Thursday, September 25, 2008

Gnome 2.24 dan Compiz 0.7.8

Selepas 6 bulan dibangunkan, team pembangun gnome mengumumkan terbitnya versi terbaru bagi gnome iaitu Gnome 2.24. Banyak pembaharuan dan ciri baru yang diperkenalkan dan kesemuanya kearah desktop environment yang mesra pengguna, kemudahcapaian dan kestabilan. Saya secara peribadi mencuba versi gnome terbaru ini dalam ubuntu intrepid ibex alpha 6 dan teruja dengan beberapa perubahan.



Screenshot diatas menunjukkan paparan nautilus (file manager) yang mempunyai compact view sebagai tambahan kepada icon view dan list view. Terdapat tab yang meningkatkan kemudahcapaian dan perpindahan data,juga fungsi unmount volume pada sidebar.

Ubuntu intrepid ibex yang bakal terbit pada 30hb10 ini akan menggunakan Gnome 2.24 dan kesemua perubahan yang diperkenalkan dalam gnome boleh dinikmati dalam intrepid ibex.

Tidak dilupakan kepada Compiz Fusion yang telah diupdate ke versi 0.7.8. Tidak ada perubahan besar dalam update kali ini dan anda boleh membaca changelog versi ini disini.

Intrepid ibex telah melangkaui 6kali versi alpha dan selepas ini fokus pembangun ubuntu ialah kearah versi beta yang dijangkakan pada 2 oktober ini. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan berkaitan ciri baru intrepid ibex yang saya yakin akan mengujakan anda sebagai pengguna ubuntu. Tunggu emaj edisi kedua keluar dan insyaallah saya akan tulis satu review berkenaan intrepid ibex!

8 comments:

  1. plz dont run ubuntu 8.10 alpha on Intel board especially if it using e1000 / e1000e driver for network..it will break ur physical hardware (NIC)

    ReplyDelete
  2. tak sabor menunggu kelahiran 8.10.... (ish! macam org bercinta lak!)

    ReplyDelete
  3. @hackers_125 : sumber dari mana tu bro?

    @ayem36 : ic2...geek jer yb bercinta ngn soft...ops..!

    ReplyDelete
  4. nampaknya ubuntu akan menjadi lebih mesra pengguna.dari kernel ke dekstop environment banyak diupdate.

    ReplyDelete
  5. dari source yang boleh dipercayai aka aku la..hahaha..aku yg test mesti la aku tau hahaha...

    https://bugs.launchpad.net/bugs/263555

    ReplyDelete
  6. @hackers_125 : ok bro..aku dh dpt maklumat tu... disebabkan oleh kernel 2.6.27 dan turut effect bebr distro yg guna kernel yg tu..

    ReplyDelete
  7. Mostly yg effect skrg ni Ubuntu 8.10 Alpha 6, SLES 11.1 BETA, OpenSuse 11.1 BETA

    ReplyDelete
  8. ada sedikit screenshot ubuntu 8.10 alpha 6 kat web www.jomlinux.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...