Wednesday, February 20, 2008

Google sponsor Codeweavers bangunkan wine

Disaat Microsoft tergedik-gedik ingin membeli Yahoo! dan disaat Apple mula menjadi gergasi dunia digital, Google tampil dengan beberapa kerja amal antaranya memperkenalkan gOS, Android dan terbaru menaja pembangunan wine untuk membolehkan beberapa perisian hebat seperti photoshop boleh diinstall kedalam linux dengan lebih stabil.

Wine adalah satu perisian atau kelengkapan yang diperlukan oleh pengguna linux untuk membolehkan perisian windows diinstall kedalam sistem operasi berasaskan linux.Codeweavers adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk perisian crossover.Biarpun pada ketika ini kita boleh install photoshop kedalam linux menggunakan wine, namun kestabilannya tidak menyamai photoshop didalam windows.Lalu google tampil untuk menaja Codeweavers dalam pembangunan wine yang pada amatan saya antaranya bertujuan untuk meletakkan linux sebagai sistem operasi yang kompetitif kepada windows dan mac osx.

Apabila projek ini siap kelak, antara perisian windows yang disebut-sebut dapat berfungsi sepenuhnya didalam linux ialah photoshop versi cs dan flash8.Berita buruk bagi pengemar piracy, khabarnya wine tidak akan dapat install perisian yang telah dicrack.Berita baik untuk Adobe dan berita buruk untuk pendokong dunia piracy.

via:apcmag

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

1 comment:

  1. Baguih la buat keje amal gini.
    Applause for Google

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...