Saturday, September 13, 2008

Gambas : Visual Basic untuk linux dan tutorial penggunaanya

Rasanya ini bukan kali pertama saya tegaskan dalam blog ini bahawa saya bukan dalam bidang IT! Saya tidak pernah mencuba apa itu Visual Basic, tidak pernah menyentuh apa itu MySQL, tidak pernah menuntut secara lansung tentang apa itu PHP dan sebagainya. Sama juga seperti anda - bermula dari tidak tahu apa-apa. Jika anda merasakan artikel ini hanya untuk budak IT, saya lebih cenderong untuk mengatakan anda telah tersilap. Pada saya, sesiapa juga berhak dan wajar mencuba sesuatu yang baru untuk meneroka keupayaan diri sendiri.

Ok, Tamat mukaddimah!

Hari ini saya ingin mengulas tentang Gambas, satu development environment yang percuma berasaskan Basic interpreter dan berfungsi seolah-olah visual basic didalam windows. Menggunakan Gambas, kita boleh design GUI (graphical user interface) atau paparan antaramuka sesuatu program menggunakan QT atau GTK+, mencapai MySQL, PostgreSQL, Firebird, ODBC dan SQLite database, memandu aplikasi KDE dengan DCOP, menerjemah aplikasi kepada apajua bahasa, membina aplikasi untuk network, membina aplikasi 3D OpenGL, membina web aplikasi CGI dan sebagainya.

Install.

Gambas sudah sedia terdapat dalam repository - bermakna anda boleh install menggunakan add/remove app @ terminal @ synaptic package manager. 1klik install = gambas

Namun jika anda inginkan versi yang latest, sila masukkan repository berikut;
deb http://azores.linex.org/gambas-other/ hardy main
kedalam software sources!

Tutorial berikut berasaskan versi 2.5.

Membuat aplikasi GUI mudah menggunakan gambas.

Disini saya ingin menunjukkan cara-cara membuat satu GUI mudah dengan satu butang. Apabila butang itu diklik, satu popup mesej "Hai pembaca melayubuntu!" akan muncul.

Lancarkan gambas menerusi Applications > Programming > Gambas2.

1.Klik New Project dan klik pada GTK+ Graphical Application dan klik Next.



2.Pilih lokasi yang anda ingin save projek anda dan klik Next.



3.Masukkan nama projek anda dan title. Klik OK! Anda akan dibawa ke tetingkap utama.



4.Double click pada Fmain dan anda akan dapat melihat medan editasi.



5.Pergi ke pilihan menu View > Toolbox dan pallet toolbox akan muncul ditepi sebelah kanan. Pilih tab form!



6.Drag tool label (ikon huruf A) ke tengah tengah-tengah medan editasi (bentuk tentingkap). Klik pada label tersebut dan anda boleh membuat editasi keatas label dengan memasukkan pembolehubah kedalam properties. Rujuk screenshot dibawah. Label ini mungkin bertindak sebagai penerangan dan sebagainya.



7.Kini kita ingin meletakkan butang kedalam tetingkap GUI mudah. Pada toolbox, pilih button (ikon butang ok) dan drag ke tetingkap editasi. Sekali lagi, edit pembolehubah pada properties.

Name = btn_kliksini
Text = Klik Sini

8. Selesai proses diatas, cuba double click pada butang yang baru dibina dan satu editor (FMail.class) akan muncul. Masukkan text berikut;



9.Pilih tab Fmain.form kembali. Anda boleh mencuba GUI mudah anda dengan klik butang berikut;


Cuba klik pada butang "Klik Sini" dan lihat samada ia berfungsi atau tidak.



Untuk setiap projek yang kita bangunkan, kita boleh membuat installation package untuk distro-distro yang popular seperti ubuntu, fedora, opensuse dan sebagainya.

Terdapat banyak persoalan yang mungkin disebabkan kecetekan pengetahuan saya sebagai seorang "bukan budak IT". Antaranya, apa beza gambas dan glade? Bagaimana ia boleh berinteraksi dengan bahasa pengatucaraan? Dan sebagainya.. Ada penerangan?

11 comments:

  1. wow.. menarik gak ni...boleh belajar..nampak macam senang je.

    Tak tahu pun ada software macam ni dlm linux ;)

    good info bro..thanks! ;)

    ReplyDelete
  2. wow.. menarik gak ni...boleh belajar..nampak macam senang je.

    Tak tahu pun ada software macam ni dlm linux ;)

    good info bro..thanks! ;)

    ReplyDelete
  3. hohoho.. baguih nie.. bleh aku test nie... walaupun vb in windows aku agak beginner.. huahuhauahua

    ReplyDelete
  4. salam.. adeh... c++ pun syah belum abis nak khatan lagi... dah nak belajar vb... tapi mende ni menarik gak sebab ade GUI (xpernah tau pun wujud GUI untuk programming)... huhuhu...

    ReplyDelete
  5. gambas?..wah aku dah pernah guna GAmbas masa tahun tahun pembagunannya dulu.. sekitar tahun 2005 .. tapi tak ingat doh..

    lain skit ngan glade.. setahu aku la. glade nih GUI sahaj yang boleh dibind atas apa apa pengaturcaraan seperti php,python, java ..

    ReplyDelete
  6. gambas n glade same jer konsep jer...memudahkan pembinaan GUI...gambas n glade leh digunakan untuk buat GUI bg banyak2 programming language, just cara dia berbeza n gambas ni org yg buat nyer inspired dr VB ( inspired/hated)

    ReplyDelete
  7. @harith : hehe..pasni leh la kita teroka..hope2 ada app open source dr anak tempatan..hehehe...

    @are rich k : ko tahap beginner ok la..aku xpnah try pun...haha

    @syah : bnda ni mmg menarik..dan mudah..hehe

    @adi : ic2....gitu ek...hmm..kalaulah aku ada masa nak try smua...masa ada sbenarnya. smangat yg xde..huhu

    @|1f34|-|1r3 : oo yeke..tp ok la...dlm linux pun ada pilihan mcm ni..

    ReplyDelete
  8. rajin2 ar korang berprogramming ni hahaha..mana tau ader orang nak create rpm/deb package for driver lak..kasi senang n user..tak payah nak patch or ./install / ./configure lg.. huhuhu...

    ReplyDelete
  9. Terimakasih, maklumat yang berguna, panduan yang ringkas dan menarik.

    ReplyDelete
  10. thanks zul intro pasal gambas. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...