Wednesday, May 21, 2008

Apple vs Psystar : Antara undang-undang dan kebarangkalian

Saya sandarkan penulisan ini kepada sebuah artikel bertajuk "Mac Clone Maker Psystar Vows to Challenge Apple EULA(Pembuat Klon bagi Mac iaitu Psystar berikrar akan mencabar Apple EULA) dengan EULA adalah singkatan kepada End-User Licence Agreement.

Saya sangat tertarik kepada perkembangan kes yang melibatkan syarikat Apple dan Psystar yang mana seperti yang telah saya tulis sebelum ini (klik sini), dan persoalan yang saya bangkitkan dalam artikel tersebut kini semakin terungkai dari segi tafsiran perundangan. Cumanya analogi yang saya gunakan dalam artikel lalu agak berbeza dari analogi tafsiran undang-undang yang mana fokusnya bukan pada hardware tetapi software.

Dalam artikel lalu, analogi yang saya gunakan ialah,
adakah salah seseorang menggunakan enjin mitsubishi evo untuk proton wira?

Dengan saya menganalogikan enjin sebagai software dan model kereta sebagai hardware. Namun hakikat yang berlaku tidak ada apa-apa kaitan dengan hardware!

Dalam Apple EULA menyebut;
OS X hanya boleh digunakan untuk hardware yang mempunyai logo Apple.

Dan jika Apple bercadang untuk mengalahkan Psystar di mahkamah dengan menggunakan statement EULA diatas, ternyata ianya mustahil kerana ianya salah disisi undang-undang (illegal) untuk mengikat 2 produk menjadi satu, mewajibkan pengguna yang membeli produk "A" untuk membeli produk "B" supaya pengguna menggunakan kedua-duanya.

Sebenarnya, dalam catatan sejarah Microsoft pernah terkandas dalam situasi diatas apabila cuba mengikat IE(Internet Explorer) dengan Windows dalam pertarungan memenangi market share bagi browser sekitar 10 tahun yang lalu. Ianya cukup dramatik apabila windows dan IE dipisahkah kepada 2 produk yang berasingan yang menyebabkan Microsoft tidak mampu memaksa pengguna windows hanya wajib menggunakan browser IE didalam windows!

Jika interpretasi bagi kes Microsoft adalah sama dengan Apple, maka Apple wajar mengakui bahawa OS X dan Hardware Apple (samada macbook, iMac & sbg) adalah 2 produk yang berasingan yang membawa kepada rumusan iaitu, Apple tidak berhak memaksa pembeli OS X untuk hanya memasang sistem operasi tersebut didalam hardware yang diiktiraf oleh Apple.

Namun apabila Apple mengatakan OS X hanya dibenarkan dipasang kedalam hardware yang diiktiraf, membawa maksud apabila berlaku masalah kepada kedua-dua produk, pengguna boleh mendapat bantuan daripada Apple dan jika merasakan Apple mengabaikan tanggungjawab tersebut, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Apple. Lalu bagaimana jika OS X dipasang kedalam hardware yang tidak diiktiraf? Implikasinya ialah, setiap masalah yang timbul atau sebarang kerugian atas kesilapan software mahupun hardware bukan lagi dibawah tanggungjawab Apple.

Analogi yang menyokong kongklusi diatas berbunyi (meminjam kata-kata seorang staff Psystar-Robert);
Apa kata jika Honda menyatakan "selepas anda membeli kereta kami, anda hanya dibenarkan memandu diatas jalan yang ditetapkan oleh kami"


Perlu diingat juga bahawa setiap OS X didatangkan dengan bilangan lesen yang bergantung kepada versi samada single user atau family pack yang membawa tafsiran, Apple berhak menghadkan bilangan lesen untuk setiap keping OS X. Jika anda mempunyai DVD OS X Leopard untuk single user bermakna ianya hanya boleh digunakan untuk 1 hardware sahaja!

NOTE:Dan perbincangan diatas hasil dari pembacaan dan rujukan yang saya buat secara personal yang merujuk kepada prinsip undang-undang yang digunapakai oleh US.

Kesimpulan saya.
Sebenarnya saya agak teruja untuk mendengar hujjah dari pengamal undang-undang diMalaysia tentang perkara ini atau paling tidakpun daripada student law yang menjadi pembaca blog melayubuntu. Saya bukan seorang pengamal undang-undang dan kebanyakkan ilmu yang saya ada hasil dari pembacaan dan rujukan persendirian yang tidak melibatkan pendidikan formal (begitulah juga ilmu tentang linux&ubuntu).

Namun jika apa yang saya perkatakan dalam tulisan ini benar, nampaknya saya perlu persiapkan modal dan rakan kongsi untuk bergerak kedepan =).

Cadangan dan hujjah bernas dialu-alukan!

10 comments:

  1. Aku tak pasti la zul pasal isu ni memang Apple nak pertahankan hak diorang beb. Tapi aku tak pasti OSX betul berfungsi dengan mantap kat hardware lain berbanding hardware dari Apple sendiri, satu lagi mesin dari apple tahan dohh dan cantik. pystar ni ok untuk kajian peribadi atau just nak try benda baru [bagi aku la]

    ReplyDelete
  2. @pengodam : masalah apple nk pertahan hak diorang 2 satu hal la. tp diorang terpaksa akur kat undang2 beb. derang xleh ikat 2 produk jd 1. paling best plak, aku rasa malaysia takde lg undang2 khusus utk UELA & sbgnya..

    aku kaji pasal bnda ni bkn smlm dan bukan aku main semberono je beb.. sbb aku dh try tahap kestabilan leopard yg di hack dalam laptop celerom M ciput aku ni dan aku eksperimenkan lebih dari 1bln. kemudian aku bli macbook dan test kepantasan dan kestabilan leopard dlm macbook.

    ko tau x, dalam hacbook aku xpnah berlaku kernel panic walaupun aku bukak final cut pro dan edit video sambil bkk byk program. tp kernel panic pernah berlaku skali dlm macbook.. hahaha... klakar beb. aku org yg ske bereksperimen =)

    ReplyDelete
  3. kat Malaysia ni mana nak cari barang ni, Lowwwwwyat ade ker..

    ReplyDelete
  4. OSX development adalah berasaskan projek Darwin. Try googling..

    ReplyDelete
  5. banayak yang saya dpt tahu drpd saudara zul ni.tq zul.

    ReplyDelete
  6. Tuan Admin Tolong Buat tutorial untuk install GFX Grub Boot untuk i386 dan amd64..........
    lawa jgk grub dia..........
    tapi takut nak install takut jadi masalah x leh boot pulak.........

    ReplyDelete
  7. @admin, sy nak bgtau yg sy ada guna sedikit isi e-maj anda kat blog saya. harap xmenjadi masalah kelak. harap jenguk blog sy.

    http://r-care.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. saya ada masalah apabila saya boot live cd saya kat dvdrw dia kluar error i/o buffer......
    saya guna cd ubuntu yang di org kirimkan.
    saya dh try dlm virtualbox k je.boleh run seperti biasa.

    ReplyDelete
  9. anonymous, aku pun ada kena cam tu gak dulu. masalah aku tu hard disk rosak. tak tau le apa tak kena dengan komp ko.

    ReplyDelete
  10. Apple dengan ego nye. tak habis2.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...