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...