Thursday, August 28, 2008

Mengembalikan Efek Vacuum Ke Compiz Fusion

Ketika saya bersembang dengan En.Zamri berkaitan linux di malam 24hb8 iaitu malam sebelum program ubuntu@iPT di ShahPutra, En. Zamri tiba-tiba bertanyakan kepada saya tentang mengapa efek vacuum tidak ada bagi fungsi minimize window dalam compiz fusion. Jika anda perasan, sememangnya efek vacuum "ditiadakan" bagi efek minimize window dalam compiz fusion sejak gutsy gibbon (kalau tidak silap). MENGAPA?

Ini kerana, efek berkenaan menyamai efek Genie yang diperkenal terlebih dahulu oleh syarikat Apple. Oleh kerana Apple telah "patent"kan idea tersebut dan sekaligus menghalang mana-mana organsasi dari menirunya, pembangun compiz fusion telah terpaksa membuang efek berkenaan bagi fungsi minimize. Pun begitu, undang-undang "patent" hanya valid di US dan tidak di kebanyakkan negara Europe apalagi Malaysia.



Sebenarnya, kita boleh enablekan balik efek vacuum bagi minimize window. Saya telah men"google" dan menemui tutorial yang lengkap berkenaan cara untuk enablekannya. Sila rujuk laman blog ini untuk membaca tutorial.

Atau, sila baca tutorial tersebut yang telah dimelayukan;

1. Gunakan Hex editor untuk membuka “/usr/lib/compiz/libanimation.so”

Penulis menggunakan ghex yang boleh diinstall menggunakan command;
sudo apt-get install ghex
Kemudian buka “/usr/lib/compiz/libanimation.so” dengan command berikut;
sudo ghex2 /usr/lib/compiz/libanimation.so
2. Pergi ke pilihan menu Edit > Find dan satu window akan keluar. Taipkan “magic_lamp_max_waves” dan klik Find Next , lihat kepada “3”, dan tukarkan “3″ kepada “0″.




3. Pergi ke pilihan menu File > Save dan Close!

AMARAN : Compiz Fusion anda akan disable secara automatik dengan perubahan ini. Sila reenable jika perlu.

4. Gunakan Text Editor untuk membuka “/usr/share/compiz/animation.xml”
sudo gedit /usr/share/compiz/animation.xml
5. Klik butang Find dan carikan “magic_lamp_max_waves”, lihat kebawah dan anda menemui “4”, dan tukarkan “4″ kepada “0″


NOTE : Dalam tutorial asal mengatakan nilainya ialah "3". Namun bagi kes saya, nilainya ialah "4". Apapun nilainya, tukarkan nilai tersebut kepada "0".

6. Save dan Close!

7. Restart Compiz - Paling mudah, sila restart PC anda.

Note : Dalam tutorial asal kita perlu setting ccsm, tetapi apabila saya mencuba sendiri, rupanya tanpa setting ccsm kita sudah mampu menggunakan efek vacuum dengan cara diatas.

Sila rujuk tutorial asal dan tutorial saya ini untuk pemahaman lanjut. Tutorial ini agak teknikal dan tidak dianjurkan kepada newbie.

5 comments:

  1. Info berguna,tapi adakah selepas saya enablekan "Vacum Effect" dgn cara ini...boleh ke jika dh bosan, saya nak tukarkan kembali kepada Efek Api atau lain-ain melalui CCSM.

    ReplyDelete
  2. Adakah cara ini menambahkan 1 lagi plugin dalan CCSM...jika ya, ini sudah bagus.

    ReplyDelete
  3. @anonymous : bleh jer...trick ni utk sape2 yang nk guna vacuum effect..so trick ni akan ubah setting magic lamp kepda vacuum..

    @anonymous : tak....trick ni hanya ubah magic lamp kepada vacuum...tu jer..

    ReplyDelete
  4. fuhhh sungguh teknikal bagi aku yg beginner neh. hehe :)

    ReplyDelete
  5. baru-baru ini saya ada instal Karmic Koala. saya masih belum dapat jumpa cara utk enable the Magic Lamp effect in Compiz Fusion. boleh tolong? ^^

    TQ.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...