Thursday, February 14, 2008

Cara install Firefox3beta3 kedalam Ubuntu

Baru-baru ini Mozilla telah mengeluarkan versi Firefox3beta3 kepada semua OS yang disokongnya iaitu Windows, Mac OS dan Linux.Saya secara peribadi telah mencuba menggunakan versi firefox3beta2 dan sekaligus merasai dan menggunakan ciri-ciri dan fungsi terbaru yang disediakan pelungsur laman web popular itu.Dalam beta2, tema bagi firefox masih tidak berubah.Namun dalam beta3, tema default bagi firefox3 berubah untuk semua OS.

Mengapa mencuba sedangkan ia masih beta?
✔ Untuk membantu pihak mozilla mengesan dan membaiki sebarang kelemahan firefox
✔ Untuk membiasakan diri dengan versi terbaru sebelum terbitnya versi yang stabil
✔ Jika anda developer kepada extensions untuk firefox, kongfigurasi untuk setiap versi mestilah difahami dan dicuba.
✔ Walaupun ia masih beta, namun ia sudah cukup stabil dan selamat.
✔ Dan bagi saya sebagai penulis blog, mencuba sesuatu yang baru akan membuahkan idea yang baru! =D

Cara install?
Pergi kelaman Ubuntugeek.com dan ikuti tutorial tersebut.Harus diingat bahawa, tutorial tersebut untuk beta2.Tukarkan apa sahaja firefox-3.0b2 kepada firefox-3.0b3.Itu sahaja dan siap!

Sedikit review
Dalam versi 3, firefox memperkenalkan beberapa ciri baru antaranya smart bookmark dan cara mudah untuk bookmark.Antara lain juga ialah perubahan kepada tema default seperti yang saya ulas diawal entry ini.Untuk membaca lanjut tentang sila ke laman ini.
Smart Bookmarks.
firefox3-smartbookmarks.png

Cara mudah untuk bookmark.
Dengan hanya klik pada ikon butang dihujung address bar, pengguna boleh bookmark sesuatu laman web dengan mudah dan kini setiap bookmark disertakan dengan tag(penanda).
firefox3-pagebookmark.png

Bukan dari segi ciri dan fungsi semata, namun versi ke-3 ini dimantapkan dengan kepantasan, keselamatan, keringanan untuk menyediakan pengguna firefox sebuah pelungsur laman web yang paling ideal untuk setiap pengguna internet.Selamat mencuba!

2 comments:

  1. saya seperti biasa memang inginkan yang terbaik... Tapi, enggak berani dengan beta2 ni...

    ReplyDelete
  2. aku dah try firefox 3beta...actually kat windows...last unistall sebab plugin downthemaall beta3 masih lagi xsupport....apa-pun, terdapat perbezaan kat URL space, dan banyak lg

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...