Monday, January 14, 2008

Jing : bukan sekadar perisian screencapture biasa

{Mac OS X dan Windows Sahaja}
Masih ingat tentang Camtasia studio3 yang menjadi percuma?Kini terdapat satu lagi perisian screencapture hebat percuma yang dibangunkan untuk windows dan mac osx, Jing Project.

Hingga kesaat ini saya masih lagi tidak percaya mengapa perisian yang sebegini hebat, futuristik, dengan eye-candy yang memikat malah disertakan dengan "perkhidmatan sampingan" yang sangat-sangat berguna adalah sebuah perisian percuma.

Projek Jing ditaja oleh TechSmith, yang kalau tidak silap saya ialah orang/syarikat yang bertangungjawab terhadap perisian Camtasia Studio.

Jing berfungsi untuk membuat screenshot, desktop video capture dan kemudiannya(selepas pengguna capture),hasilnya boleh di edit iaitu meletakkan anak panah, text, frame, atau juga highlight kan sesuatu kawasan dalam screenshot tersebut.Perkhidmatan sampingan yang saya maksudkan diawal tadi ialah, perhidmatan berkongsi hasil kerja kita tadi.Kita boleh upload ke screencast.com, Flickr, atau upload kemana-mana server ftp,atau juga save ke dalam disk.

Percayakan saya, anda akan terpesona dengan jing disaat kali pertama anda menggunakannya!Saya tidak nampak lansung apa-apa sebab mengapa anda harus mengabaikan tanpa artikel ini tanpa mencuba jing.

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

6 comments:

  1. FREE!! serius ke.. okies2 nk download

    ReplyDelete
  2. Wah2 wah... Dia serasi windows tak?

    ReplyDelete
  3. Ahahahahha, yup serasi windiws... Tak baca abis and disable picturee... Sendiri tanya, sendiri mau jawablahhh...

    ReplyDelete
  4. syia : yupss..srius2..sile download ek..

    Azhar : hahaha..aku tersenyum sorang baca komen ko..senyuman pertama aku arini..hoho

    ReplyDelete
  5. Menarik nie.. boleh cuba.. name jing macam cina pulak.. hehe

    ReplyDelete
  6. hehe...sile la guna.
    mmg best soft ni..
    ermm..biasanya soft free ni nama nye pelik2 n xkomersil..haha

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...