Monday, February 25, 2008

AWN Dock dan beberapa Update

Saya tidak pasti entah berapa lama saya tidak menggunakan AWN dock dalam sistem ubuntu saya.Mungkin sejak saya berpindah dari laptop ke desktop dan sejak itu saya tidak pernah menginstall AWN dock ke dalam ubuntu.Mungkin sejak akhir-akhir ini saya merasakan tidak perlu untuk saya menghiaskan ubuntu saya supaya kelihatan seperti mac osx kerana saya sudah memiliki OS idaman saya itu.

Namun hari ini apabila saya menginstall AWN dock kedalam ubuntu, saya perasan terdapat beberapa pembaharuan dan update yang menjadikan AWN lebih bagus dari sebelumnya.

UPDATE & Pembaharuan

AWN Manager

Saya dahulunya adalah peminat fanatik AWN.Oleh kerana itu saya cepat untuk perasan perubahan terbaru paparan AWN Manager ini.Jika dahulu applet yang activate dan deactivate kiri dan kanan, kini ia telah bertukar kepada atas dan bawah.Bahagian bawah adalah applet yang telah diaktifkan dan tersusun membentuk dock.Untuk mengubah susunan applet pada dock hanyalah semudah drag&drop.
awn-manager.gif


AWN Stacks Applet Preferences

Saya juga peminat stacks applet.Jika dahulu, masih banyak eksperimen yang dilakukan oleh pembangun AWN yang amatur.Namun kini Stack pada AWN kelihat lebih professional dan tersusun.Masih ingat tentang experimental GUI?Jika anda masih ingat, anda akan faham apakah pembaharuan yang telah berlaku dengan melihat gambar screenshot dibawah;
awn-stack-apotion.gif

Terdapat 2 pilihan iaitu Curve GUI dan Trasher GUI.Kedua-dua pilihan ini akan menentukan bentuk paparan stacks applet apabila pengguna klik padanya.

Stacks Transher GUI color

Dahulunya, apabila saya postkan video ini di youtube, saya sering ditanya tentang bagaimana saya boleh mendapatkan stack yang background dalamnya bewarna sebegitu(hitam)?Apabila saya setkan stack kepada Trasher GUI, saya mendapati warna bagi stack secara automatik akan menyesuaikan diri dengan warna tema Gnome dan tidak perlu lagi menyusahkan diri untuk memasukkan script2 tertentu kedalam GTKRC pada tema gnome.
awn-stack-color.gif


Masih banyak perubahan yang minor yang terdapat dalam versi AWN kali ini namun saya tidak bercadang untuk highlightkan kesemuanya.Nampaknya team pembangun AWN sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan AWN sentiasa terupdate dan kita mengharapkan agar dock AWN ini dilengkapi dengan efek zoom yang lebih fleksible dimasa akan datang.

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

5 comments:

  1. Kamu nak tahu, inilah entri paling blur, saya pernah baca *yang kamu tulis)....

    ReplyDelete
  2. aisey azhar...itu sbb kamu xguna ubuntu plus AWN..huhu..nantila aku tulis novel..haha

    ReplyDelete
  3. hmm, pelik, AWN saya tak update lagi. dah try AWN curve?

    ReplyDelete
  4. awn curve xtry...lawa ke?
    xupdate ek?try la update..

    ReplyDelete
  5. http://persatuanmelayuantarabangsa.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...