Monday, March 02, 2009

Install Kdenlive 0.72 dalam ubuntu intrepid ibex

Kdenlive merupakan perisian video editor yang hebat untuk linux. Saya melihat sdr Fahmi dari JomLinux juga menggunakan Kdenlive untuk membuat editing bagi video demonstrasinya. Dalam blog ini, saya pernah review tentang cara memasang kdenlive 0.7 dalam ubuntu tetapi tutorial tersebut agak sukar untuk diikut. Kini dengan cara permasangan yang standard, saya harap perisian ini dapat digunakan oleh pengguna ubuntu yang newbie juga.

Cara pemasangan;

1.Masukkan repo berikut
deb http://ppa.launchpad.net/baudm/ubuntu intrepid main
2.Update metada apt.

3.Taipkan pada terminal,
sudo apt-get install kdenlive dvgrab frei0r swh-plugins
Jika anda menggunakan ubuntu 8.04, kdenlive adalah agak tidak stabil untuk digunakan dan sila upgrade ubuntu anda ke versi intrepid atau jaunty.

Bagi pengguna jaunty, kdenlive boleh dipasang dengan command berikut;
sudo apt-get install kdenlive dvgrab frei0r swh-plugins libfaad0



Insyaallah saya akan buat tutorial serba sedikit tentang kdenlive dimasa depan. Semoga bermanfaat.

4 comments:

  1. terima kasih bro.

    ReplyDelete
  2. Bro, tu video editor la. Bukan image editor

    ReplyDelete
  3. @mustakim : thanks sbb tgur..aku dah baiki..hehe

    ReplyDelete
  4. yob.. kdenlive boleh ke buat subtitle, kalo boleh ajo lecarenye, susah beno nak mengeditnye.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...