Saturday, May 31, 2008

Install plugins tambahan untuk compiz dalam hardy heron

Plugins tambahan yang diinstall menerusi tutorial ini akan menambahkan pilihan effek desktop yang boleh diaplikasikan kedalam ubuntu hardy heron.

Tutorial ini menganggap;
  1. Anda mempunyai hardy heron yang fresh install
  2. Anda mempunyai compiz yang terinstall secara default dalam hardy yang berfungsi dengan nombor versi 0.7.4 ( dpkg -l | grep compiz ) - untuk check versi
  3. Anda sedang run ubuntu sebagai user dan bukan root.
(Jika anda tahu apa yang sedang anda lakukan, syarat-syarat ini tidak perlu dipatuhi)

Compiz fusion hanya berfungsi apabila anda memiliki grafik kad dengan drivernya yang terinstall dan proses konfigurasinya yang telah dilakukan dengan sempurna beserta fungsinya yang telah diaktifkan. (rujuk artikel berkaitan dalam blog ini).

Jika anda mempunyai grafik kad yang tidak disokong oleh compiz, sila ke laman ini dan buat research tersendiri.

Proses Installasi

1. Mendapatkan dependencies berkaitan (untuk kerja compiling plugins)
sudo apt-get install compiz-bcop compiz-dev build-essential libtool libglu1-mesa-dev libxss-dev git-core
2.Mendapatkan plugin source tarballs
Buat satu direktori untuk menyimpan kod yang bakal didownload
mkdir -p ~/compiz/
Disini kita akan menggunakan "git" untuk mendapatkan source tarballs. Proses mendapatkan tarballs adalah menerusi command berikut;
cd ~/compiz
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/wodor/anaglyph
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/atlantis
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/metastability/atlantis2
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/smspillaz/fireflies
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/warlock/freewins
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/b0le/photowheel
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/pafy/screensaver
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/snow
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/metastability/snowglobe
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/smspillaz/stars
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/tile
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/wallpaper
Ini adalah koleksi source tarballs untuk plugins yang popular dan saya tidak untuk menyuruh pembaca menginstall kesemua plugins yang saya listkan ini. Sila pilih plugins yang diingini sahaja.

Saya akan memberi satu contoh sahaja tentang cara install satu-satu plugin dan kemudiannya anda boleh mengikuti cara yang sama untuk yang selebihnya. OK?

Katakan kita ingin install plugin screensaver (khas untuk bro zainuddin yang request tutorial ni)
cd ~/compiz/screensaver
make
make install
**Tambah sudo dihadapan code jika perlu (apabila keluar error "permission denied").

3.Restart compiz dan ccsm kemudian enjoy!

Semoga bermaklumat!

Reference : http://forum.compiz-fusion.org/showthread.php?p=56851

4 comments:

  1. untuk dapat compiz fusion dgn plugin yg latest aku guna script ni.
    http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=781218
    script ni install compiz dari git. mudah je nk guna. hanya perlu run scipt tu.sekarang ni aku guna compiz fusion 0.7.5.

    ReplyDelete
  2. thanks semua. aku dah try,ok cantek sungguh.
    wallpaper plugin tuh menarik utk dicuba. :)

    ReplyDelete
  3. Ape le silap emerald tak berfungsi sebaik aku upgrade ke HH8.04.
    satu lagi boleh tak nak balik ke firefox version 2 semula,sbb semua theme aku tak leh guna..

    ReplyDelete
  4. @hyperend : scripts tu masih xstabil utk smua grafik kad..aku x minat sgt nk try

    @arejae : wallpaper plugin aku xtau berfungsi camne...huhu

    @agas : emerald? aku xske emerald sbb byk conflict ngn gnome window decorator... aku xminat sgt nak suruh supaya balik ke firefox2 takut ada prob.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...